Bab 21 : Konsert

14.7K 666 22
                                    

Hampir dua minggu sudah berlalu dan wajah Rayqal ketika di tangga studio masih melekat di minda. Aaah otak ni pun satu, dalam banyak-banyak benda yang aku boleh fikir, kenapa engkau pilih untuk mainkan imej mamat tu pula? Aku mengeluh kecil.

Kawan-kawan aku pernah tanya aku sama ada aku pernah mengenali Rayqal sebelum ini ataupun tidak. Aku cakap tak. Bohong sunat! Kemudian, mereka tanya lagi mengapa aku lari di saat Rayqal muncul di hadapan mata aku dan aku pun berbohong sunat lagi sekali.

Aku kata, aku malu sebab dia nampak aku jatuh ketika sedang menari dan mujurlah mereka mempercayai kata-kata aku itu. 2 pembohongan aku buat secara berturut-turut, tak pasal-pasal aku dapat dosa kering...

Kami akan menari untuk satu persembahan Tengku Rayqal di konsert Jom Heboh yang bakal bertapak di sini besok. Jujurnya, aku masih rasa berbelah bahagi sama ada mahu teruskan semua ini dan berjumpa Rayqal lagi ataupun menarik diri untuk persembahan besok hari.

"Termenung jauh nampak? Ada masalah ke?" pertanyaan mama mematikan lamunanku. Aku membetulkan duduk, memberi ruang untuk mama duduk di sisiku.
"Kind of.."

Aku melentokkan kepala pada bahu mama manakala mata menonton tv. Fikiran pula melayang-layang entah kemana.

"Kenapa ni? Cuba cerita dengan mama, manalah tahu mama boleh tolong?" 

Jika aku bercerita tentang Rayqal akan ke sini pada mama, pasti mama akan gembira punya. Iyalah, anak kawan baik dia bertandang di negeri ini pula tu. Mau dia akan jemput Rayqal datang ke rumah untuk makan-makan ataupun sewaktu dengannya.. Jadi El, kunci mulut kau jika mama tanya tentang Rayqal!

"Tak ada apalah. Cuma penat sikit je." Jawapan selamat aku beri. Mama pun nampak macam terbeli dengan kata-kata aku tadi. Bagus!

"Ma, El ada show di Jom Heboh besok. Are coming with us?" El ajak-ajak ayam je ni ma. Say no please.

"Probably no." Aku menarik nafas lega.  YESSS MA, I LIKE YOUR ANSWER!!

SEBELUM kami bergerak ke tapak Jom Heboh, kami membuat beberapa latihan terakhir tanpa Rayqal di studio. Rayqal tu entah dah sampai ke Johor ni entah tidak. Lantaklah. Malas aku nak peduli pasal dia!

Di pertengahan lagu, bunyi ketukkan pintu menarik perhatian kami semua. Mujurlah Sya rajin untuk pergi buka. Nak harapkan yang lain? Memang hampeh lah. Aku bergerak ke penjuru studio untuk minum. 1 jam menari tanpa rehat pun barai juga!

"Assalamualaikum.." hampir tersedak aku dibuatnya. Dia ni, pantang sahja disebut namanya, pasti akan muncul punya. Salam dari Rayqal mereka jawab serentak.

"How was your flight?" Yana menyoal ramah.

"Biasa-biasa je. Mujurlah tak delayed. Kalau tak.. Tak tahu bila nak sampai.." suaranya mati. "Anyways.. Korang dah ready ke untuk show malam nanti?"

Macam-macam jawapan yang mereka beri. Aku tak habis-habis meneguk air sejak dari tadi lagi. Aku lagi rela begini daripada terpaksa berhadapan dengan dia okay!

"Hmm.. Penyanyi pun dah ada, jomlah kita practice lagi. Aku bukan apa, cuma risaulah kot-kot terlupa steps ketika di atas pentas nanti.. Maklumlah, kita akan bakal berkongsi stage dengan artis paling popular di Malaysia kan.. Rasa nervous tu memang dah tak boleh nak kawal." kata Sopie. Aku menjulingkan mata ke atas.

Popular tapi kalau perangai annoying gila tahap dewa pun tak guna juga.

"Oi El, aku tengok kau ni dari tadi dok tonggang air tu tak habis-habis. Stop drinking and get your body here already!" dengan muka yang tebal, aku memulas penutup botol ketat-ketat dan mula mengambil tempat di hadapan cermin.

Bullied Love (E-book)Where stories live. Discover now