Bab 23 : 'Terluka'

10.2K 573 24
                                    

Barang-barang milik aku masih bersepah di dalam bilik, masih belum siap berkemas lagi. Mama pula sibuk melipat pakaiannya untuk disimpan ke dalam almari baju. Hari ini merupakan hari pertama untuk aku belajar menari di tempat baru. Aku mengenakan sweat  pants hitam bersama jersi Harimau Malaya. Tudung aku ikat kemas-kemas dan aku pinkan ke belakang. Aku ni nak ke kelas tarian atau nak turun padang main bola? Ah lantaklah. Asalkan pakaian aku ni sopan pun dah kira baik dah.

Aku menolak pintu bilik mama lalu menghenyakkan punggung di birai katil. Mata memandang mama yang sedang ralit menyusun pakaiannya di dalam almari.

"Ma, El dah siap ni. Jom kita pergi, El dah tak sabar betul nak ke studio tu, jumpa Edina."

"Startkan kereta, kejap lagi mama turun. Jangan berangan nak drive kereta mama eh." Pesan mama sebelum dia hilang dari pandanganku. Barangkali ke tandas.

"Mama ni, barang yang lepas janganlah dikenang. Lagipun haritu El bukannya sengaja pun nak rempuh pagar rumah di Johor tu.." runggutku, perlahan.

"Iyalah tu.."

Sebenarnya aku mahu tukar gear daripada D ke P. Entah dimana silap aku, aku tertukar kepada gear R pula. Memang kemek bumper kereta tu aku kerjakan. Seminggu jugalah aku menadah telinga mendengar bebelan mama sampai cair tahi telinga aku dibuatnya. Nak buat macam mana.. Dah salah sendiri, terima sajalah bebelan itu dengan hati yang terbuka.

20 minit kemudian, mama menghentikan kereta betul-betul di hadapan Edina Dance Studio. Boleh tahan jauh juga studio ini dari rumah aku. Jika jalan sesak, sejam pun belum tentu boleh sampai ke sana. Okay yang itu merepek.

"6.30 nanti mama datang ambil. Jangan tunggu di luar seorang diri. Bahaya. Duduk di dalam studio sampai mama datang. Faham?" aku mengangguk. Tangan mama aku raih lalu aku kucup dengan penuh hormat.

Sebaik saja keluar dari kereta, aku berjalan memasuki studio itu yang terletak di tingkat dua itu. Kenapa macam sunyi sepi je? Tak ada orang ke?

"Hello I'm looking for Edina Malik." Bunyi cengkerik saja bermain di fikiranku. Aku membuka kasut lalu terus melangkah masuk ke dalam tanpa ragu-ragu. Tak apalah, sementara menanti Edina muncul, lebih baik aku mula buat warming up dulu. Manalah tahu dia nak mulakan sesi pengajaran hari ini, boleh terus mula saja.

Aku menyambung iPod ke radio dan memainkan lagu Dessert oleh Dawin. Aku menari mengikut rentak lagu dan gaya aku tersendiri. Apa yang nak dimalukan, tiada sesiapa pun yang nak tengok aku menari di sini. 

Gerak tariku berhenti serentak dengan lagu yang aku mainkan sebentar tadi berhenti. Telinga menangkap bunyi tepukkan daripada seseorang. Aku memusingkan badanku dan aku ternampak seorang perempuan dalam lingkungan awal 30-an sedang berjalan ke arahku.

"Maafkan saya sebab main redah je masuk ke dalam studio awak. Nama saya El, Elissa Damia Razak. You must be Edina Malik?" soalku seraya mengesat peluh di dahi.

"Sayalah Edina Malik. Tak dinafikan, awak memang berbakat El. Saya bangga dengan awak. Tak sia-sia saya contact awak tempoh hari tau.." balas Edina sambil menepuk bahuku.

Aku mulalah nak kembang semangkuk, dua dan tiga mangkuk. Pantang benar dipuji, cepat saja nak bangga diri.

"Terima Kasih. So, I'm here to be a dancer for anugerah berprestij yang awak cakap tempohari. Itu sebenarnya anugerah apa ya? Saya excited nak tahu.. " aku menyoal, tak sabar.

"Oh ya, I ingat. I dah simpankan tempat untuk you sebenarnya." dia tertawa dan soalan aku yang satu itu dibiarkan tak berjawab.

Bahu aku ditepuknya dua tiga kali. Mudah mesra rupanya Edina ni. Aku ingat orang yang sudah ada nama di industri macam dia ni tahu nak berlagak saja dua puluh empat jam..

"Boleh tak kalau El nak tahu siapa artis itu dan dimana dia sekarang? Dia tak datang ke?" soalku sambil mengaru kepala yang tak gatal. Memang terus tanya dan langsung tak bertapis aku ni. Main tanya saja tanpa membelok ke kiri dan kanan pun!

"You'll get to see him on Thursday El. Just wait for the day to come" jawabnya sambil merenggangkan badan.

Oh.. HIM? Bermaksud, dia adalah lelaki? Siapakah gerangannya? Ish tak sabar pula aku nak tahu!

"Mind to tell me more about him?" aku menyoal lagi, curiga. Dia menggeleng.

"No dear. Dia tak benarkan saya dedahkan identiti diri dia pada awak. Lagipun tak berapa hari saja lagi awak akan berjumpa dengan dia. Just wait and see okay?" dia menepuk bahu aku.
Lah, kenapa tak nak beritahu pula? Kenapa berahsia sangat ni? Musykil aku dibuatnya!

"So El, shall we start?" tegurannya membuatkan aku tersentak lalu tersenyum sumbing. Edina menapak ke arah letaknya radio, barangkali mahu memilih lagu.

"Gerak tari awak tadi tersangatlah perfect. Saya suka. Awak reka sendiri ke?"

"Aah. Saya reka dengan kawan-kawan saya di Johor beberapa minggu lepas. Itupun kami sempat persembahkan di 2 event saja sebelum saya kembali ke KL semula semalam." Terangku panjang lebar. Bercakap tentang Johor, aku jadi rindu pada mereka berlima. Entah apalah yang mereka sedang lakukan sekarang eh?

Lagu Money oleh 5 Seconds Of Summer dimainkan dan Edina mula menunjukkan langkah asas untuk menari mengikut rentak lagu itu. Dua jam menari, akhirnya aku meminta diri untuk pulang ke rumah. Mama sudahpun menunggu aku di bawah. Terasa lapar pula perut ini, dalam otak sudah bayangkan pelbagai makanan yang enak-enak. Uish, kecur air liur aku dibuatnya!

Mama menyapa aku dengan senyuman manisnya seraya aku masuk ke dalam kereta.

"Ma, penat... Lapar. Mama masak apa kat rumah?" aku mula merengek, konon nak bermanja dengan mama.

Mama memberi signal ke kanan dan mula memandu. "Tak masak apa pun. Mama sibuk mengemas tadi dan siap je mengemas terus kemari, jemput El. Kenapa? Anak mama ni lapar ke?" mama mengusap kepala aku sebelum kembali memegang steering.

Aku mengangguk. Hancur musnah harapan aku nak makan masakkan mama malam ni. Kenapalah aku selalu berharap pada benda yang tak pasti? Kan dah kecewa..Hmmm.. Jari laju menghidupkan radio. Selalunya petang-petang macam ni ada maraton lagu-lagu baru yang best-best. Sudah lama rasanya aku tak dengar radio semenjak aku memuat turun aplikasi Spotify di iPhone.

Aku lihat kau sedih terluka,    

Jatuh melutut ke bumi,

Dan kau dah tiada di sisi,       

Aku perlu tabah.

Tak mampu berdiri,            

Sakit harap kau kembali,           

Dan kau dah tiada di sisi,    

 Aku perlu tabah.   

"Wah, boleh tahan sedap juga lagu tadi tu kan mama? Rentak dia catchy walaupun lirik dia menyedihkan." Aku memberi komen sebaik saja lagu itu tamat.

Mama mengangguk tanda setuju. Aih lain macam saja senyumannya itu. Aku ada cakap apa-apa yang salah ke tadi?
 
''Anda baru saja mendengarkan lagu terbaru nyanyian Tengku Rayqal, berjudul Terluka. Menurut temu bual yang kami jalankan bersama Rayqal sebentar tadi, lagu ini ditulis sendiri olehnya. Katanya lagi, lagu ini diinspirasikan oleh seseorang yang paling istimewa dalam hidu....." bebel dj radio itu panjang lebar membuatkan aku terus mematikan radio dengan serta-merta. Aku mengetap bibir.

Aduh.. Menyesal pula aku gatal-gatal pergi tekan butang on tadi! Tengok, kan tak pasal-pasal dah terpuji dia tadi.
Aku membuang pandangan ke luar tingkap. Ya Allah kenapalah mulut ni bacul sangat pergi puji lagu mamat tu pada mama tadi?! Pasti mama sudah fikirkan bukan-bukan tentang aku sekarang.

  "Puji lagu Rayqal nampak?" usik mama tersengih-sengih. Nak kata apa dah? Pasti kena bahan saja dengan mama nanti.

"I didn't even know it was his song in the first place! Kalau El tahu, tak ada masanya El dengar lagu tadi tu sampai habis. Lebih baik tutup, lagi bagus." Aku membela diri. Pandanganku cepat-cepat dikalih ke tingkap kembali.

Tak dinafikan, lagu tadi memang sedap. Tapi selepas dapat tahu bahawa lagu itu dinyanyikan oleh Rayqal, tiba-tiba jadi tak berapa sedap pula rasanya pada aku.

Bullied Love (E-book)Where stories live. Discover now