Bab 15 : Pergi berambus!

16.2K 805 41
                                    

Jam menunjukkan pukul 7:20 pagi dan dengan itu, aku berlari-lari anak ke arah pintu sekolah. Aku tak mahu lewat harini memandangkan untuk bulan ini sahaja, sudah 12 kali nama aku direkodkan di dalam buku disiplin atas kesalahan lewat datang ke sekolah. Aku secara mentalnya agak berbangga dengan diri sendiri sebab berjaya mencipta rekod tersendiri pada umur 16 tahun. Tapi tidak pada mama. Biasalah, ibu mana saja yang nak bangga kalau anaknya mencipta rekod buruk di sekolah?

Sebaik saja melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah, aku ternampak beberapa orang pelajar sedang memerhatiku sambil mentertawakan aku. Sebab apa? Sebab aku lari tak laju langsung, malah, pak cik tua yang berumur 80 tahun boleh kayuh basikal lagi laju dari aku lari tau.

Sesampainya di blok tingkatan 5, aku menghentikan langkah seketika setelah melihat geng-geng Melyn duduk bertenggek kat kolam di tepi kelas aku. Dah la tu, siap sekat jalan aku lagi. Untuk ke blok aku, aku perlu melalui jalan di hadapan kolam itu dan malangnya, tiada jalan lain untuk aku sampai ke kelas melainkan mengunakan jalan itu saja. Aku berjalan melewati mereka bersama kepala yang sangat rendah seperti mahu menyembah bumi. Mereka mula berbisik sesama sendiri. Sebenarnya tak berbisik langsung pun sebab aku masib boleh dengar segala perkataan yang mereka cakap dengan sangat jelas sekali. Mereka pun sengaja berbuat begitu, sebab nak bagi aku dengar.

"Eh gemuk aku tak suka kau."

"Si gedempol ni, muka saja nampak baik, polos dan suci padahal perangai mengalahkan setan! Pergi ke pusat sumber tu bukannya belajar tapi bercengkerama dengan lelaki di sana."

Aku? Bercengkerama? Apa maksud dia dan kenapa dia menuduh aku sebegitu pula? Bila masa aku bercengkerama dengan lelaki pula di pusat sumber? Dia ingat aku ni tak tahu halal haram ke?

"Ew dah la gemuk, perasan bagus pula tu. Ingat dia tu lawa ke? Ew please lah, anjing jiran aku berkali ganda menarik dari si gemuk ni tau!"

Aku tersentak. Wah! Dia samakan aku dengan anjing? Hina sampai tahap yang sebegitu sekali orang berbadan besar seperti aku ni di mata mereka. Aku sendiri pun tak tahu entah apalah yang aku telah buat pada mereka sehinggakan mereka membenci aku sebegitu rupa.

Wajah mereka aku pandang bersilih ganti. Tak apalah, korang cakaplah apa yang korang suka. Fitnahlah selagi mahu. Sekurang-kurangnya pahala aku bertambah.

"Tapi, tak mengapa El. Today is your last day here. Kau cuma perlu tahan sedikit saja lagi dan semuanya akan berakhir sebentar saja lagi. Enjoy your day here while you still can." Aku menggumam perlahan seraya meninggalkan perempuan-perempuan bermulut puaka tadi kebelakang. Memang dah biasa pun pujuk hati sendiri.

Baru saja aku mahu melangkah masuk ke dalam kelas, tiba-tiba pergelangan tangan aku ditarik kasar membuatkan langkahku berhenti dengan serta merta. Aku mengangkat kepala ke atas sedikit dan mata aku menemui mata Rayqal yang tajam saja merenung aku, seperti tidak berpuas hati dengan aku. Gerun betul reaksi mukanya tu.

Aku.. Aku ada hutang ke dengan dia?

"Oi siapa bagi kebenaran untuk kau jalan dekat port aku ni? Ada kau minta kebenaran dari aku? Bila? Dimana?" dia menyoal soalan 'wajib tanya' itu kepada aku. Aku menoleh kiri dan kanan. Rata-rata pelajar di dalam kelas ini sedang memerhatikan kami berdua.

Malu? Tidak kerana aku sudah biasa melalui saat-saat seperti ini setiap hari di sekolah jadi ianya sudah jadi sebati dengan kehidupan seharianku.

"Aku rasa ini je jalan untuk pegi ke meja aku. Kenapa? Kau nak cakap yang aku tak diizinkan untuk menjejakkan kaki disini sebab sekolah ini bapak kau yang punya? Macam tu?" kataku dalam nada yang agak kerek.

"Eh.." jari telunjuknya sudah ada di dahi aku. Tangannya aku tepis.

"Kau siapa nak cakap macam tu kat aku? Aku taiko besar kat sekolah ni tau, sekolah ni, aku yang pegang! Sedar diri tu sedikit sebelum bercakap macam tadi tu pada aku." Balasnya dalam nada yang keras. Aku mencebik.

Bullied Love (E-book)Where stories live. Discover now