Bab 27 : Dia Sukakan Kau!

10K 389 20
                                    

Selesai menunaikan solat zohor, aku mencapai pakaian yang telah aku pilih untuk dipakai ketika keluar dengan Diana nanti dari dalam almari. Sehelai tshirt hitam dengan perkataan GEEK tercetak di bahagian dada, sehelai jeans hitam dan dipadankan dengan selendang bermotifkan bunga-bungaan aku letakkan di atas katil.

Sesuai ke kalau aku pakai pakaian sebegini? Tak simple sangat ke? Ah pakai sajalah. Lantaklah kalau selekeh pun, ingat aku kisah ke? iPhone di atas meja berbunyi, menandakan ada mesej masuk. Barangkali dari Diana, memberitahu aku tentang lokasi untuk kami berjumpa sebentar lagi.

Hi. It's Diana. Kita jumpa dekat 1 Utama k. 

Aku melabuhkan duduk di birai katil sementara membalas mesej dari Diana.

See you there.

Mama menghantar aku betul-betul di hadapan pintu utama One Utama. Terasa macam VIP pun ada. Mana tidaknya, turun saja dari kereta orang pandang sampai terteleng-teleng. Aku lawa sangat ke hari ini? Eh terpuji diri sendiri pula.

Entah mengapa, tiba-tiba suara Marissa pula menghantui fikiranku. Aku sudah jadi serba-salah. Betul ke apa yang Marissa cakap tentang Diana pada aku ketika di luar kantin semalam? Habistu, kalau betul pun apa masalahnya? Mungkin saja Diana ikhlas nak berkawan dengan aku? Lagipun aku pun masih dalam proses mengenali dia, masih tak dapat untuk menilai dia lagi.

Mungkin saja Marissa hanya mereka cerita tentang Diana semata-mata untuk membuat gadis itu nampak buruk di mata aku? Siapa tahu kan?

"Hey El!" Diana datang menyapa aku membuatkan aku melompat kecil. Terkejut betul! Dah la tak bagi salam tiba-tiba saja datang terjah aku sebegitu rupa. Mujurlah jantung aku masih kuat lagi, kalau tidak...

Aku mengurut dada.

"Hai!" aku menegurnya kembali.

"Yang you berdiri siap termenung di tengah-tengah jalan macam patung cendana ni dah kenapa? Penat tau I jerit-jerit nama you ajak masuk ke dalam tadi, tapi you buat derk je. Teringatkan cik abang ke?" usiknya. Aku pantas menggeleng.

Aku ni bercinta pun tak pandai, macam mana nak ada cik abang? Merepek betul. Bahu aku dirangkulnya dan kami berjalan beriringan masuk ke dalam mall itu.

"I hauslah. You nak ais krim tak?"

"Boleh juga. Lagipun aku pun dah lama tak perkena ais krim. Kau belanja eh?" sengaja aku menduga dia. Dia mengangkat ibu jari tanda setuju.

Kami ke kiosk ais krim McD dan Diana memesan dua sundae perisa coklat. Sementara menanti ais krim siap dibuat, kami bersembang kosong mengenai kehidupan masing-masing.

"You know what? You're so pretty and I like your eyes so much. I rasa mata you lebih menarik kalau you buat wing eyeliner you tu panjang sedikit. Baru nampak mengancam." Katanya sambil membuat gaya pada matanya. Aku senyum saja.

Amboi ini pun dah cukup panjang. Nak panjang mana lagi? Sampai bertemu dengan hujung kening ke? Huhuhu.

"So El, I dengar orang cerita, you hilangkan diri beberapa tahun. Kemana you pergi?" dia bersandar pada kaunter sambil menanti jawapan dari aku.

"Tak adalah menghilangkan diri sangat.. Mak aku dinaikkan pangkat, jadi bos dia pindahkan dia ke Johor buat sementara waktu, uruskan cawangan baru syarikat mereka di sana. Tapi tak lama, cuma beberapa bulan saja dan selepas itu kami pindah kemari semula." Dia mengangguk faham.

"You tahu tak Rayqal tu.."

"Eh Diana.. Apa you buat dekat sini?" sapa satu suara yang muncul dari arah belakangku, sekaligus mematikan bicara Diana. Aku menoleh sekilas melihat Marissa tersengeh kecil sebelum membuat isyarat peace kepada aku. Buat apa pula minah tu di sini?

Bullied Love (E-book)Where stories live. Discover now