Bab 20 : Bazirkan Air Mata

14.4K 723 44
                                    

Disember adalah bulan yang paling sibuk buat aku dan lima orang kawan-kawan aku yang lain. Alhamdulillah, rezeki kami murah.. Job kami memang tak putus-putus sejak cuti bulan November lepas. Semalam, coach beritahu kami bahawa ada artis berminat untuk bayar kami menjadi backup dancer untuk satu shownya di Johor dan hari ini dia akan turun kemari untuk berjumpa dengan kami berenam.

"Korang, cepatlah bersiap. Coach call aku tadi. Dia kata artis tu dah sampai  studio kot. Make it quick please.."

Terkedek-kedek Yana dan Sopie menyarungkan kasut sukan seraya mendengar launganku. Hana sudah menekan pedal minyak, membuatkan kereta mengaum dua tiga kali.

Kami tiba di perkarangan studio 20 minit kemudian. Habislah imej group kami tercalar dek kerana sampai lambat ke studio. Harap-harap artis tu tak complain apa-apa tentang kami pada coach nanti.

Sebagai ketua kumpulan, aku disuruh masuk ke dalam studio terlebih dahulu dan mereka yang lain membuntuti aku dari belakang. Usai membuka pintu, aku mendapati studio telahpun kosong. Matilah aku dan kami semua! Mereka dah pergi!

"Tak ada orang doh. Aku rasa artis tu mesti dah blah. Hancur reputasi kita wei!" kataku, sedikit hampa.

Aku baru saja berangan nak perform bersama artis tu di majlis-majlis besar, tapi sayang.. Harapan dah hancur, melayang keluar melalui tingkap ditiup angin.

Sha mengeluarkan phone dari kocek seluar, barangkali mahu menelefon coach kami. Masuk saja ke dalam studio, aku menyandarkan badan pada dinding, berharap artis itu masih lagi ada di Johor dan masih lagi berminat untuk menjadikan group kami sebagai penari latarnya. Beberapa minit kemudian, aku lihat senyum Sha melebar.

"Coach suruh kita practice elok-elok. Dia tengah makan dengan artis tu dekat kedai depan sana. Lepas makan mereka akan ke sini balik.." ujar Sha membuatkan harapan aku yang tadinya layu, kini sudah tumbuh kembali dengan segar bugarnya.

Selesai memanaskan badan, Anis ke penjuru studio untuk menghidupkan radio dan tak lama kemudian lagu Worth It oleh Fifth Harmony mula berkumandang. Kami berenam mula menari mengikut rentak.

Dari pantulan cermin, aku lihat coach kami masuk ke dalam ruangan ini berseorangan. Ada senyum di wajahnya. Mana artis tu? Kata nak datang ke sini sekali bersama coach. Tapi mana dia?

Aku cuba untuk tidak berfikir tentangnya dan terus menari. Beberapa ketika kemudian, satu gerangan melangkah masuk ke ruangan ini dan aku agak dia adalah artis yang coach maksudkan itu. Dari pantulan cermin, aku lihat dia membuka cermin mata hitam. Alangkah terkejutnya aku setelah mendapati artis itu adalah..

DIA!

Nasib aku kurang baik, entah macam mana aku boleh tersadung pada kaki sendiri lalu jatuh terduduk. Serentak dengan itu, mereka semua mematikan tarian dan terus mengerumuni aku.

"Ya Allah El, macam mana boleh tersadung?!" cemas Hana bertanya.

"Cuba gerakkan sikit kaki awak tu." Arah coach dan aku menurut. Alahai, sakitnya!! Lelaki itu melutut di hadapan aku. Mata kami bertaut sesaat dua.

"Mo.." seperti tersedar yang dia telah tersalah cakap, Rayqal menutup mulutnya seketika dan kemudiannya dibukanya kembali seperti mahu bertanyakan sesuatu kepada aku. "Kau okay tak?"

"Terseliuh? Patah kaki, tangan, hati?" tambahnya lagi. Matanya jatuh pada kaki aku. Itu adalah ayat yang sama dia tanya sewaktu aku jatuh basikal satu ketika dahulu. Perasaan aneh mula menyerang diri.

Tak, aku tak bersedia lagi untuk berjumpa dengan dia. Macam mana dia boleh sampai ke sini? Dan macam mana dia tahu aku berlatih menari di studio ini? KENAPA DIA PERLU MUNCUL DI SAAT AKU DAHPUN BAHAGIA DISINI?!

Aku bingkas bangun dan terus keluar dari studio tanpa pamit terlebih dahulu. Mata terasa seperti mahu menangis tetapi aku tahan.

Sabar El. Don't cry over him. Jangan bazirkan air mata kau untuk dia!

Aku berlari menuruni tangga selaju yang mampu. Mujurlah kaki aku ni tahan lasak dan tak berapa sakit sangat dah berbanding tadi.

"Lari lagi?" soal satu suara dengan tenang sekaligus mematikan langkah aku.

"7 months, 3 weeks and 6 days since the day you left me El.." Katanya lagi.

"Haritu, kau blah macam tu saja kan? Tanpa cakap apa-apa pun kat aku. Okay tak apa, aku terima kenyataan yang kau dah keluar dari hidup aku walaupun ianya sukar untuk aku hadapi semua itu setiap hari. And today," dia berjeda.

"I finally get to see you in person and you waste no time to run away from me again. Sampai hati kau eh buat aku macam ni?!" dia menuruni tangga dan kini berhadapan dengan aku.

Gaya dia cakap umpama aku yang buat dia dirinya terluka. Aku senyum sinis.

"Sampai hati aku buat kau macam mana? Hah? Ka.."

"KAU" jarinya ditunding ke arah aku "Seksa aku jiwa aku. Kau tahu tak setiap hari aku tunggu kau d-" aku memberinya isyarat untuk berhenti bercakap.

Buat masa ini, aku tak mahu ambil tahu apa-apa tentang masa lalu kami. Semuanya telah aku tinggalkan di KL sana tetapi mengapa saat ini, detik ini, entah dari mana dia muncul semula dan cuba untuk mengungkit semula cerita lama.

"Do we even know each other?" pertanyaan aku membuatkan air mukanya berubah terus. Dia kelihatan kecewa pun ada namun sayang, hati aku sudah tidak lagi selembut dulu. Segalanya sudah tak terkesan langsung pada aku.

Dia mengangguk kecil. "Fine." Bisiknya. Matanya mulai berkaca. "Fine El." Dia mengesat hujung mata dengan jari telunjuk dan seterusnya mula menguntumkan seyuman pahit. Rayqal menangis?

"I'm sorry, I probably got the wrong person. I thought you were her but..." dia ketawa kecil. "Ternyata, aku salah." Tambahnya lagi. Nada suaranya perlahan dan berbaur kecewa.

"Jomlah naik. Aku pun kat Johor ni tak lama. Ingatkan balik KL nanti dapatlah bawa sweet memories tapi yang ada hanyalah bad memories saja. Lama aku tunggu hari ini untuk sampai tapi bila dah jadi, rasa terkilan pula. Mungkin salah aku juga sebab letak expectation yang tinggi menggunung.."

Dia mengeluh kecil dan terus mendaki tangga, meninggalkan aku sendirian di tangga ini.

Perlahan, aku mengorak langkah membuntuti dia dari belakang. Belakang badannya aku pandang seketika. Hujung hati aku terasa bagai ditusuk dengan jarum, berkali-kali.

Tak El.. Tolong jaga perasaan kau betul-betul kali ini!



ebook bullied love tengah sale on shopee :)

Bullied Love (E-book)Where stories live. Discover now