Bab 1 : Selamat Hari Lahir Elissa

28.9K 986 91
                                    

Jam sudah menunjukkan pukul 4 petang. Aku masih di luar pagar sekolah, menanti mama untuk menjemput aku. Katanya malam semalam selepas tamat sesi persekolahan, dia mahu membawa aku makan di restoran di Ampang. Sekolah telah tamat pada pukul 1.50 petang tadi tapi kereta mama masih lagi tidak muncul di perkarangan sekolah.

Aku melabuhkan duduk di pondok bas di hadapan sekolah, menanti mama di sana. Aku menjatuhkan pandangan pada hujung tudung yang sudah kotor terkena sos. Aku mengeluh perlahan. Kenapa ya aku selalu dibuli setiap hari? Adakah ianya balasan atas apa yang telah aku buat ketika di sekolah rendah dulu?

Tadi, sewaktu sedang beratur di kantin untuk membeli donat coklat, Marissa dengan sengajanya melanggar aku dan di tangannya ada semangkuk kecil sos cair untuk dicecah bersama keropok lekor. Aku tahu dia tahu yang aku sedang beratur di belakangnya dan dia mengambil kesempatan itu untuk mengenakan aku. Hasilnya, habis bertompoklah tudung aku dengan cecair oren.

Aku menoleh kebelakang dan mata aku dengan tidak sengajanya bertaut dengan anak mata Tengku Rayqal yang sedang bertempek di pondok ilmu berdekatan dengan pondok pengawal sana. Aku cepat-cepat mengalih pandangan, risau nanti disergah olehnya pula. Dia buat apa lagi kat sekolah pada waktu sebegini? Dah lewat sangat ni, tak reti-reti nak balik ke?

"El mok, apasal kau tak balik lagi? Tunggu boyfriend datang jemput kau ya?" lantang saja suara Rayqal memerli. El mok adalah singkatan yang diberi olehnya yang bermaksud Elissa Gemok.

Aku diam saja. Malas nak menjawab pertanyaannya itu. Lantas, aku terus bangun menuju ke telefon awam yang terletak bersebelahan dengan pondok pengawal. Nombor mama aku dail.

Tidak berjawab. Okay tak apa, cuba lagi sekali. Buat kali yang kedua, aku mendail nombor mama lagi, berharap akan ada jawapan darinya.

"Hello?"

"Ma where are you? What took you so long to come and pick me up from school?" telinga aku menangkap suara mama berkata alamak dalam nada yang rendah. Aku melepaskan keluhan berat.

Mama lupa lagi.

"Sayang mama betul-betul terlupa tentang janji mama yang itu. Sekarang mama tengah meeting dengan bos besar. Okay, I'll make it up to you tonight, we'll go to Port Dickson to eat dinner yeah?" Janjinya.

Mama selalu sibuk dengan kerja. Sampai rumah pun kadang-kadang pukul 9 malam. Sempat ke nak ke PD dan makan malam di sana? Berangan sajalah!

"Tak apalah. I'm hanging up now. See you later." Rajukku. Aku meletakkan ganggang dan terus mengatur langkah keluar dari sekolah. Perut aku bukan main lapar dah sekarang ini, balik rumah kena masak lagi. Haih!

"Woi kau lapar ke? Dari Perlis aku dapat dengar bunyi perut kau berdondang sayang tau." Rayqal berjalan menyaingi aku. Aku buat derk saja dengan pertanyaannya itu.

Disebabkan dia jugalah pada waktu rehat tadi aku tak dapat makan. Sudahlah semasa di kantin tadi dia makan kesemua donat coklat aku. Malang buat aku, aku hanya bawa RM1 ke sekolah dek kerana terlupa untuk mengambil duit belanja yang sudah mama sediakan di atas meja kopi. Memang kebulurlah aku sepanjang di kelas tadi.

"Oh, sombong dengan aku. Okay tak apa, bye. Jalan tu hati-hati,kalau ada orang nak culik kau, kau smack down saja penculik tu, biar patah habis tulang-tulang mereka. Kau kan tough, banyak muscle." Dia menepuk lengan gebu aku dua tiga kali dan kemudiannya berlari-lari anak ke tempat parkir motorsikal.

Muscle apa bendanya? Itu lemak lah bangang!

Pulang saja dari sekolah, aku duduk di ruang tamu, bermalas-malasan sambil menonton sinetron di tv. Perut yang lapar ini aku biarkan buat sementara waktu. Kalau rajin, aku pergi masaklah nanti. Kalau malas, tunggulah sampai mama balik, katanya nak bawa aku makan diluar kan?

Bullied Love (E-book)Where stories live. Discover now