Bab 14 : Hari Terakhir

15.8K 753 13
                                    

''El dah siap tu turun, sarapan. Ada benda mama nak cakap sikit dengan El ni.'' nyaring saja suara mama melaung namaku dari dapur.

Aku mengeluh kecil. Malasnya aku untuk sekolah kejam tu, tuhan saja yang tahu. Tak boleh ke kalau aku berhenti terus dari sekolah tu dan duduk saja di rumah ni dan tunggu orang masuk meminang? Tentulah tak boleh sebab tak akan ada seorang pun yang akan datang meminang aku. Aku ni dahlah tembam, mengalahkan anak gajah di zoo tu, kau rasa ada ke orang nak meminang aku? Berangan sajalah!

Minggu lepas, Marissa kenakan aku dengan cara meletakkan gam di atas kerusi aku dan aku terus duduk macam itu saja tanpa periksa keadaan kerusi itu terlebih dahulu. Hasilnya, memang bertompok besarlah baju sekolah aku di bahagian punggung. Malu jugalah diejek oleh orang di sekolah itu. Ada ke patut mereka kata aku berak tapi tak basuh?! Apa mereka ingat aku ni pengotor sampai begitu sekali ke?

Aku mengeluh buat kesekian kalinya. "Lima minit lagi El turun.'' laungku kembali dalam nada yang pura-pura ceria. Padahal, dalam hati mahu saja beritahu mama yang aku dengan sukacitanya tak mahu ke sekolah tapi, kalau aku kata begitu kepada mama, mesti dia akan membangkitkan seribu satu soalan yang kebanyakkannya akan bermula dengan perkataan 'KENAPA' dan dari celah mana aku nak cekau jawapan untuk kesemua soalannya itu?

Aku berdiri di hadapan cermin, mengemaskan lipatan tudung sekolah yang tersarung di kepala sebelum mengambil beg yang terletak di tepi pintu. Langkah aku atur menuju ke dapur.

"Hi mama." Aku membongkokkan badan sedikit dan bibir aku bertemu dengan pipi mama. Aku kemudiannya melabuhkan duduk bertentangan dengan mama sambil tanganku mencapai beberapa keping roti yang sudah siap disapu Nutella. Aku telan liur. Wow breakfast kegemaran aku ni! Yummy.

"Hai sayang. Have a sit, I have something to tell you." Sumpah aku cakap, wajah mama nampak gembira semacam saja, gaya macam nak bagi aku papa baru pun ada.

Kalau aku terlepas cakap begitu pada mama, mau 3 hari 3 malam mama merajuk dengan aku! Aku rasa mama masih kecewa dengan papa tetapi.. Ah apa-apa sajalah. Aku dah malas nak fikir tentang keluarga kami. Biar papa saja mencari kami jika dia rasa yang dia masih perlukan kami dalam hidup dia. Aku dah malas nak kusutkan fikiran aku yang dah sememangnya kusut ini dengan masalah keluarga yang aku sendiri tak tahu bila akan berakhir.

''Mama ada berita baik, I mean like a real good one. Sama ada El suka ataupun tak, El perlu ikut mama juga tau." kata mama sambil mencuit hidung aku. Aih, lain macam betul gaya dan bunyinya itu? Aku menarik cawan dekat pada bibir lalu menyisip kopi panas perlahan.

"Sounds weird but okay, tell me?" aku menyoal, sekadar berbasa-basi. Kopi di tangan aku hirup sekali lagi. Panas betul kopi ni, boleh terbakar lidah aku dibuatnya.

"Kita berdua akan berpindah ke Johor sebab mama dapat tukar ke sana selama beberapa bulan." katanya sambil menepuk tangan kecil. Kopi di dalam mulut aku tersembur sedikit. Alamak habislah kotor tudung aku! Mama hanya mengeleng kepala.

Dah dapat tukar tu, maksudnya mama naik pangkat juga lah kan? Patutlah gembira saja sejak dari malam semalam lagi. Bila ditanya apa yang digembirakannya, dijawabnya dengan ayat cliche, iaitu 'tak ada apa-apa'.

"Mama.. Mama bergurau eh?" soalku, seperti tak percaya. Aku mencapai tisu di hujung meja makan sebelum menapak ke singki untuk membasuh tompokan kopi yang terkena pada tudung tadi.

Mama gelak.

Mama ni, boleh pula nak bergurau macam tu di pagi-pagi ni. Aku ni dahla tak ada mood nak ke sekolah, tup-tup dia boleh pula cakap nak pindah rumah pula. Apa semua ni?

"El, tak kanlah benda serius macam ni mama nak bawa bergurau pula? Sebenarnya mama dapat naik pangkat, sebab itulah mama kena transfer ke sana, tetapi tak lama, cuma beberapa bulan saja. Lepas tu, mama janji dengan El yang kita akan balik semula ke sini. Okay?" aku diam lalu melabuhkan duduk di atas kerusi kembali. Hujung roti aku gigit sedikit lalu terus telan. Tak ada mood nak kunyah.

"Ma, I'm not trying to be rude here, but why don't you tell me about this earlier? Kenapa harini nak pindah dan baru harini mama beritahu El?" aku menyoal, berbaur kecewa sedikit. Mama hanya tersenyum simpul selepas mendengar soalan dari aku.

"Sebab mama nak buat surprise?" Oh.

"Well, I'm surprised." Kataku, berpura-pura ketawa kecil.

"Jadi, harini adalah hari terakhir El dekat sekolah tu dan lepas balik dari sekolah nanti, jangan lupa pack barang-barang yang El nak bawa ke Johor nanti okay? Bawa apa yang patut saja, yang selebihnya kita beli kat sana nanti." Aku mengeluh kecil lalu mengangguk perlahan.

Mama nampak sangat teruja untuk berpindah kesana tapi macam mana pula dengan aku? Boleh ke aku hidup di sana nanti? Entahlah.

"Alright." Aku menghabiskan sisa roti yang ada di dalam pinggan sebelum bangun, menuju ke pintu hadapan.

Bullied Love (E-book)Where stories live. Discover now