Bab 17 : Cinta Hati Yang Hilang

16.4K 789 45
                                    

Pejam celik pejam celik, sudah hampir empat bulan aku di Johor. Terasa seperti baru semalam saja aku mendaftar nama di sekolah ini bersama mama. Benarlah kata mama bahawa aku akan sukakan tempat ini. Johor jauh lebih seronok berbanding dengan Kuala Lumpur. Di sini tiada pembuli, kalau nak dibandingkan dengan sekolah di KL sana, apa yang boleh aku simpulkan ialah, pelajar-pelajar sekolah di Johor jauh lebih sopan dan berbudi pekerti daripada pelajar-pelajar sekolah di KL sana.

Aku melemparkan pandangan di sekitar kelas, memerhati setiap gelagat para pelajar di kelas ini. Perempuan lagak ala-ala diva memanglah banyak tetapi mereka tidaklah kejam seperti geng Melyn yang seringkali menghina aku tanpa mempedulikan perasaan aku langsung. Bercakap tentang geng Melyn, mesti mereka suka benar selepas dapat tahu yang aku tidak lagi bersekolah disitu.

Dan Rayqal. Pedulikah dia bahawa aku sudah tiada lagi di sekolah itu dan bahagiakah dia selepas aku lenyap begitu saja dari hidupnya itu? Ah, mestilah dia bahagia! Lagipun dia sendiri yang suruh aku pergi mampos ketika hari terakhir aku di sekolah puaka itu.

"Hoi mak cik! Jauh termenung nampak? Dah sampai mana? New York? Paris? Australia? Atau India?" teguran Anis membuatkan aku melompat terkejut, lengkap dengan melatah sekali. Dia gelak sampai tertunduk-tunduk mendengar aku melatah. Kurang asam betul.

Sebagai balasan, aku mencubit manja perutnya dan secara automatiknya dia berhenti ketawa. Sakit le tu. Padan muka!

"Kau nak apa sengal?" aku menyoal dalam nada yang berang. Manalah tak marah, orang tengah syok mengelamun, tup-tup kena sergah pula.

"Amboi marah nampak? Jangan marah-marah, nanti kena jual." Katanya sambil tersengih-sengih. Dia mengemas buku-buku yang berselerakkan di atas meja lalu disimpannya ke dalam laci meja. Tak lama kemudian, dia mengeluarkan majalah hiburan yang berkaitan dengan artis-artis Malaysia dan Holywood lalu diletakkan di atas meja.

Dia ni memang fanatik betul dengan dunia hiburan. Maklumlah, orang bercita-cita nak jadi wartawan hiburanlah katakan, mestilah kena tahu segala benda mengenai gosip-gosip bagai.

Aku mengerling sekilas ke arah majalahnya itu sebelum kembali memerhati gelagat budak-budak kelas.

"Tengku Rayqal Idris mahu jual bakat dan bukannya rupa." Aku tersentak. Anis sebut nama Rayqal ke tadi? Mata aku laju dicerunkan ke arah majalah itu.

Benarlah dia menyebut nama lelaki itu, ada gambarnya terpampang besar-besaran di satu muka surat bersebelahan dengan artikel tentangnya. Tapi, macam mana pula Rayqal boleh ada kat dalam majalah hiburan? Dia bukannya artis pun!

"Siapa lelaki tu?" aku menyoal. Bibir aku juihkan ke arah majalah yang terpampang gambar Rayqal mengigit tangkai cermin mata hitam. Rupanya masih lagi sama cuma mungkin dia hensem sikit kot dari yang dulu.

Anis menoleh ke arah aku. "Ni?" dia menunjuk ke arah wajah Rayqal. Aku mengangguk perlahan.

"Artis baru. Dia ni popular gila lah, followers dia kat Instagram saja dah nak dekat dua juta kot. Dia ni penyanyi. Suara dia boleh tahan jugalah. Rupa pun ada, manalah perempuan tak tergila-gilakan dia." Mulutku sudah jadi bentuk O.

Dah jadi artis rupanya mamat ni. Tak tahu pula aku dia ni pandai menyanyi? Setahu aku dalam bab-bab membuli aku, dia memang tip top!

"Rupa ada tapi perangai macam bangang saja pun tak guna juga." Komenku. Dia sudah memandang aku bagai meminta penjelasan atas komen aku tadi.

Alamak dah terlepas cakap! Dia dan kawan-kawan aku di sini tidak tahu langsung apa-apa tentang Rayqal. Semua masa lalu aku telah aku simpan kemas-kemas ke dalam tong sampah dan tidak berkeinginan langsung untuk mengungkitnya semula.

"Kenapa kau cakap macam tu? Aku tengok dia macam baik saja. Muka budak innocent gitu, hensem. He is sooo my taste!"

"Tak ada apalah. Aku saja je cakap, you know, just voicing out my opinion."

Aku mengambil highlighter kuning dari dalam poket beg dan buku sejarah yang ternganga di hadapan aku itu aku tarik dekat denganku. Daripada bergosip pasal Rayqal, lebih baik aku ulangkaji apa yang cikgu Padli ajar tadi. Lagi bagus!

Beberapa minit menelaah buku sejarah, tekak tiba-tiba terasa haus. Aku mencapai botol minuman yang terletak di sudut meja lalu aku pulas penutupnya. Setelah membaca bismillah, aku meneguk air dengan lahapnya seperti orang yang dah bertahun tak jumpa air.

"Weh dengar ni, Tengku Rayqal masih mencari cinta hatinya yang hilang. Wah tajuk bukan main gempak doh! Siapalah cinta dia dan kenapalah dia menghilang? Entah-entah dia maksudkan kau kot El. Kau kan minah KL?" Tersembur air di dalam mulut aku, mengenai hujung majalah minah ini. Anis cuma memandang majalahnya yang separa basah itu tanpa kata.

Habis basah muka Rayqal!

"Sorry beb, aku tak sengaja! Sumpah." Aku mengelap saki baki air yang ada di majalah itu dengan tangan. "Lagipun, siapa suruh kau kenengkan aku dengan mamat tu? Nampak tak aku tak approve? Just so you know, I hate him with every bone in my body." Aku menambah lagi.

"Tapi kenap.."

"Anis, no magazine in my class." Teguran cikgu Fauziah yang baru saja melangkah masuk ke dalam kelas ini membuatkan Anis terkial-kial menutup majalah itu lalu disumbatnya ke dalam beg.

"Rosaklah majalah aku." bisiknya sambil mengetap gigi membuatkan aku gelak.

Bullied Love (E-book)Where stories live. Discover now