Bab 36

311 21 0
                                    

"KENAPA awak lambat sangat tadi Dah makan ubat belum?" soal Emara penuh sangsi. Muka Nawwar tampak pucat.

"Saya... Muntah..." balas Nawwar merahsiakan hal sebenar yang terjadi. Kehadiran Selena agak random. Menggeletis mengalahkan kucing. Kisah apa aku kau bagi aku bunga ros ke, bunga tahi ayam ke, bunga tayar, tetap Emara pilihan setianya.

"Aww... Lepas habis majlis rehat tau. Aryan dah tak ada dengan awak. Saya pun dah tak ada Kak Deena. Kita jaga diri aje sekarang ini," ujar Emara lembut.

"Awak nak makan apa? Saya ambilkan. Kita makan tepi tangga pentas situ," tawar Emara sembari jarinya menunding tangga dimaksudkan Emara.

Nawwar menggeleng. Tak ada selera makan buat masa ini.

"Nawwar..." seru Emara meleret. Jarak antara mereka didekatkan. "Makanlah walaupun sikit. Nanti perut masuk angin."

Cairnya hati bila buah hati pujukkan. Aiseh! Belum kahwin dah blushing.

Emara tidak mengendahkan tolakan Nawwar. Dia berjalan laju menuju ke meja catering untuk sauk lauk-pauk yang nampak melazatkan. Ramai tetamu berkerumun mengikut giliran.

Nawwar membawa dirinya pergi ke anak tangga sebelah pentas sementara menunggu buah hatinya. Dadanya diurut perlahan bagi mengurangkan rasa mual. Lama betul tunggu Emara tak sampai. Tidur sekejap lah.

"Awak tak sihat ke?"

Selena. Gadis itu lagi.

"Can you just stop? I'm not interested with you."

"Tapi saya dah lama ada crush dekat awak. Mana saya tahu awak dah ada girlfriend," ujar Selena tak mahu mengalah. Serupa spesis nyamuk aedes suka mengganggu orang. Makin dihalau makin mendekat.

Nawwar mencerlung tajam memandang Selena. Rahang diketap kuat. Geram hatinya bila ada perempuan lain terhegeh-hegeh nak tackle hatinya yang sudah menjadi milik orang.

"Kau buta ke? Tak nampak cincin aku tengah pakai?" Nawwar menayangkan cincinnya kepada Selena. Mata gadis itu disepetkan untuk meneliti lebih jelas ukiran padanya.

"Lovely Iris? Who's that?"

"Emara Iris. She's my only true love."

"Iya kenapa panggil saya?" Emara kembali dengan dua mangkuk plastik dalam tangan. Nasi putih bersama ayam rendang menjadi pilihannya dan dua botol air mineral dikepit celah ketiaknya.

"This girl? Emara Iris?" Selena melarikan matanya ke atas ke bawah sebelum memberi komplimen lagi.

"Nampak biasa. Tak ada cantik mana."

"Watch your mouth Selena!" tekan Nawwar tegas. Mata helangnya membunuh keberanian Selena dalam mengganggu hubungan orang yang sudah berpunya.

"Berambus. Sekarang." Nawwar menghalau Selena pergi tetapi Selena masih berdiam diri.

"I want you but you don't want me. You broken my heart! I feel pain so worst!" Broken Inggeris disembur Selena sebelum berlalu pergi. Nawwar lega kerana satu masalah sudah selesai.

"Siapa dia? Siapa Selena?"

Masalah kedua datang dari soalan maut Emara. Dia enggan ada berlaku salah faham antara dia dan Selena.

Selena ibarat parasit manusia yang merosakkan hubungan orang lain.

"Tak tahu. Saya tak pernah kenal dia. Tetiba muncul depan tandas bagi confession."

Mengapa hati Emara rasa pedih dengar kata-kata Nawwar? Dia juga terasa sewaktu melihat Selena bertikam lidah dengan Nawwar.

Tak mungkin Selena bekas kekasih Nawwar yang dahulu.

Takdir You're My Healer [C]Where stories live. Discover now