Bab 19 : Kek

16.5K 708 46
                                    


Teraba-raba tanganku mencari jam loceng di atas meja yang tak habis-habis memekik sejak dari tadi. Aku membuka sebelah mata untuk melihat waktu. Baru pukul 5.45 pagi kot? Subuh pun belum masuk lagi! Tapi..Siapa yang gatal-gatal set penggera ni? Pada hari Jumaat pula tu. Selang beberapa saat, iPhone aku pula menjerit. Ha, ni siapa pula yang telefon aku awal-awal pagi ni?

Hana.

Hmmm, pasal jam loceng tu tak lain tak bukan, mesti kerja dia jugalah. Butang hijau aku leret ke kanan dan suaranya muncul di hujung talian.

"Allahuakhbar Allahu Akhbar.." mata aku dengan serta mertanya terbuka. Eh minah ni, pagi-pagi dah azankan aku. Bagus betul!

"Woi bangunlah. Solat. Kita ada aktiviti pagi ni, lupa ke?" kening aku bertaut. Otak mula berfikir tentang aktiviti yang dia maksudkan sebentar tadi. Rasanya kami tak ada plan apa-apa kot untuk hari ini.. Minah ni sembang apa?

"Wait.. Aktiviti apa ni? Seingat aku kita tak ada plan apa-apa kan?" kataku, yakin. Telinga aku menangkap bunyi keluhannya.

"WOI, SEMBANG HARITU KATA NAK KURUS? SEMALAMKAN DAH CAKAP, NAK JOGGING." Tak pasal-pasal kena jerkah dengan dia di pagi hari. Suaranya yang kuat tadi masih lagi bergema di rongga telinga. Cis kurang asam betul dia ni.

"Miss Hana, I believe that you can always talk nicely to people be-"

"Yeah right, but not with you. Dengan kau ni tak boleh berlembut sikit.. Bukan apa, sebab kau ni jenis yang tak faham bahasa. Ini sajalah caranya nak ajar kau pun." Pintasnya. Aku tak habis cakap lagi dia dah menonong pangkah aku. Hana..Hana..

   "Why must you be like this? Haih." Kataku, berpura-pura terasa hati dengannya. Dia berdehem, membuat bunyi bingit dan menyakitkan hati aku.

"Got no time for your drama Edi.. Emy or whatever your name is. Kau tak payah nak poyo eh, nak touching dengan aku bagai. Rumah kita sebelah-sebelah saja tau. Kau jangan terkejut kalau aku panjat balkoni bilik kau eh." ugutnya. Tak padan dengan perempuan dia ni. Tahu nak panjat sana sini saja.

Tapi memang itupun rutin dia tiap hari. Jika dia malas untuk masuk ikut pintu rumah, panjat balkoni adalah jalan keduanya. Itupun nasib baik orang tuanya tak tahu. Kalau mereka tahu.. Mau bernanah telinga dia kena syarah dek mereka berdua nanti.

"Iyalah..Iyalah. Kau nak gerak pukul berapa coach?"

"Pompuan-pompuan yang lain sampai sini pukul 6.30, jadi 6.35 pagi kita gerak. Ada bantahan?"

Pergh awalnya! Ada dibuat orang ke jogging di awal pagi macam ni? Pelik-pelik sajalah mereka ni.

Baru saja aku mahu membuka mulut untuk membantah, "Solat, lepas tu siap. Bye." Talian terus dimatikan. Aku menjuih bibir. Dia ni macam tahu-tahu saja yang aku nak mempertikaikan tentang rancangannya itu.

Tanpa membuang masa, aku terus bangun, kemas katil dan seterusnya ke bilik air untuk mandi.

ANGIN tak  ada, ribut apatah lagi, Hana menelefon aku, minta aku menapak ke rumahnya. Dia ni.. Aku baru saja nak bersenang lenang menonton rancangan Hey Arnorld! di TV9 di petang Sabtu nan indah ini. Popcorn, air, semua dah ready kat atas meja kot. Tinggal tunggu rancangan kegemaran aku tu nak mula saja.

Mama, seperti biasalah.. Duduk di dalam bilik kerjanya, siapkan plan apa entah aku pun tak ingat. Dari semalam lagi tak habis-habis melakar atas kertas putih tu. Malas aku nak kacau, ajak keluar berjalan. Nanti tak pasal-pasal pula kena sergah sebab mengganggu ketenangannya.

Aku memasukkan popcorn ke dalam bekas yang bertutup. Tv aku matikan dan rumah Hana pun aku terjah dengan perasaan yang tak berapa nak rela. Aduh malasnya nak ke rumah dia ni..

Bullied Love (E-book)Where stories live. Discover now