Bab 7 : Geramnya!

16.9K 855 7
                                    

Aku kerling jam di dinding. Jarum sudah menunjukkan tepat pukul 12 tengah hari. Yes! Akhirnya, hari aku in hell.. Maksud aku sekolah ini berakhir juga. Mujurlah hari ini adalah Jumaat, dapat juga balik awal. Apa mimpi si Rayqal ni entah dari semalam lagi asyik duduk di meja kosong di sebelah aku ni ha. Macam tak ada tempat sendiri saja asyik dok merempat di sebelah aku.. Beg aku telah siap berkemas. Tinggal tunggu loceng berbunyi, galas beg dan terus blah.

Rayqal sedang ralit menekan kalkulator, menjawab soalan subjek kegemarannya iaitu Matematik Tambahan.

"Ala.. Tak dapatlah pula." Dia berungut. Aku buat-buat tak dengar saja. Orang dah feeling-feeling nak balik, dia boleh pula pergi buat latihan. Tahulah rajin, pelajar harapan sekolah, nusa dan bangsa. Tapi boleh sajakan balik dan buat dirumah?

SPM lambat lagi. Rileks sudah..

Bukunya sudahpun ada di hadapan aku. Mesti dia nak suruh aku tengok kesalahan jalan kira yang telah dibuatnya. "Mok tolo-" 

"KRINGGG!!" semua pelajar di dalam kelas ini sudahpun berpusu-pusu keluar dari kelas.

Aku senyum suka. Aku memberi dia pandangan 'simpan sajalah buku kau tu Rayqal, aku nak balik' Dia memandang aku kosong dan bukunya masih lagi di meja aku. Dengan pantasnya, aku meletakkan tali beg di bahu. Baru saja aku bangun dari kerusi, beg terus melorot jatuh dan buku-buku yang tadinya aku simpan di dalam beg habis berselekkan di atas lantai.

Aku tergamam seketika. Rayqal dah pecah tawa. Kurang asam punya manusia! Patutlah beria sangat duduk di sebelah aku! Ada muslihat yang dia sorokkan dari aku rupa-rupanya

Berbukit-bukit aku mengutuk dia dalam diri. Nak saja aku cekik-cekik anak Tengku ni, kot mau kurangkan rasa sakit hati aku ni terhadap dia. Aku menolak kerusi ke belakang sedikit dan terus melutut, mengutip segala buku-buku dan kertas yang telahpun bersepah.

Gelak..Gelak. Ingat kelakar ke gila? Sumbat mulut tu dengan buku rujukkan ni nanti baru tahu! "Hah.. Tu tak lain tak bukan, mesti tengah mengutuk aku dalam hati.." Katanya dan tawanya masih lagi bersisa. Mestilah kutuk kau. Takkan nak puji kau pula?

Dia meraih beg aku dan dengan pantas aku meraih beg itu kembali dari tangannya. Pergelutan berlaku seketika dan akhirnya, sudah tentulah dia yang menang! Baki kertas yang tinggal dia bantu kutipkan.

"Itulah kau.. Orang minta tolong, kau tak nak tolong. Dalam kepala kau tu tahu nak baaaalik je kan?" katanya, menggeleng-geleng kepala. Dia betulkan tali beg aku manakala aku menyusun kertas kemas-kemas kembali.

Aku mengerling ke arahnya sekilas. Baru aku tahu kenapa beg aku melorot jatuh ke bawah tadi. Ada ke patut, dia buka tali untuk galas itu daripada cangkuknya. Zip beg aku pun semua dia buka. Ya Allah, dalam banyak-banyak kerja yang berfaedah yang dia boleh buat, kenapalah dia pilih untuk buat kerja ini juga? Tak ke jadi satu kerja pula untuk dia kena pasang balik tali-tali itu semula?

"Tolong tengokkan jalan kira aku untuk soalan empat tu kejap? Aku dah cuba dua kali tapi masih tak dapat jawapannya." Katanya manakala tangannya menyusun buku-buku aku ke dalam beg.

Muncung aku tarik sedepa. Nak tak nak, kena jugalah tolong periksakan. Ish malas betullah mata aku ni nak pandang nombor banyak-banyak macam soalan ni..

Bullied Love (E-book)Where stories live. Discover now