Bab 28 : Mok!

11.6K 570 29
                                    

Malam itu aku tak dapat tidur. Kepala tak habis-habis fikirkan tentang apa yang Marissa ceritakan tentang Rayqal pada aku petang tadi.

Baru aku tahu bahawa Rayqal selalu ikut aku dari jauh ketika aku terpaksa jalan kaki seorang diri untuk pulang ke rumah dari sekolah. Hanya sebab dia mahu pastikan aku sampai ke rumah dengan selamat.

Marissa juga cerita yang Rayqal selalu pulang lambat terutama sekali jika aku masih di luar perkarangan sekolah, menanti mama menjemput aku pulang ke rumah. Dia hanya akan pulang selepas dia nampak aku selamat menaiki kereta mama. Marissa tahu pun selepas Rayqal banyak kali terkantoi dengan dia ketika sedang skodeng aku.

"Acah nak study konon. Study apa bendanya di pondok guard sana? Buku atas riba terbuka tapi mata dok perhatikan kau dari jauh.. Lepas tu mulut pot pet pot pet bersembang dengan pak cik jaga tu. Motif sangat dia tu." Cerita Marissa dan tak lama kemudian dia mencebik.

"Satu benda yang kau mungkin tak tahu. Ada sekali tu, Rayqal tertinggal lab report dalam kelas. Dia patah balik ke kelas dengan Taufiq untuk ambil report dia yang tertinggal tu. Taufiq cerita kat aku, Mat tuang sampah yang ada dalam bakul sampah tu atas meja dan kerusi kau. Kau nak tahu apa Rayqal buat kat Mat?"

"Apa?" soalku, tak sabar.

"Penumbuk Rayqal si Mat tu makan tau beb. Dah lah kena penumbuk, kena paksa bersihkan kerusi meja kau pula. At the end, Rayqal suruh Mat tukar kerusi meja kau dengan kerusi meja dia. Itu makannya, nak buat jahat tapi tak pandai.. Bongok bin bahalol punya Mat." Tawa kami bersatu. Sesedap rasa saja dia ni nak mengata orang.

"Satu lagi. Ingat tak masa kau kena berdiri di luar kelas gara-gara tak bawa buku teks English.." Uish, hari itulah adalah hari yang paling aku tak boleh lupa sekali. Iyalah, pasal benda kecil saja aku didenda sebegitu rupa. Macam tak masuk akal pun ada!

"Rayqal pun pergi join kau berdiri sama di luar kelas kan? Selepas dia nampak kau kena halau keluar dari kelas, dia cepat-cepat simpan buku dia dalam beg dan dengan suka relanya dia beritahu miss Linda yang dia terlupa untuk bawa buku itu juga. Miss pun apa lagi, seminit pun dia tak bazir, terus dia halau Rayqal keluar dari kelas."

Rayqal.. Rayqal.. Macam-macamlah kau ni. Hmm.. Baru sekarang aku perasan bahawa Rayqal selalu ada ketika susah senang aku. Dia lindungi aku dari Farhan dan selalu menangkan aku ketika Melyn mencari jalan untuk jatuhkan aku.

Tapi, yang aku tak faham sekali, kenapa dia buli aku? Kenapa kau buli aku Rayqal? Kenapa?

Aku bangun duduk. Kepala tiba-tiba teringatkan tentang satu kotak kecil yang aku simpan di dalam stor setahun yang lepas. Keluar dari bilik, aku langsung ke stor di tingkat bawah untuk mengambil kotak yang aku maksudkan tadi.

Suis lampu aku hidupkan dan misi mencari kotak itu dijalankan. Pergh setahun tinggalkan bilik ni, habuk dia mengalahkan musim salji di luar negara sana! Lima minit mencari akhirnya kotak itu telahpun berada di tangan aku. Pintu aku tutup rapat kembali dan langkah aku susun menaiki tangga, menuju ke bilik.

Aku melabuhkan duduk di atas katil dan kotak itu aku tempatkan di hadapanku. Penutup kotak itu aku buka perlahan. Kad sim lama milik aku yang masih elok kondisinya aku ambil dan telefon bimbit yang tadinya aku letak bawah bantal aku cepat-cepat capai. Usai memasukkan kad sim di dalam telefon bimbit, butang on aku tekan pula.

Sebenarnya nombor ini masih lagi hidup. Tiap-tiap bulan aku tambah nilai ke dalam nombor ini, bukan apa risau juga kot-kot nombor ni mati.

"Pergh! Banyaknya mesej dan missed call masuk!" telefon bimbit tak berhenti bergetar, notification dari Whatsapp serta mesej semua masuk berduyun-duyun. Aku letak telefon bimbit di atas tilam buat seketika waktu sementara menanti segala-galanya reda.

Setakat ini saja sudah ada 2567 mesej dan 730 missed call. 248 voice mail. Banyaknya! Butang mesej aku tekan dan kebanyakkan adalah daripada....

Rayqal.

Rayqal dan Rayqal.

Satu persatu mesejnya aku buka.

-Mok aku minta maaf.

-El aku tahu salah aku sebab marah kau tanpa usul periksa. I truly am sorry.

-sumpah aku cakap, aku tak bencikan kau pun.. I shouldn't have yelled at you. sorry!! 😭

-El aku kat luar rumah kau ni. Tlg keluar?

-El tlg la aku merayu ni. Keluarla even just for a minute 😿

-Jiran kau cakap rumah kau dah kosong sjk kelmarin. Kau gi mana?

-El...

-El, I'm here to make things right. Aku tahula aku salah. Jgn buat aku mcm ni.

-El aku risaukan kau. Aku faham kalau kau tak nak jawab call aku tapi tolong bls msj aku? i needa knw if you're ok

-tlg jgn seksa aku cm ni

-dua hari kau tk dtg sekolah. Things are not the same anymore when you're not around :(

-Aku rindu kau

Voice mail pula aku buka.

"Mok.. Aku minta maaf atas apa yang aku dah cakap kat kau dalam kelas semalam. Aku tahu semuanya salah aku dan aku terlampau ikutkan perasaan. Sumpah aku cakap, aku tak ada niat langsung untuk suruh kau pergi ma- You know what I mean.. Please.. open the door. Been waiting here for 3 hours already. Aku tunggu kau keluar eh??" aku mengetap bibir. Suaranya kedengaran sangat serba salah. Tak dinafikan, hatiku agak terusik setelah mendengar nada suaranya yang rendah itu.

  "Mok.. Kau pergi mana doh? Aku... Aku... Rindukan kau. Maksud aku.. Aku rindu.." lama dia berjeda. "Ish salah cakap pula." Katanya geram dan dengan itu talian diputuskan. Aku ketawa kecil.

Rayqal..Rayqal. Kau rindukan siapa? Aku?

"Mok, dan nak dekat tiga hari kau tak datang sekolah. Kau hidup lagi kan? Kau.. Tak mati kan?" suaranya bertukar sebak. "Aku mengaku, mulut aku jahat. Aku minta maaf. Datanglah sekolah balik please? Aku.. Aku janji kalau kau datang besok, aku.. Tak sorok dah beg kau atas kipas. Aku .. tak akan main tarik-tarik beg kau dah. Seandainya kau datang lambat besok, walau pukul 8 sekalipun, aku janji aku tak akan suruh kau round padang 10 kali dah. Aku janji El."

Aku mula rasa lain macam. Semalam, sewaktu di kantin aku soal dia sama ada dia ada ke buat sesuatu untuk menunjukkan yang dia benar-benar rasa bersalah atas apa yang pernah jadi waktu dulu-dulu dan aku juga ada soal dia sama ada dia pernah minta maaf atas kejadian yang berlaku setahun yang lalu.

Ternyata, dia ada buat semua itu cuma aku saja yang lambat tahu.

Rayqal, aku minta maaf.. dan.. 

Aku maafkan kau.

Bullied Love (E-book)Where stories live. Discover now