Bab 3 : Jemputan Ke Parti Rayqal

17.9K 846 10
                                    

Lepas rehat, aku kembali ke tempat sementara menanti guru ganti masuk ke kelas. Cikgu sivik kami, Puan Kavita bersalin dan tiada guru sandaran yang mahu mengganti dia semasa ketiadaan dia di sekolah ini. Rayqal sedang sibuk mengedarkan kad berbentuk segi empat kepada orang-orang tertentu di dalam kelas ini. Tu kad apa ya?

"Oh your birthday party?" soal Mei Ling, dalam nada yang agak teruja. Rayqal senyum lalu mengangguk laju.

"Parents aren't home till Friday meh. So I have the house all by myself for days. Apa lagi, party hard lah." Dia buat gaya-gaya lompat macam di club sana. Aku menjuih bibir. Ha inilah budak melayu.. Mudah sangat terpengaruh dengan budaya-budaya barat! Tapi..

Agak-agak dia nak jemput aku ke tidak ya? Ish apa yang kau merepek ni? Huh, dunia kiamat pun belum tentu dia nak jemput kau ke majlis dia El.. Jangan mimpilah.

"Eleh.. Ingat aku hadap sangat ke nak pergi? Memang taklah cerita dia!" aku mengumam perlahan. Aku memasukkan ubat ke dalam pensil mechanical memandangkan pensil kayu kesemuanya sudah tumpul dan aku tersangatlah malas untuk mengasahnya.

"Eh, nama mok ada dalam senarai jemputan tak?" aku dengar suara Rayqal menyoal Taufiq. Sengaja dia menyoal kuat-kuat. Nak bagi aku dengarlah tu.

Aku buat bodoh saja sambil tangan menyelak buku latihan Matematik, mencari soalan yang aku masih belum lagi jawab.

"Ada, ada." Jawab Taufiq.

Tak lama kemudian, meja aku dikelilingi oleh mereka berdua. Sekeping kad berwarna ungu dihulurkan begitu dekat dengan muka aku sampai mata aku jadi juling. Kerja dengki mendengki ni, tak lain tak bukan, mesti Rayqal. Kad itu dijauhkan dari muka aku dan secara tak sengajanya mata aku dan Rayqal bertaut.

Alamak.. Alamak!! Apa aku buat ni?

"Well hello mok." Rayqal melambai-lambai kecil ke arah aku. Aku memandangnya kosong seperti tidak berminat langsung untuk bercakap dengannya.

Kad ungu itu dihulurkan ke arah aku dan aku tak terfikir untuk ambil pun. Maksud aku.. Nak ambil buat apa? Bukannya aku nak ke parti dia tu pun.

"You are invited to my party and YOU HAVE to come, no matter what." Katanya. Tiada respons dari aku. Buku yang terbuka di hadapan mata, aku dekatkan sedikit dan soalan nombor satu aku baca.

Pendengki ni memang suka mendengki dengan aku, jadi buku itu dirampas oleh Rayqal tanpa sempat aku menyelamatkannya terlebih dahulu.

Dia berdehem, membetulkan suara dan aku agak dia mahu mengunakkan suaranya yang bernada tinggi.

"HELLO? HELLO?" Rayqal meletakkan buku aku yang telah digulungnya pada telinga, gaya seperti sedang memengang phone.

"HELLO? TAUFIQ KAU DENGAR SUARA AKU TAK?" katanya dalam nada kuat macam orang hilang pendengaran bercakap.

Dah mula dah dua ekor monyet ni. Bengkek je aku tengok mereka berdua ni. Tersedar seperti dia diperhatikan oleh aku, dia tersengih-sengih sebelum menarik keluar satu kertas dari kocek sakunya.

Dia membuka lipatan kertas itu sebelum ditayangkan tepat ke muka aku. "Kau nampak ni?"

Senarai nama pelajar yang kerap datang lambat ke sekolah. Nama aku di nombor yang paling atas sekali. Siap bold hitam, merah, kuning dan hijau lagi! Ala, baru 26 kali lambat datang, itupun nak kecoh ke?

Kejap.. Sejak bila sekolah mula keluarkan list macam ni? Sebelum ni tak ada pun?

"Kau nak aku tunjuk list ni kat mama kau?" soalnya berbaur ugutan. Keningnya diangkat dua tiga kali.

Tidak!!! Aku.Diugut.Lagi.Dengan.Si.Gila.Ni!

Nahaslah aku kalau mama tengok list ni. Mesti dia bakal marah aku punya dan mesti dia akan kejutkan aku pada pukul 5 setiap hari gara-gara nak aku ke sekolah awal.. Tak nak aku!

"Kau tak nak kan list ni sampai ke pengetahuan mama kau?" aku geleng macam orang yang baru lepas kena pukau.

"If you don't want all this to happen, come to my party tomorrow at 4. I'll be waiting for you there." Kad itu diletakkan di atas meja dan dengan itu, dia terus berlalu pergi. Eh, buku aku woi! Ke mana kau nak bawa tu?

Ya Allah! Aku rasa nak kunyah-kunyah saja lelaki itu lepas itu telan! Tengok, dok tak dok aku kena ke parti dia pula!

Aku mendengus kasar.

STRESS!!!

Bullied Love (E-book)Where stories live. Discover now