Bab 30 : Menari

11.4K 504 11
                                    

Setelah pulang dari sekolah, aku cepat-cepat mandi dan menunaikan solat zohor. Aku ada latihan menari hari ini dan hari ini juga aku akan berjumpa dengan artis tu. Wah tak sabar pula rasanya nak tahu siapakah gerangannya dan tak sabar juga nak tanya dia di pentas anugerah berprestij yang manakah yang aku akan menari nanti..

Aku hanya masak ala kadar saja untuk makan tengah hari. Paling awal mama selalunya balik pun pukul 6 petang jadi dia tak sempat untuk sediakan makanan untuk aku. Jadi aku pun kenalah pandai-pandai hidup, masak makanan untuk diri sendiri.

Tepat pukul 3.30 petang aku tiba di studio dengan menaiki basikal. Mujurlah sempat sampai tepat pada masanya. Berpeluhnya jangan sembanglah. Jika aku perah t-shirt ni mau ada kot dua tiga baldi penuh berisi peluh aku saja. Tiba-tiba jantung mula berdegup kencang ketika mendaki tangga untuk ke studio. Aduh cuak pula rasanya nak jumpa dengan artis tu. Agak-agak dia cerewet ke tak ya? Adoi.. Seramnya!

"Chill El. It's not like you're going to rob the bank or something. You're here just to practice and meet the artist. That's it." Aku memujuk diri sendiri sambil mengurut dada. Macam nak semput pun ada!

"Hello?" Aku mengetuk pintu kaca yang kini berada di hadapan aku. Separuh minit kemudian, Miss muncul di hadapan pintu sambil menekan sesuatu pada butang yang terletak di sebelah pintu bahagian dalam sebelum ianya dapat dibuka dari luar.

"Hi El.. How are you today?" dia menyoal sebaik saja aku melangkah masuk ke dalam.

Kosong saja studio ni. Memang sengaja dikosongkan untuk beri ruang buat aku jumpa dengan artis itu ke macam mana? Lol perasanlah kau ni!

"I'm good. So, where is the artist?" panjang saja leher aku mencari. Seorang Elissa memang tak kenal apa itu sabar. Sebab itulah dia begini..

"He'll be here in anytime. Mungkin saja tengah on the way tu.. Katanya tadi dah nak sampai. Apa kata kita mula dulu sementara menunggu dia?" cadangnya. Aku mengangguk setuju.

Tak lama kemudian, bunyi pintu diketuk dari luar meraih perhatian kami berdua. Miss terus berjalan mendapatkan pintu dan aku tak pernah langsung mengagak bahawa artis itu adalah...

Rayqal.

Errr.. Habis hilang semangat aku nak menari hari ini huhuhu..

"Hey boy. Sup?" sapa miss sebaik saja Rayqal melangkah masuk.

"Nothing much. You look beautiful today. Wajah you macam ada aura tau hari ini.. Nak naik pelamin ke miss?" Rayqal memuji miss membuatkan wanita yang berumur lewat20-an itu tersipu-sipu malu.

"Ada-ada saja kamu ni Rayqal.. By the way, this is..." matanya berkalih ke arah aku.

"Elissa?" dia menyambung kata-kata miss. Riak mukanya kelihatan terkejut sedikit. Miss memandang kami berdua bersilih berganti.

"Kamu tak payah nak berdrama di sini ya. Kamu yang suruh miss booked dia tempoh hari. Lupa ke?" ujar miss, memecahkan tembelang Rayqal. Dia dah menggaru kepala, masih nak berpura-pura tak faham dengan bicara miss tadi.

"Ya ke miss? Bila? Kenapa saya tak ingat pun??" dia sengih kecil. Miss tarik muka menyampah.

"Oh ya El, kau akan jadi dancer aku untuk majlis AIM bulan April nanti dan kau kena get ready dari sekarang." Jelas Rayqal membuatkan mata aku dengan seta mertanya membuntang.

AIM beb!! WOW

Rayqal pergi ke penjuru studio ini dan mencapai kerusi dan diserahkannya kepada miss. Miss memandang dia pelik.

"Miss rehat je harini, I'll show her the steps from A to Z okay? Kalau salah, you jerkah je dia, I izinkan." miss mengangguk setuju.

"Miss kalau nak jerkah saya, just go on. You don't have to have his permission to do so. Kalau dia melebih sangat, you sekeh je kepala dia, saya tak kisah." Selamba aku berkata. Miss membuat isyarat bagus.

Aku meneguk air minuman yang aku bawa dari rumah tadi sebelum mengambil tempat di sebelah Rayqal iaitu di hadapan sebuah cermin yang besar.

Eh nampak cocok pula kita berdua ni kan Rayqal? Macam pinang di belah dua gitu huhuhu.. Wah merepeknya aku!

"We will dance to one of my songs. Aku nak kau ingat semua steps ni dalam masa satu hari saja. Boleh?" soalnya. Aku buat muka poyo.

"Tak ada masalah!" balasku, yakin.

Bullied Love (E-book)Where stories live. Discover now