Bab 10 : Tumbesaran Terbantut

17K 789 22
                                    

Pulang dari tandas, aku terus tergesa-gesa kembali ke tempat dudukku. Mana tak tergesa-gesa, kelas hampir sunyi dek kerana kebanyakkan pelajar sudah ke makmal Fizik. Perut ni pun satu, nak meragam pun balik rumah nantilah. Yang pergi meragam ketika aku di sekolah ni kenapa entah?

Aku terkedu seketika setelah mendapati beg aku tiada di kerusi. Mana pergi beg aku ni? Tadi ada saja di sini? Aku meraba ke dalam laci. Kosong. Tong sampah di belakang kelas pula aku terjah. Tiada kelibat beg aku kelihatan. Aduh mana pula beg aku ni? Siapa pula yang gatal-gatal ambil?

Spontan aku melangut ke atas dan alangkah terkejutnya aku setelah melihat beg aku terletak elok di atas bilah kipas. Aku jadi buntu. Macam mana aku nak ambil beg tu? Kalau aku panjat meja sekalipun belum tentu akan sampai punya kerana aku ni tak adalah tinggi mana pun.

Kenapalah aku rendah? Ergh!!

Aku menarik meja betul-betul di bawah kipas lalu memanjatnya. Kalau tak sampai juga, pandai-pandailah aku lompat. Ini dah kes mudarat. Kejap lagi, gerenti aku kena denda dengan cikgu Zabedah dek kerana lambat masuk ke makmal. Percayalah!

"Buat apa tu? Petik buah rambutan ke?" entah bila masa Rayqal masuk, tup-tup sudah ada di hadapan meja yang aku sedang berdiri sekarang. Nak perli-perli aku pula. Sepak nak?

"Pendek juga eh kau ni? Itulah, masa kecil-kecil dulu mak kau buatkan kau susu, kau tak nak. Siap buang lagi. Last-last inilah jadinya, tumbesaran terbantut. Ketot." Kutuknya sambil gelak-gelak. Ni dah kali kedua dia sebut pasal aku buang susu ketika aku kecil-kecil dahulu. Mana dia tahu aku tak minum susu? Memandai saja.

Ei, kecil besar kecil besar saja aku tengok dia ni. Gelak-gelak kenapa? Tak lawak okay? Dia membuat gaya mengejek ketinggian aku. Ish, aku ketot pun bukannya menyusahkan hidup dia pun!

Lagi satu, ni mesti kerja dia, letak beg aku tinggi-tinggi macam ni. Tak guna betul!

"Dah turun." Arahnya. Aku pekakkan telinga. "Roboh meja ni nanti. Kau tu dahlah berat." Tambahnya lagi.

Habis tu kalau aku turun beg ni siapa nak ambilkan? Tiada sesiapa pun. Jadi lebih baik aku berusaha untuk ambil sendiri dan kemudiannya terus ke makmal Fizik. Habis cerita!

"Ish aku cakap turun! Dahlah ketot, degil pula tu. Goyang meja ni nanti baru tau." Arahnya lagi. Aku menjelingnya tajam, membuatkan dia menjelir lidah ke arah aku.

Sebaik saja aku turun dari meja itu,dia terus menolak meja itu rapat ke dinding belakang kelas. Dia seterusnya menapak keluar dari kelas meninggalkan aku terpingga-pingga di tengah-tengah tempat ini.

Ish tadi gaya macam nak tolong. Lepastu main blah macam tu je. Menyakitkan hati betul!

"Mengutuk aku kat dalam hati lah tu." Tegurannya itu membuatkan bahu aku ternaik sedikit, terkejut.

Dia kemudiannya menarik kerusi betul-betul di bawah kipas. Beg aku diraihnya dengan mudah lalu dihulurkan kepada aku. Baru saja aku mahu menyahut hulurannya itu dia terlebih dahulu menarik tangannya tinggi-tinggi. Ei dia ni nak main-main dengan aku pula. Sekali aku sepak kaki kerusi ni mau dengan dia dia sekali tersembam ke lantai kot.

Aku merenung wajahnya tajam. Kalaulah renungan aku ni boleh membunuh, mau dia ni dah lama jadi arwah kot.

"Okaylah, okaylah nah. Tengok aku macam nak telan. Tahulah aku ni hensem. Aku pun suka tengok diri sendiri kat cermin. Maklumlah, orang hensem, mata pun sedap je memandang. Ye dok? Ye dok?"

Angkat bakul sendiri, tak malu!

Aku mengeluarkan buku nota dan teks dari dalam beg. Terasa macam ada yang kuranglah. Tapi apa yea?

"Buku praktikal jangan lupa bawa." Dia memesan seraya mengeluarkan buku itu dari dalam begnya.

Aku menggeledah beg mencari buku yang Rayqal maksudkan tadi. Sudah.. Mana perginya buku praktikal aku ni? Seingat aku, semalam aku dah pun masukkan buku itu ke dalam beg. Mana pula perginya? Ish!

"Hah, ni menggelabah semacam dah kenapa? Tak bawa buku?" soalannya aku biar tak berjawab.

Buntu aku dibuatnya. Nak cari di mana lagi? Dalam laci meja pun tiada. Matilah aku kena denda dengan cikgu nanti. Tawakal sajalah.

"Kalau kau tak bawa pun tak apa. Aku ada. Pakai buku aku dulu, nanti aku pinjamkan kat kau. Tapi dengan syarat kau kenalah jadi partner aku untuk eksperimen kali ni. Deal?" dia mengangkat kening, menanti jawapan dari aku.

"Okay, diam tu kira deal lah eh. Jom."

Sampai saja di pintu hadapan makmal, cikgu Zabedah sudah berdiri di muka pintu, barangkali sedang menantikan aku dan Rayqal.

"Kenapa lambat? Kata nak pergi ambil buku saja. Kamu pergi ambil buku ke pergi buat dan cetak buku?" Rayqal menggaru kepala.

Dia mengusik saya tadi cikgu, sebab itulah dia lambat kemari. Denda dia, denda dia! Cikgu Zabedah memandang aku pula.

"Kamu pula Damia, kenapa lambat?"

"Saya sakit perut tadi." Jawabku, seikhlas hati.

"Lima belas minit kamu berdua lambat ke kelas saya. Sekarang saya nak kamu berdua pergi round padang 3 kali." Tegasnya. Padang dibelakang aku itu aku pandang kosong.

Mak ai 3 kali round padang di tengah hari terik sebegini?

"Se.ka.rang." katanya satu persatu. Nada suaranya masiih lagi tegas.

Aku dan Rayqal meletakkan buku-buku kami di tepi tangga sebelum berlari ke arah padang. Kenapalah padang sekolah ini besar sangat? Nak menangis air mata darah aku dibuatnya. Sudahlah haritu aku dipaksa oleh Rayqal round padang juga sebanyak 10 kali tapi itu pada waktu pagi jadi tak adalah penat sangat. Tapi kali ini walaupun cuma 3 pusingan, belum mula lagi aku sudah rasa letih. Haih!

"Wei cepatlah. Yang kau pergi melenggang kangkung macam tu sampai besok pun belum tentu habis! Cuba jog macam ni.." dia membuat demo. Aku memandangnya kosong. Sambil-sambil itu, dia melonggarkan ikatan tali leher dan melipat lengan baju hingga ke siku.

Jog konon. Kau kurus boleh ceritalah. Aku ni gemuk serupa tong dram. Memang tak mampulah nak jog bagai. Semput!

"Kalau kita lihat dari sudut positif kan, bagus juga tau cikgu suruh kita lari di padang. Kalau kau lah kan, bila masa sajalah kau nak exercise selain dari waktu PJK? Hah memang tak ada lah. Jangan nak klentong aku cakap ada eh." Dia mengoyangkan jari telunjuknya.

Aku tak cakap apa-apa pun, jauh sekali nak klentong.

Selepas kelas Fizik tamat, seperti biasa masing-masing pulang ke kelas memandangkan masih ada satu lagi subjek sebelum sesi sekolah untuk hari ini tamat.

"Mok! Tunggu kejap." Aku memerlahankan langkah sambil menoleh ke belakang. Melyn berlari kecil mendapatkan aku bersama buku praktikal Fizik di tangannya.

"Nah ambil balik buku kau. Thanks sebab sudi pinjamkan. Sayang kau ketat-ketat." Katanya dalam nada gedik lalu terus pergi meninggalkan aku dalam keadaan yang termanggu-manggu.

Kulit buku itu aku selak. Nama aku tertera di halaman pertama buku. Benarlah ini buku aku! Kerana dia lah aku di denda oleh cikgu ketika di dalam kelas tadi dek kerana tiada buku ni di atas meja. Kurang asam punya minah! Penat-penat aku kena ketuk ketampi seratus kali di belakang kelas tadi, dia boleh duduk bersenang lenang di tempatnya walhal dia yang tak bawa buku tetapi aku pula yang terkena tempiasnya.

Bullied Love (E-book)Where stories live. Discover now