Bab 18 : Rayqal

16.7K 756 37
                                    

Aku melabuhkan duduk di sofa. Nasi lemak dan beberapa jenis kuih muih yang ada dalam pinggan aku letak di atas meja kaca bertentangan denganku. Awal pagi Jumaat macam ni mesti ada kartun best-best di TV3. Remote aku raih lalu tv aku hidupkan.

Sementara menanti tv untuk hidup, aku membuka bungkusan nasi lemak dengan berhati-hati, risau kot-kot nasi tertumpah nanti. Tengok bungkusan nasi ini saja dah lain macam. Dasar peniaga pemalas! Nak bungkus nasi ini betul-betul pun tak reti ke? Eh ter complain pula aku.

"... artis popular ada bersama-sama dengan kita pada pagi ini. Dijemput Tengku Rayqal untuk berada di set MHI.." pergerakkan tanganku mati secara tiba-tiba.

Aku mengangkat muka perlahan dan mata aku gerakkan sedikit, melihat skrin tv. Ketika itu juga wajah Rayqal muncul di kaca tv. Dia tersenyum manis seraya melambai kecil ke arah kamera. Nafasku putus seketika.

Berbulan lamanya aku tak melihat wajahnya. Perasaan rindu itu memanglah ada. Rindu untuk dibuli olehnya, rindu untuk dengar lawak bodohnya dan rindu untuk makan masakkannya.

"Tengku Rayqal.. Boleh ceritakan serba sedikit tentang single pertama anda?" pengacara menyoal semasa membelek cd yang terpampang wajah Rayqal di atasnya.

Rayqal berdehem. Aku sudah mencapai remote. Tidak. Aku tak boleh tengok rancangan ni. Aku tak nak menangis kerana dia lagi.

"Single pertama saya.." aku menekan butang merah dan skrin terus bertukar menjadi gelap.

Perasaan sebal, sedih, rindu dan marah semua bercampur di dalam diri. Entahlah semenjak aku pergi dari KL tempoh hari baru aku sedar bahawa Rayqal telahpun berjaya memiliki satu tempat yang istimewa di dalam hati aku.

Aku cuba untuk melupakan dia namun gagal. Aku juga cuba untuk menghapuskan 25 peratus perasaan dalam diri aku terhadap dia namun tak berjaya. Kuat betul penangan Tengku Rayqal terhadap Elissa Damia!

"Seandainya sajalah dia turut sama sukakan aku.. Mesti best kan? Tapi mustahil lah untuk semua tu terjadi.." aku meletakkan sudu di dalam pinggan, bersebelahan dengan timbunan nasi lemak.

"Tengok sajalah cara dia cakap dengan kau ketika hari terakhir kau di sekolah lama dulu. Dia tengking kau tanpa sebab kot.. Orang macam tu ke yang kau nak sukakan El? Tolonglah jangan jadi bodoh!"

Aku mengeluh kecil. Bungkusan nasi lemak aku telahpun buka tadi aku kuis-kuis pula dengan sudu. Selera untuk makan yang tadinya meninggi kini hilang dengan serta-merta. Hanya imej Rayqal bermain di minda..

Pinggan makanan aku letak tepi. iPhone yang tadinya hilang di celah-celah sofa aku cari. Setelah jumpa, jari aku laju saja menekan aplikasi Youtube yang ada di bahagian menu. Nama Tengku Rayqal aku taip dalam kotak carian.

Beberapa buah video dia menyanyikan pelbagai lagu melayu dan inggeris terpampang di skrin. Jari laju menekan videonya menyanyikan lagu 'What Hurts The Most' yang dinyanyikan oleh penyanyi asal, Rascal Flatts.

Jantung mula berdebar-debar saat melihat wajahnya di skrin.  Lesung pipit yang terletak elok di pipinya membuat aku jadi tidak keruan. Haish kenapa dengan aku ni? Apasal pelik sangat?
Aku menampar pipiku sekuat yang boleh.

"Hi guys I'm Tengku Rayqal and I would like to dedicate this song to my ex school mate named Elissa D.." raut wajahnya yang ceria bertukar muram. Biacaranya dibiarkan tergantung.

Ex school mate? Elissa? Elissa Damia? Dia maksudkan aku ke? Hahaha karut!

"I miss her so much and I want her to know that." Dia senyum senget dan termenung beberapa saat.

Aku sudah gelisah seperti cacing kepanasan. Dia maksudkan aku ke?

"Ish aku ni.. Cukup-cukuplah tu nak  perasan El.. Rayqal tu benci gila kat kau, mana mungkin dia sukakan kau? Tak ingat ke apa yang dia buat kat kau ketika hari terakhir kau disekolah tu? Masih tak sedar diri lagi?" aku berkata sendirian lantas mengeluh kecil.

Bullied Love (E-book)Where stories live. Discover now