Bab 1

4.1K 90 22
                                    

Edited 4/3/24: nama ML pada asalnya hanyalah Nawwar Inas. Tapi disebabkan ramai ingat dia perempuan, jadi author tambah Al-Qayyim di belakang. Nanti kalau next chapter nama dia tak ada Al-Qayyim dkt blkg, maksudnya saya belum edit.






NAWWAR Inas Al-Qayyim. Nama pemberian arwah ibunya yang membawa makna baik. Tetapi, atur hidupnya tidak seindah namanya.

Nawwar sering menyalahkan dirinya sebagai pembawa malang kepada semua orang. Apa gunanya lahir di dunia yang sudah cukup kejam baginya? Penyebab kacau-bilau satu akademi lapan tahun yang lalu, dihina pula sebagai ahli akademi yang membebankan. Berkali-kali ditenangkan oleh Tuan Asnawi yang merupakan ayah sendiri, namun sedikit pun tidak menusuk ke jiwanya.

Tragedi gelap di Afwah telah mengubah kehidupannya bahkan juga personaliti diri. Pengalaman perit memberi kesan pada diri dia, termasuk dalamannya. Apa itu? Sumpahan. Ya, dia disumpah sewaktu cuba menyelamatkan arwah ibu dan adik perempuannya. Mengapa bukan aku yang terkorban? Mengapa harus dia orang yang diambil nyawa? Rintih Nawwar dalam hati.

Dia sudah penat. Merasakan diri ini sudah rosak asbab sumpahan atau cursed yang menguasai tubuhnya. Dikatakan tiada penawar, Nawwar redha dengan apa sahaja yang bakal terjadi pada dirinya.

Pap!

Satu tamparan di bahu membuatkan Nawwar sedikit terlompat. Selalu sangat anak profesor seorang ini tampar orang sesuka hati.

"Nawwar kau okey ke?" Wajah Aryan penuh tanda tanya.

Nawwar sekadar mengangguk.

"Apa jawapan kau?"

"Ha?" Mata Nawwar membulat. Jawapan apa?

Aryan menggerakkan mata ke atas bawah melihatnya sebelum memberikan jelingan tajam. Mana lah kawan nak dengar kalau dari tadi asyik membuang pandangan ke luar balkoni memikirkan masalah hidup.

"Kalau kau diberikan peluang, apa hajat yang kau nak sangat dapat dalam hidup kau?"

"Aku?"

Aryan angguk.

"Hajat apa?"

"Lah? Kau betul-betul tak dengar ke apa aku bebel tadi?"

Nawwar menggeleng perlahan. Aryan sekadar istighfar di tepi dengan tangan naik mendarat di kepala. Bazir air liur aje membebel untuk diri sendiri. Ingatkan orang sebelah dengar.

"Okey, aku bagitahu ringkas lah. Pasang telinga, jangan nak mengelamun aje kerja. Macam ni, semua orang ada hajat. Dan setiap hajat yang diinginkan pasti akan tertunai satu hari nanti kalau kita sendiri dah usaha, doa dan tawakal. Jadi, apa yang aku nak tanya sini adalah apa hajat kau? What do you want from Allah?" ujar Aryan dengan panjang lebar.

"Ouh... err... F-Freedom. I will say freedom," jawab Nawwar bersahaja.

"Laju betul fikir. Freedom, huh? Kenapa?"

Nawwar menghembus nafas berat sebelum posisi tubuhnya berpusing menghadap Aryan.

"I've lost myself, Aryan. The tragedy... The trauma... Haunts me all the time. The pain left me with those deep scars. I wish I could fix everything in the past. But it was too late. Now, I have to fix myself... C-can I?"

Takdir You're My Healer [C]Where stories live. Discover now