Bab 16 : JOHOR

15.5K 788 10
                                    

USAI menunaikan solat asar, kami terus memuatkan barang ke dalam kereta dan terus menuju ke lebuh raya menuju ke selatan. Wajah mama yang kelihatan tenang memandu itu aku tenung dengan penuh minat. Kalaulah aku bunuh diri tadi, pasti mama akan sangat kecewa kerana mempunyai anak yang tak guna seperti aku kan?

"Kenapa El pandang mama macam tu?" soalan mama menyedarkan aku dari terus mengelamun. Aku sengih kecil.

"Tak ada apa-apa. You look beautiful today." Pujiku membuatkan mama sengih melebar. "Erm ma?" mama mengerling ke arah aku seketika sebelum kembali memberi perhatian kepada jalan.

"Ya sayang?"

"El ingat El nak mula menari balik la. Boleh tak mama tolong carikan mana-mana kareografer di Johor nanti ataupun, mama daftarkan saja nama El di kelas tarian. Boleh?" aku menyoal lalu mengigit bibir perlahan.

Aku memang suka menari dan papa pernah hantar aku ke kelas tarian ballet sewaktu aku berumur 4 tahun sehinggalah aku mencapai umur 10 tahun. Pada umur 11 tahun pula, papa masukkan aku ke kelas muzik dan aku hanya sempat belajar bermain piano selama sebulan saja dan kemudiannya aku bersungut kepada papa yang aku tidak berminat langsung untuk belajar bermain alat muzik dan papa izinkan aku berhenti.

"Mestilah boleh. Anything for my sweetheart. Nanti mama carikan ya?" putus mama membuatkan aku senyum panjang.

Aku membuang pandangan ke luar tingkap. Sinaran lampu-lampu yang membanjiri Kuala Lumpur membuatkan aku bertambah berat hati untuk meninggalkan negeri ini.

Aku membetulkan duduk di kerusi. Tak mengapalah El, lagipun you're leaving for good. Selamat tinggal Kuala Lumpur, selamat tinggal tinggal kenangan dan selamat tinggal pembuli-pembuli yang terlalu berharap untuk aku pergi dari hidup kalian. Bergembiralah kamu semua semasa ketiadaan aku nanti, lagipun inilah yang kau orang mahukan bukan?

Mama menepuk bahu aku perlahan dan aku mengalihkan pandangan ke arahnya. "I'm so sure that you're gonna like it there." Bisik mama bersama senyuman manis di bibir. Aku membalas senyumannya sebelum kembali membuang pandangan ke luar tingkap.Yakin sangat mama ni! Aku cuma berharap yang kehidupan aku di Johor akan menjadi jauh baik berbanding di Kuala Lumpur. 

Bullied Love (E-book)Where stories live. Discover now