Bab 12 : Cinta Melengkapi

17.1K 853 29
                                    

Seminggu sudahpun berlalu selepas kejadian pecah rumah itu. Memang panjang jugalah bebelan dan syarahan secara percuma yang aku dapat dari mama selama dua tiga hari sampai nak bernanah telinga aku mendengarnya.. Tapi biarlah.. memang salah aku pun sebab tak peka dengan segala benda. Kejadian malam itu sedikit sebanyak mengajar aku supaya menjadi lebih berhati-hati selepas ini.

Aku duduk di meja belajar kononnya nak mengulang kaji pelajaran. Last-last ulangkaji pun entah kemana, phone juga yang aku pandang. "Lama juga aku tak tulis diari.." kataku sendiri. Aku meletakkan iPhone di tepi meja manakala diari yang aku simpan elok di dalam laci aku keluarkan. Aku mencapai pen dari bekas pensil dan mula menulis tarikh pada muka surat yang baru.

16 APRIL 2007.

Diary, Akhir-akhir ini aku rasa tertekan sangat dengan hidup aku sehinggakan aku rasa aku tak mampu untuk teruskan hidup lagi. Semua orang di sekolah bencikan aku dan mereka pulaukan aku kecuali seorang mamat yang bernama Rayqal ni. Dia selalu juga bercakap dengan aku, temankan aku ke makmal tapi.. Aku bencikan dia sebab dia jahat! Setiap hari, akan ada saja idea dia untuk buli aku sampaikan terkadang aku rasa macam terkena tekanan jiwa pun ada. TAPI, entah kenapa, setiap kali dia ada dengan aku, aku rasa selamat dan dilindungi oleh dia walaupun dia adalah kepala taiko yang paling tak guna di sekolah itu. Jujurnya aku mungkin kot simpan perasaan kepada dia lebih kurang dalam 25 peratus macam tu.. Ji

Bunyi pintu bilik aku dikuak membuatkan aku cepat-cepat menutup diari ini lalu menyumbatnya ke dalam beg sekolah yang turut sama ada di atas meja. Aku menghela nafas lega. Uish, mujurlah aku sempat sorok diari itu sebelum mama masuk ke sini tau!

"Ye ma?" sapaku sebaik saja melihat figura mama di birai pintu.

"Nothing.. Just want to check on you. Goodnight!" tanpa menunggu balasan dari aku, mama telahpun menutup rapat pintu bilik aku. Ada-ada saja mama ni..

AKU hanya membeli sepotong kek coklat di kantin sebagai alas perut ketika waktu rehat. Malas pula nak makan nasi, risau nanti malaun tu datang lagi dan tuang teh ais ke dalam nasi aku buat kali yang kedua. Tak ke membazir namanya tu?

Aku mengambil tempat di meja yang terletak di tengah-tengah kantin, memandangkan ianya kosong tanpa berpenghuni. Kau ingat meja tu rumah ke nak ada penghuni bagai El oi?

Baru saja aku mahu menyuap kek itu ke dalam mulut, tiba-tiba sudu aku diraih dan pinggan kek aku ditarik jauh dari aku. Aku merengus geram. Time aku nak makan, ada saja pendengki yang nak ganggu aku tau! Aku tak kacau hidup korang pun, kenapa korang mesti kacau hidup aku??

"Say N to the O to chocolate cake!" Rayqal menyanyi kecil sambil jarinya digerakkan ke kiri dan kanan. Lagu yang direkanya sendiri itu diulanginya lagi lengkap dengan memetik jari, buat rentak sendiri membuatkan aku jadi berang.

Ish apahal pula ni?

"Kau tak boleh makan kek coklat selalu.. Kalori tinggi tahu? Nak ternak lemak lagi ke? Tak cukup ke dengan apa yang kau dah simpan selama beberapa tahun tu?" dia menyoal seraya menyuapkan sesudu kek yang sepatutnya sudahpun berada dalam perut aku tadi ke dalam mulutnya. Dia makan dengan penuh nikmat dan aku cuma telan liur saja. Wei kek itu dahla sedap gila! Tapi sayang.. Dah kena rembat.

Sengaja tau dia ni makan siap buat muka nikmat macam tu. Nak buat air liur aku meleleh lah tu! Alang-alang makanan pun dah kena makan dek orang, baik kau angkat kaki saja El. Lagi lama kau duduk sini, makin terliur kau nanti. Nak beli pun benda dah habis..

"Eh.. Nak kemana tu?" dia memberi isyarat seperti menyuruh aku untuk duduk kembali. Satu beg kertas bewarna coklat diletakkan di atas meja lalu ditolak dekat kepada aku.

Bullied Love (E-book)Where stories live. Discover now