Bab 4 : Misi Kenakan Dia!

19.2K 845 12
                                    

Mama sedang bersantai di ruang tamu sambil menonton rancangan kegemarannya di tv. Aku mengambil tempat di sebelahnya. Rapat. Berkerut jugalah kening dia memandang aku.

"Banyak-banyak sofa mama beli, celah ketiak mama juga El nak duduk. Kenapa ni? Ada masalah ke?" mama membelai rambut aku dengan penuh kasih sayang.

Mama ni macam tahu-tahu saja aku ada benda nak cakap dengan dia.

"Someone invited me to his party.."

"His? Means a guy?" pintas mama. Aku mengangguk. "Rayqal?" tekanya dan aku mengangguk lagi.

"Mama tak izinkan El pergi kan? Kan? Lagipun dia buat party ma.. Ish ish.. Tak elok sungguh tau. Kita ni melayu, penuh dengan adab sopan santun. Ma tau tak? El dengar dia cakap nak buat parti yang gaya-gaya disko tu.. Tak bagus kan?" kataku, menokok tambah fakta. Tapi.. aku tak rasalah yang mama percayakan kata-kata aku. Lagipun.. Bukannya dia tak kenal Rayqal tu macam mana..

"Eh, why won't I let you go? Pergi sajalah. Mama izinkan. Bukannya mama tak kenal si Rayqal tu. Dia ada telefon mama, cakap tentang party dia. Dia ajak mama tapi mama tak boleh pergi sebab mama kerja." Tengok.. Kan aku dah cakap, dia percaya. Rasa macam nak terbalik ke belakang pun ada. Itu bukan jawapan yang aku mahu darinya.

Nehi!! Tidak!! NoOOOoo!!!

"Apa temanya?"

"Entah." Jawabku, sepatah. Kad yang mamat tu bagi pun aku dah buang dalam bakul sampah kelas tadi. Manalah aku tahu apa isi dalamnya.

"Pukul berapa nak pergi besok?" aku mengangkat 4 jari dan mama mengangguk faham.

"Tapi ma, El tak nak pergi. El.." kata-kata aku mati di situ. Tiba-tiba kertas yang Rayqal tunjukkan ketika di kelas tadi bermain di minda.

Tu lagi satu masalah!

"Guess I'm just gonna go..." putusku. Mama tak soal banyak pun. Cuma angguk, angguk dan angguk. Mama ni.. tak nak tanya aku ke kenapa aku nak kesana? Kenapa si sengal tu jemput aku ke majlis dia dan kenapa aku kena pergi?

Dalam hati nama Tengku Rayqal sudah menerima berbakul-bakul sumpah seranah dari aku. Tahniah Rayqal, kau mesti berbangga dengan achievement kau yang satu ni kan?

***

PULANG dari sekolah, aku ke kedai haiwan untuk membeli sesuatu sebagai hadiah buat 'birthday boy'. Hadiah istimewa aku belikan untuk kau Rayqal, kau tunggu... KAU TUNGGU!!!! Geram pula aku rasanya.

"Can I have that mice? The one yang tengah minum air tu." Kataku pada pembantu kedai. Dia menurut. Aku tak cek apa-apa pun pasal tikus tu. Lantaklah situ. Bukannya aku nak bela pun.

Duit bertukar tangan dan aku terus pulang ke rumah untuk bersiap-siap ke majlis hari jadi Rayqal. YAY!!

"Tak payah nak yay sangatlah El oi.. Benda bukannya seronok, untuk kau happy happy kan pun.." Aku mencebir.

Usai menunaikan solat Zohor, aku duduk di meja belajar sambil melihat anak tikus itu tidur di dalam kotak kecil. Sengaja aku tak beli bekas macam akuarium itu. Aku nak, apabila Rayqal buka saja kotak ni, tikus ini keluar dari kotak dan melompat naik ke atasnya. Agak-agak dia menjerit takut ke tak eh? Tak sabar pula nak tengok reaksinya itu!

Terdetik di fikiran untuk baringkan tikus ini di atas polistrin dan belah badannya.

"Acah psiko sikit, bagi si Rayqal tu takut dan tak buli aku dah. Tapi itu kejam sangat.." Tikus itu aku pandang dengan pandangan Mata yang kuyu. Entah apalah nasib engkau nanti eh?

"Tak sampai hati pula aku nak bedah makhluk sehalus ini gara-gara nak takutkan mangkuk hayun tu!"

Tepat pukul 4.30 petang, aku muncul di perkarangan rumah Rayqal. Terasa macam nak patah balik pun ada tapi teringatkan ugutan dia yang menjengkilkan itu, aku batalkan saja niat aku yang satu itu. Kotak di tangan aku renung kosong. Lubang yang aku tebuk untuk pengudaraan tikus ini aku intai untuk melihat keadaannya. Masih lagi tidur. Dasar tikus pemalas, asyik nak tidur saja tahu.

Bullied Love (E-book)Where stories live. Discover now