Bab 34 : Tersepit

10.1K 478 36
                                    

Aku mengerling jam dinding. 6.30 pagi! Kena mandi dah ni, kalau tidak.. Tak pasal-pasal lambat ke sekolah pula nanti. Aku mencapai tuala dan bergegas ke tandas untuk membersihkan diri.

Setibanya di sekolah, aku melihat Rayqal yang sedang termenung di atas motor, bagai menanti durian gugur. Pagi-pagi dah termenung. Kena tinggal dengan awek ke bang?

"Woi kalau nak termenung pergi balik rumahlah. Tak payah datang sekolah." Laungku, membuatkan dia tersentak. Mujurlah dia tak terjatuh dari kenderaan beroda dua tu tadi. Dia menggalas beg lalu terus berjalan bersama aku.

"Kau ni.. Pagi-pagi dah sergah aku. Tak reti nak bagi salam ke?" sindirnya lagi. Sesungguhnya, lidah milik Rayqal ini hanya tahu nak cakap ayat-ayat sarkastik saja, benda lain tak. Geram pula aku rasanya.

"Tak." Balasku.

"Kalau tak nak bagi salam pun, bagi lah hati ke, rasa cinta ke kat aku. Baru best sikit." Aku mengembangkan hidung dan mengembungkan pipi. Jijiknya rasa!

"Apa kata kau diam sebelum aku lempang kau sampai tercabut gigi?" dia tersenyum, menampakkan lengsung pipit di kedua belah pipinya.

Bumm!

Bahu aku dilanggar kasar dengan sengaja menyebabkan kesemua buku-buku aku jatuh berselerakkan di atas tar. Ek eleh pompuan ni.. Tak ada mata ke macam mana? Tak nampak ke aku tengah jalan bawa buku ni? Rabun?

"Eyes on the road bitch." Woah! Perempuan manalah yang tak ada adab ni? Sudahlah langgar aku dengan segaja lepastu boleh pula dia marah aku pula?

Aku menoleh seketika dan alangkah terkejutnya aku bahawa perempuan itu adalah Diana. Wowowowow. Ah biarlah kau situ. Malas aku nak layan! Aku melutut untuk mengutip buku-buku itu namun Rayqal pantas menghalang. Bagus sangat lah tu ada orang offer nak tolong kutipkan.

"Who shit in her cereal this morning?" aku menggumam kecil. 

"Eh dia memang macam tu eh? Melyn 2.0? Aku ingat bila Melyn dah blah, tak ada dah manusia berperangai seperti dia alih-alih datang penggantinya pula. How nice!" Rayqal ketawa mendengar 'rant' aku tadi.

Habis saja aku mengutuk Diana tu, tanpa apa-apa, Rayqal  terus pergi berlari mendapatkan Diana. Lelaki ni pun satu. Kalau nak kemana-mana pun, tak reti ke nak pulangkan buku-buku aku balik?

"Woi buku aku!"

"Aku tahulah. Kau pergi masuk kelas dulu. Aku ada benda nak settle dengan dia kejap."

Aku perhatikan Rayqal dan Diana dari jauh. Nampak macam sedang bertikam lidah je mereka berdua tu. Aku berjalan di sebalik pasu, perlahan-lahan untuk mendengar segala butir perbualan mereka. Aku menyorok di sebalik kereta cikgu dimana ianya terletak tak jauh dengan mereka berdua.

"Apahal kau langgar dia tadi? Aku tahu kau sengaja buat macam tu tadi kan?" soal Rayqal bernada keras. Diana tersenyum puas.

"Padanlah dengan muka dia. Setakat tolak-menolak tu baru sikit sayang.. Aku ada plan yang lagi besar yang sedang menanti dia tau." Katanya lalu ketawa mengilai.

Perempuan ni sakit otak ke apa ya? Kejap.. Plan tu melibatkan aku ke?

"Mulai sekarang, kau jangan ganggu dia lagi. She has nothing to do with you. Apa benda yang dia dah buat pada kau sampai kau berdendam dengan dia?"

"Hello? You said she has NOTHING to do with me? Hey! You dumped me for her remember?" bahu Rayqal ditolaknya sedikit.

"That was a while ago! And don't try to put all the blame on me.. You cheated on me with some guy named Syazwan.. Remember?"  Diana terus berpaling muka dari Rayqal. 

"Or did you wake up with amnesia this morning?" sembur Rayqal lagi membuatkan Diana kehilangan kata-kata.

"So now tell me if I was wrong for ditching you?" sambungnya lagi.

Nampaknya aku tersepit diantara hubungan cinta yang tak kesampaian ni. Yang lelaki dituduh tinggalkanbekas kekasihnya gara-gara aku, manakala yang perempuan pula dituduh curang.Malas untuk ambil tahu, aku mengambil keputusan untuk blah saja dari sini,biarkan mereka berdua selesaikan masalah masing-masing    

Bullied Love (E-book)Where stories live. Discover now