Bab 9 : Dia El Aku!

17.7K 838 36
                                    

Setelah tamat sesi persekolahan, aku mengatur langkah menuju ke pusat sumber memandangkan hari ini adalah hari aku bertugas menjaga tempat itu selama dua jam. Nak diikutkan hati, memang malas betul aku nak kesana dek kerana badan sudah terlampau penat dan inginkan rehat yang secukupnya tapi sudah tugas kan, nak ataupun tidak perlu juga aku laksanakan.

"Tolong tepi sikit, tolong tepi sikit. Eh apa yang kau mahu semua ku beri.. eh eh eh" suara sumbang yang sedang menyanyi tu tak lain tak bukanlah, mesti milik Rayqal. Bab-bab bising membising ni memang bagi sajalah pada dia. Tahulah dia bagaimana nak menggamatkan suasana.

"Wei aku cakap tolong tepi sikit kan? Kau pekak ke? Tepi!" Selamba saja dia berkata. Rayqal...Rayqal.. Entah siapalah yang jadi mangsanya itu aku pun tak tahu. Malas nak ambil tahu pun sebenarnya.

Baru saja aku melangkah merentasi koridor makmal Sains, tup-tup dia telahpun berjalan di sisi aku. Celah mana dia muncul, aku pun tak sedar.

"Eh, El mok lah. Hi....." katanya meleret dalam nada yang amat menjengkilkan sambil melambai ke arah aku. Mulutnya yang riuh itu nak saja aku sumbat dengan botol air di tangan ni, supaya senyap sikit. Telinga aku pun tak bingit!

Tiba-tiba, terasa seperti ada beban dikenakan di atas kepala aku. Jangan kata manusia ni letak buku-buku teks dia atas kepala aku? Dia ingat aku ni meja bergerak dia ke apa?

"Tumpang letak jap eh. Lenguh tangan." Katanya sambil tersengih sumbing sambil merenggangkan kedua belah tangannya.

Eh bersenamrobik pula dia di sini..

Aku? Cuma mampu pandang dia dengan muka tak puas hati saja. Buku-buku dia ni dah lah berat, kalau setakat buku nota tu aku tak kisah sangat. Ni tidak, buku teks, buku rujukan, ensiklopedia, kamus dewan, kamus bahasa arab, sepanyol semua ada. Dia nak buat leher aku patah ke apa?

Buku-bukunya kini sudah diambil. Oh reti ambil.. Ingatkan tadi nak suruh aku bawa harta benda dia yang ada kat atas kepala aku ni kemana-mana saja sampai besok lusa? "Hmm..Bagus juga ada orang pendek macam kau ni. Berguna betul untuk orang tinggi seperti aku ni." Mata aku secara spontannya terjuling ke atas.

"Tak sia-sia juga kau tuang susu yang mak kau buat masa kecil-kecil dulu ke dalam sinki.. Kewujudan kau agak menyenangkan aku tau." Dia mengangkat ibu jari pula. Eiii geramnya aku dengan dia ni! Rasa macam nak tumbuk-tumbuk je lengan dia tu sampai patah!

Dan.. Bila masa pula aku buang susu ke dalam sinki sewaktu kecil-kecil dahulu? Memandai saja!

"Eh mok, jom balik sekali? Apa kata kita lawan, siapa sampai rumah dulu dia menang dan yang kalah, perlu belanja yang menang makan nasi ayam penyet depan sekolah tu. Haa.. Menarik tak menarik tak?" Mataku secara automatiknya menjadi kecil.

Aah kan? Kau naik motor, manakala aku pula jalan kaki. Memang confirm lah kau yang menang! Takkan lah aku pula? Bijak betul dia ni menganjurkan pertandingan! Tertarik juga aku dibuatnya. Okay, mata pandang atas dan kedua-dua tangan di bahu.

Tak lama kemudian, dia mengeluh kecil. Dah kenapa nak mengeluh pula?

"Aku sebenarnya cuak juga nak lawan dengan kau ni. Iyalah.. " dia tilik aku atas bawah.

"Tengoklah kau. Kau kan atlet lari pecut, dah menang sukan 3 tahun berturut-turut. Aku ni, apa sajalah yang ada. Baru saja berdiri di garisan permulaan dah semput, nak lari memang dah out lah cerita dia." Kedengaran sedih pula nada suaranya.

Ini kes perli ke apa? Apa dia ingat aku ni layak ke untuk jadi atlet? Dengan fizikal aku yang sebegini, larat ke aku nak berlari? Ei mulut tu nak saja aku tenyeh-tenyeh dengan cabai burung tau. Biar lain kali dia beradab sikit ketika bercakap.

Bullied Love (E-book)Where stories live. Discover now