Bab 6 : 'Wifey To Be' Aku!

19.4K 907 33
                                    

Pulang dari sekolah, badan aku tiba-tiba jadi gatal-gatal. Dari muka hingga ke kaki. Biasanya semua ini terjadi kalau aku tersilap makan, terutamanya kalau makanan laut. Tapi, seingat aku, semasa di sekolah tadi, aku hanya makan pizza yang Rayqal beri dan sepinggan nasi lemak saja. Tak ada seafood pun yang aku telan tadi. Atau.. Rayqal ada letak apa-apa makanan laut ke kat dalam pizza tu? Entahlah, aku pun tak pasti. Yang aku tahu, rasa pizza tu memang sedap, sehingga menjilat jari kaki!

Selesai membersihkan diri, aku meluruskan badan di atas katil dengan niat untuk tidur sebentar sementara menanti waktu Asar. Aku mengusap lembut tangan dan kaki risau kalau-kalau terluka pula lagilah susah.

"Gatalnya muka ni! Rasa macam nak sagat pada tar di luar rumah tu pun ada!" aku merengek manakala tangan aku kawal sedaya upaya daripada menyentuh bahagian muka risau akan menjadi lebih teruk pula nanti jika digaru. Ke dapur aku terjah, untuk mengambil ais ataupun kalau boleh aku nak sumbat diri sendiri ke dalam peti ais itu, senang!

"BETUL ke El nak ke sekolah ni? Ponteng sajalah harini, pukul 10 nanti mama bawa El jumpa doktor." Mama ni, sudah dekat sepuluh kali dia menyoal soalan yang sama saja pada aku.

Aku mengikat tali kasut di muka pintu. Wajah mama kemudiannya aku pandang dengan penuh kasih sayang. "Betul ma. I'm okay. Lagipun hari ini cuma sekolah ganti saja dan mungkin dapat balik awal. Lepas El balik sekolah kita pergi jumpa doktor eh?" mama menggeleng perlahan setelah mendengar bicara aku.

Degil betul anak tunggalnya ini.

Entah kenapa bila mama pelawa aku untuk ponteng sekolah aku menolak sedangkan bila sihat, memanjang saja aku minta untuk ponteng. Biasalah manusia, bila dilarang lagilah dia nak buat dan bila disuruh pula bukan main liatnya nak buat! Kadang-kadang aku sendiri pun tak faham dengan diri aku sendiri!

Jam di tangan aku kerling sekilas. 7.55 pagi! Ah, hari Sabtu kot.. Takkan lah cikgu Noraha masih nak ambil nama pelajar yang datang lambat pada hari minggu macam ni? Lagipun hari ini hanya sekolah ganti saja, bukannya hari sekolah macam kebiasaannya pun.

Sebaik saja melintas jalan, aku menarik nafas panjang setelah mendapati tiada kelibat cikgu Noraha di pintu pagar. Selamat aku! Langkah aku percepatkan setelah melihat pak guard sudah mahu menutup pintu pagar. Alah chill lah pak cik, pagi masih muda lagi kot. Nak tutup pintu pagar tu awal-awal kenapa entah?

"Pak cik, pak cik. Tunggu!!" termengah-mengah aku di hadapan pintu pagar itu. Itulah, siapa suruh lari lagi. Padanlah semput! Dia menilik aku atas dan bawah.

"Hah kamu, awal datang? Kenapa tak datang pukul 9 saja? Sekolah inikan bapa kamu yang punya dan kamu boleh saja datang bila-bila masa yang kamu suka.." sindir pak guard itu, bersahaja.

Wah aku yang tak makan cili ni pun dah terasa pedasnya bukan main. Hailah pak cik, pagi-pagi lagi dah tak ada mood. Datang bulan ke? Okay gurau.

"Saya masuk ke kelas dulu pak cik. Assalamualaikum." Pamitku sopan. Dia mengangguk dan salam aku dijawab perlahan.

Aku jadi tertanya-tanya mengapa para pelajar di perkarangan sekolah mula berbisik sesama sendiri setelah mereka memandang aku? Aku pakai tudung terbalik ke? Atau aku terpakai terompah ke sekolah?

Oh terlupa! Muka aku! Mesti mereka sedang mengutuk muka aku yang merah padam ini punya tak pun, pasal saiz badan aku. Aku sendiri pun tak faham, kenapa perlu wujud manusia yang suka menilai orang lain dari segi fizikal mereka? Penting sangatkah untuk membenci seseorang itu dek kerana fizikal mereka lain sedikit dari orang lain? Bukannya dosa pun menjadi orang yang bertubuh gempal!

Sampai saja di pintu kelas, masing-masing memandang aku pelik, seolah-olah aku baru saja selesai melakukan pembunuhan yang teramatlah kejam sekali. Aku mengatur langkah ke meja aku dan kakiku berhenti melangkah setelah mendapati bahawa tempat aku diduduki oleh Rayqal. Dia masih tak perasankan kehadiran aku di hadapannya kerana dia terlalu sibuk menconteng meja aku dengan pensil.

Bullied Love (E-book)Where stories live. Discover now