Bab 25 : Aku Kenal Kau Ke?

16.9K 791 42
                                    

KRIIINNGGGGGG!!!

Bunyi loceng yang tersangatlah nyaring dan bingit membuatkan tangan aku teraba-raba mencari benda yang menyakitkan hati itu yang aku letak di atas meja bersebelahan dengan katil semalam. Ish manalah pula perginya ni!

Hati dah mula sakit, terasa seperti nak saja aku lempar jam ni ke dinding. Mengganggu ketenteraman aku betul lah!

Usai mematikan penggera, aku menggenyeh mata lalu mengeliat, meluruskan badan.

"Inilah harinya. Hari yang paling aku tak nak hadapi seumur hidup aku." aku mengeluh. Hai El, pagi-pagi dah mengeluh panjang macam ni apa cerita?

"Hmmmm... Nak tidur!!" aku merengek kecil lalu membaringkan badan kembali. Bantal aku peluk erat manakala mata aku pejam rapat-rapat.

Tiba-tiba mataku terbuka luas.  "Tak boleh macam ni.. Kau nak ke datang lambat di hari pertama persekolahan kau? Dibuatnya Rayqal yang jaga pintu pagar macam mana? Tak ke naya kau nanti?"  Dengan itu, aku terus melompat turun dari katil dan mencapai tuala yang disangkut di tepi almari baju lalu terus menuju ke bilik mandi.

Selesai menunaikan solat subuh, aku bersiap-siap memakai baju kurung dan menyarung tudung sekolah.

Jika beberapa bulan dahulu aku tidak berpuas hati melihat pantulan diri aku di cermin, kini tidak lagi. Malah aku tersangatlah gembira dengan perubahan diri aku sekarang. Tak sia-sia aku ikut saranan mama dan kawan-kawan yang menyuruh aku untuk diet tempoh hari.. Memang berbaloi betul usaha dan penat lelah aku itu.

"El, come down in here and eat your breakfast.'' jerit mama, seperti kebiasaannya.

"Lima minit!" laungku kembali. Sudah menjadi rutin anak beranak ini melaung sana sini di awal pagi. Menceriakan suasanalah katakan.. Aku senyum sendiri. Seandainyalah papa ada bersama, bukankah keluarga ini akan berkali ganda meriah?

Aku menutup pintu bilik dan berjalan menuju ke tangga.

Tak sangka akhirnya aku perlu ke sekolah itu kembali setelah beberapa bulan aku meninggalkannya dalam keadaan  yang begitu sadis sekali.

Persoalan yang sebetulnya, bersediakah aku untuk kembali ke sana semula dan menempuhi segala-galanya buat kali yang kedua? Hmmm..

"Selamat pagi ma." Aku memeluk mama dari belakang dan mencium kedua-dua belah pipinya.

"Pagi sayang" mama memelukku kembali. Mama sudah siap menyarung kemeja dan blazzer.

"Today is your first day in school. Excited for it?" tanya mama sambil menuang air ke dalam cawan. Tak lama kemudian dia menghulurkan cawan tersebut kepadaku.

"El cuaklah ma." Kenyataan yang dikeluarkan oleh aku membuatkan mama berhenti menyuap nasi ke dalam mulut.

"Pulak.. Kenapa?"

"You know, that bully thing, the bullies and of course.." aku membiarkan ayat itu tergantung seketika. "Rayqal." aku menyambung dalam nada berbisik. Nasi di dalam pinggan aku kuis perlahan.

Tiba-tiba saja aku jadi takut untuk ke sekolah itu. Aku tak bersedia lagi untuk dibenci oleh orang sekeliling sama seperti apa yang telah aku lalui tahun lepas. Aku tak bersedia lagi untuk dilayan seperti sampah, dan dibuli oleh mereka. Jujurnya aku masih tak bersedia lagi untuk menempuh apa-apa yang bakal jadi di sekolah itu sebentar lagi. Melyn.. Apa reaksi dia setelah dia mendapati bahawa aku akan memunculkan diri kembali di sekolah itu nanti? Dan Farhan.. masih wujudkah lagi lelaki gila tu di sekolah itu? Entahlah..

"Elissa, stop overthinking. Semua itu dah berlalu okay? Past is past. You are not the old Elissa anymore." Kening aku bertaut. Apa maksud mama? Aku tak berapa nak faham.

Bullied Love (E-book)Where stories live. Discover now