Bab 35 : Cemburu

9.9K 464 19
                                    

Seawal 9 pagi lagi, Abang Hakim dan Rayqal sudah sampai di perkarangan rumah aku. Sebelum kami ke Port Dickson, kami menghala ke KLIA2 untuk menjemput kawan-kawan aku yang terbang dari Johor sana ke mari sejam yang lalu. Mama tak ikut sebab dia ada meeting di Selangor jadi cuma aku, Rayqal, Marissa, abang Hakim dan kawan-kawan aku dari Johor aje ke sana.

Aku mendepangkan tangan sambil mengirup udara yang boleh dikatakan agak segar berbanding udara di KL sana. "Ah! Freshnya udara di sini!! Aaah I miss Johor beaches so much!!"

"Kau cakap baik sikit beb. You're literally breathing in polluted air and not fresh air. Get your fact right." ujar Sya seraya menampar lengan aku. Aku ketawa kecil.

"Such a kill joy! Leave me alone already." Aku menolaknya perlahan. Aku menoleh ke belakang, Rayqal dan abang Hakim sedang membentangkan tikar di bawah satu pokok besar manakala yang lain sedang berlari-lari di gigi air. Sya berdiri di gigi air, tangannya acah-acah mahu merenjis aku dengan air laut.

"Sya, don't be silly. Jangan basahkan aku, aku tak sedia lagi nak mandi." aku menapak kebelakang sedikit sebelum mula melarikan diri.

"El don't.." Sya menegah dan dengan itu, badan aku terasa seperti terlanggar sesuatu yang keras dan tinggi.

"Auchh" aku mengundur dua langkah kebelakang dan aku agak terkejut yang aku bukannya langar benda, tetapi orang! Dan yang lebih parah, dia adalah lelaki.

"So..sorry. Saya tak sengaja." Mataku membuntang gila selepas nampak bibir atasnya berdarah. Ah matilah aku kena saman!

"OMG your upper lip is bleeding. OMG what did I just do?" Aku mula mengelabah. Dia hanya tersenyum sedikit sebelum mengelap darah yang makin laju keluar dari atas dan hujung bibirnya itu.

"Tak apa.. Saya okay, lagipun sikit aje ni. I'm okay. Really. Chill eh?" Balasnya, bersahaja. Aku menilik wajahnya yang kacak itu. Tiba-tiba terbit satu perasaan dalam diri aku. Perasaan apa? Suka? Eh no no no. Rayqal aku nak campak kat mana? Dalam laut Cina Selatan? Atau dalam gaung? Tak boleh meyh, aku cinta mati sama Rayqal. Ceh.

Sebenarnya lebih kepada perasaan bersalah. Iyalah, kalaulah aku tak lari dari Sya tadi, tak adalah aku terlanggar mamat ni dan tak adalah bibir mamat ni pecah. Tengok? Kan dah kurang dah kemachoan dia tu. Hmmm.

"El? You okay? Kenapa ni?" suara Rayqal yang lembut itu mengetuk gegendang telinga aku. Aku memalingkan muka memandang dia, mahu menerangkan tentang keadaan sebenar pada dia.

"Aku lari tadi dan aku terlanggar dia secara tak sengaja.." aku menunding jari ke arah lelaki yang berdiri di hadapan aku ini. Lelaki itu senyum manis sebelum bersalaman dengan Rayqal.

"Tak ada apalah. Bukan salah dia pun, salah aku jugak sebab terlalu ralit dengan handphone tadi." terangnya separuh sengih.

"Oh. So, all good here? Kosong-kosong eh?" Sya pula menyoal. Dia mengangguk seraya menyebak rambutnya yang beralun itu. Dia kemudiannya mengerling jam pada pergelangan tangan sebelum memandang ke arah kami kembali.

"Aku kena pergi sebab kawan-kawan aku dah tunggu di sana. Nice to meet y'all. And you, pretty girl nice to meet you here. Hope I'll get to see you again next time." dia mengenyitkan mata pada aku sebelum berlalu pergi. Dia tu macho, tetapi kenyitan mata dia tu langsung tak memberi apa-apa impak pun pada hati aku sebab.. Hati aku dah terpaut pada hero Malaya yang tengah berdiri di sebelah aku ni ha. Pseesh! Gatal.

"And, you.. pretty girl nice to meet you here. Hope I'll get to see you again next time. Bla bla bla. Apa dia tak nampak ke aku bukan main besarnya berdiri kat sini? Ada hati nak mengatal dengan girlfriend orang konon. Pirah." Rayqal mengajuk kata-kata lelaki yang tadi itu dengan mimik muka yang bengang. Aku dan Sya gelak mengekek melihat kelakuan keanak-anakkan dia yang satu tu.

"Hey" laungnya tanpa segan silu.

"Dia awek aku lah wei. Tak payah nak mengatal sangat seb.." Aku menampar bahunya perlahan membuatkan dia berhenti menjerit.

"Ow! What was that for?! Kenapa kau pukul aku? Apa salah aku?"

"Entah? Yang kau pergi melaung-laung macam orang gila tu kenapa? Tak malu orang pandang?" dia menarik muka tak bersalah dia tu sambil menggeleng.

"Oh.. So aku tak boleh nak cemburulah ni?"

"Gila ke? Nak cemburu buat apa? Lagipun kita kan kawan je? Tak payah nak melebih-lebih sangat."  Wajah Rayqal berkerut sejuta, barangkali terasa dengan kata-kata aku tadi..

"Sya, tengok kawan kau ni. Dia baru friendzoned aku kot! Kecil hati aku ni ha. Suruh dia pujuk cepat." Dia mengadu pada Sya. Sya hanya gelak melihat perangai keanak-anakkan dia itu.

"Chill bro, aku boleh jamin yang dia tu sukakan kau juga. El ni jenis slow sikit, dia payah nak faham dengan hints yang lelaki bagi. Kat sekolah kami tu, dah berapa ramai lelaki frust disebabkan dia. Sampai ada seorang senior kami tu, siap melamar El untuk jadi girlfriend di tengah-tengah kantin pun dia boleh buat derk je kat abang tu. Abang tu sikit punya handsome pun dia tolak mentah-mentah je. Sakai betul." Sya mula membuka cerita dan mengutuk aku pada masa yang sama.

Rayqal pun memberi sepenuh perhatiannya pada Sya, nampak berminat sangat nak dengar cerita Sya tentang aku ni. Ish Sya ni.. Benda dah lepas kot.. Dikenang lagi buat apa entah.

Bullied Love (E-book)Where stories live. Discover now