Bab 11 : Akukan Hero

16K 760 16
                                    

Pulang dari sekolah, aku terus naik ke bilik, cari iPhone untuk mesej mama. Tekak rasa macam nak makan chicken chop dan aku ingat nak ajak mama makan di retoran makanan western malam ini. Ada mama yang sibuknya mengalahkan perdana menteri ni pun susah juga. Nak keluar makan bersama pun kena beritahu awal-awal, takut nanti mama pulang ke rumah lambat pula.

Usai menghidupkan phone, ada satu mesej terpapar di skrin.

El mama mungkin blk ke rmh awl pg besok sbb ptg ni mama ada meeting dgn client dan boss. lps meeting mama kena pergi ke Pahang, melawat site. Ada masalah sikit yg perlu mama selesaikn di sana. Lps je kerja mama selesai mama balik k. Jaga diri, jgn lupa kunci pintu pagar, pintu rumah tau. Love you.- mama.

Aku mengeluh sepanjang 3 harkat. Alamatnya, malam ni aku tinggal di rumah ini berseoranganlah.. Kalau mama dah cakap dia mungkin balik awal pagi, maksudnya mau pukul 3-4 pagi baru sampai rumah. Gaya aku cakap macam tak biasa pula kena tinggal berseorangan di rumah ni sebelum ini.

Okay ma, stay safe. I love you more.- aku.

Tak dapat chicken chop, aku order pizza sajalah. Sedap juga tu.

Mengantuk punya pasal, selepas melantak 2 kotak pizza tadi aku tertidur di ruang tamu sehinggalah pukul 10 malam. Bapak lama betul aku tidur. Puas pun puas. Nasib baiklah bendera merah, tak perlu nak qado' solat.

Puas termenung, akhirnya aku mendaki tangga untuk ke bilik, bersihkan diri. Iphone tiba-tiba menjerit, menandakan ada mesej baru masuk. Dari Rayqal.

-Assalamualaikum, El. Ni aku. kau dah buat tak soalan fizik bab Inersia yang cikgu tulis kat papan putih tadi?

Macam manalah nak buat soalan tu, aku pun baru bangun tidur. Tidur yang panjang lagi.

belum. – aku

ad apa2 bhgn yg kau tk faham? Aku tgk kau nganga je masa kt kelas td? Anything just tanya aku. malu bertanya, alamatnya sesatlah kau sampai bebila. Kau tk nk sesat en? So feel free to ask me.- dia.

Selesai mandi baru aku terfikir untuk balas mesej dia. Itupun sebab soalan awal tu pun aku dah blur, jadi aku tanyalah formula dan jalan kira untuk jawab soalan tu sekali. Alang-alang dia dah offer diri nak ajar aku, apa salahnya kalau aku manfaatkan peluang itu kan? Lagipun, mamat ni memang expert betul dalam subjek ni. Pop kuiz minggu lepas pun dapat markah penuh manakala aku ni, separuh pun tak sampai.. Sedang aku ralit menulis jalan kira yang diberi oleh Rayqal, tiba-tiba telingaku menangkap bunyi selak pintu pagar dibuka.

"Mama dah balik ke?" kataku, sendirian. Pen aku letak di atas buku sebelum pergi menapak ke tingkap bilik untuk melihat halaman luar. Tiada pun kereta mama di perkarangan rumah. Maknanya, mama masih lagi belum pulang. Habis tu siapa yang buka pintu pagar tu?

Pencuri masuk ke?

Aku dah mula panik. Aku baru teringat yang aku terlupa untuk mengunci grille dan pintu rumah selepas mengambil pizza petang tadi. Ya Allah! Air mata ketakutan mula memenuhi ruang mata.

Aku bergegas ke pintu bilik untuk memastikan ianya berkunci. Aku menolak kerusi untuk menyendal pintu dan seterusnya mencapai iPhone di meja belajar. Nombor mama aku dail berkali-kali, namun tak berangkat. Nak dail rumah jiran sebelah pun tak ada guna. Mereka sekeluarga pergi ke Singapura dan tiada seorang pun anak mereka ada di rumah manakala rumah di sebelah kiri aku pula memang dah lama kosong. Ya Allah, aku nak minta tolong siapa ni?? Sudahlah satu kawan rapat pun aku tak ada..

Bullied Love (E-book)Where stories live. Discover now