Bab 32 : Tenung

10.2K 478 17
                                    

Hari minggu sebegini memang tak sahlah kalau tak terdampar di atas sofa macam ikan paus di depan tv, menonton kartun. Pagi-pagi macam ni selalunya akan ada maraton kartun dari pukul 8 hingga pukul 11 pagi. Tak lama kemudian, mama datang ke ruang tamu, turut menyertai aku menonton tv. Tapi sesekali aku lihat dia asyik ralit dengan phone.. Hmmm macam pelik je tu. Ada apa-apa ke yang dia sorok dari aku?

"Texting someone special?" aku menyoal manakala mata masih melekat pada skrin tv. Tergagap mama seketika.

"Kawan lah.. Mana ada someone special pun. El ni pandai-pandai sajalah.." aku mengangguk kecil.

Kalau tak ada okaylah.. Lagipun aku tak expect nak dapat papa baru pun. Jangan dibuatnya bawa aku jumpa kekasih dia sudah. Mau mengamuk aku nanti sebab tak dapat terima kenyataan punya pasal..

"Malam ni mama tak masak. Ada orang jemput kita dinner kat rumah dia. Jadi, lepas maghrib El terus siap-siaplah eh? Jangan dok melantak tidur dari asar sampai ke maghrib pula.. Memang mama simbah El dengan sebaldi air dan jangan cakap mama tak warning awal-awal pula ya.."

"Noted.. Kita nak pergi rumah siapa?"

"That's for you to figure it out soon." Jawab mama, konon nak berahsia pula. Aku dah mula fikirkan benda yang bukan-bukan.

Macam mana kalau mama nak bawa aku jumpa family kekasih dia? Ya Allah memang tak lah aku nak pergi! Aku sanggup tau tinggal di rumah, berlapar daripada bertandang ke rumah dia... Eh apa aku merepek ni? Mana kau tahu yang mama ada kekasih? Apa kata kau tanya saja untuk dapatkan kepastian. Orangnya pun ada kat depan mata tu, kau cuma perlu buka mulut dan tanya. Senang sajakan nak buat?

"Ma.. Do you have a lover?" aku mengetap bibir perlahan seraya menamatkan pertanyaan yang mungkin boleh membawa maut itu.

Mama tergelak kecil lalu menggeleng.

"Mama dah tua la untuk ada kekasih. Kalau mama muda belia macam El tu lainlah.. Ni apasal dok tanya soalan pelik-pelik pada mama ni? Macam ada yang tak kena saja.."

"Taklah.. Bukan apa.. Roti coklat kat atas meja makan tu siapa punya? Dah lama El aim nak makan.. Manalah tahu kot-kot lah tu mama punya sebab itu El tanya.." aku mengubah topik dek kerana tak tahu nak jawab apa.

Kening mama bertaut seketika, seperti cuba memproses topik yang aku baru saja akhiri tadi. Beberapa saat kemudian dia tersenyum seraya menggeleng kepala, barangkali pelik dengan perangai aku tadi. El kan anak bertuah.. Kan ma?

AKU sudah duduk bersila di hadapan almari, menongkat dagu sambil mata berlegar-legar dari kiri ke kanan almari, mencari baju yang sesuai untuk aku pakai malam nanti. Aduh nak pakai apa ni? Buntunya!! Bingung punya pasal, aku meraup muka dengan kasar. Eh stress pula aku nak fikir pasal baju ni!

"Ha.. Tu dah kenapa duduk bersila selambak di depan almari macam tengah mengenang nasib je? Apa masalah?" teguran dari mama mengejutkan aku.

Aku menoleh untuk melihat mama yang baru saja melabuhkan duduk di atas katil dengan senyuman penuh makna di bibir.

Penasihat fesyen aku pun dah ada, tak perlu lah aku susah-susahkan diri fikir baju apa yang sesuai untuk aku pakai untuk dinner malam nanti..

Aku merangkak ke arah katil untuk mendapatkan mama. Kakinya aku goncang sedikit. "Ma... Tolong boleh?"

"Tolong apa?" soal mama acuh tak acuh.

"Mama ni.. Macam tak ikhlas saja nak tolong. Ikhlaskan hatimu ma, tolong orang kan besar pahalanya.. Haa.. Mama tak nak ke pahala free Allah kasi?" kening aku dijongketkan dua tiga kali.

Bullied Love (E-book)Where stories live. Discover now