Bab 25

396 27 1
                                    

"EMARA aku punya!! Dia milik aku!!"

Bersepah habis bilik Fariz dengan barangan bertaburan atas lantai. Tiba-tiba mengamuk gila tengah malam. Sukar terima Emara menjalinkan hubungan bersama lelaki yang pernah buat masalah dalam akademi.

"Nawwar... Kau... Kau perampas ex orang! Hish!!" Semua barang atas meja ditolak jatuh sekaligus. Nafas berombak laju melayan amarah diri.

Matanya terpandang satu kotak bersaiz kecil dan panjang. Perlahan-lahan dia mencapai kotak tersebut untuk buka isi dalamnya.

Pisau mini pemberian Tuan Amirul kelmarin.

Tekstur pemegang seakan sisik ular disentuh. Diambil lalu dibelek bilahnya yang tajam. Ringan saja rasa, mudah dibawa pergi mana-mana. Senang kata, mesra poket pisau pemberian Tuan Amirul.

Lama-kelamaan Fariz mendapat idea bernas tatkala pisau mini itu ditenung lama. Tuan Amirul mengatakan bahawa pisau mini hanya boleh digunakan bila perlu saja. Pada bahagian pemegang, terdapat satu tempat khas untuk letak racun.

Tikam Nawwar sampai mati? Bagus.

"Aku bunuh kau... Aku boleh dapat Emara balik. Bijak juga aku." Ketawa sinis macam orang gila dekat Tanjung Rambutan. Lelaki itu harus lenyap dari hidup Emara.

"Cuma... Aku kena fikir bila masa sesuai untuk cabut nyawa kau." Kalendar tergantung pada dindingnya diusha. Dalam masa seminggu lagi akademi Quricity bakal mengadakan majlis makan malam sempena perasmian penubuhan akademi Quricity II.

Pisau mini itu dibawa masuk ke dalam poket. Baju putihnya disalin baru. Topi putih disarungkan di kepalanya. Fariz berjalan keluar dari biliknya sebelum anak tangga dituruni laju menuju ke makmal uji kaji bawah tanah.

Dia memerlukan racun efektif yang berkesan.

Krek...

Pintu makmal dibuka dari luar. Suis lampu dihidupkan. Atas meja penuh dengan tabung uji pelbagai saiz. Fariz membuka kabinet almari satu per satu. Satu botol kecil berwarna hitam serta label putih dibawa keluar. Arahan pada label dibaca teliti.

Poisonous. Do not drink this. It will cause you a sudden cardiac arrest and non fuctional organs.

Fariz mencari sarung tangan dalam laci kabinet. Disarung terus ke dua-dua belah tangannya. Penutup botol dipulas buka. Cecair itu dituang sedikit demi sedikit ke dalam bekas pemegang pisau itu. Bau cecair kuning itu menusuk rongga hidungnya.

"Matilah kau, Nawwar. Aku tahu kau penat hidup sorang sebab keluarga kau mati! Sebab tu kan kau ambil Emara!" Tangan menghentam meja. Kuat.

"See you again next week, Cursed Child." Fariz mengukir senyuman jahat.

Riwayat kau akan tamat, Nawwar Inas.



DOKTOR Rais melakukan pemeriksaan terhadap Nawwar. Degupan jantung hampir mencecah paras normal. Kiranya Nawwar mengalami perkembangan baik pada saat ini.

"Tiga hari lagi Insya Allah kamu boleh discharge," tutur Doktor Rais seraya membetulkan stetoskop melilit di lehernya.

"Finally!" Sorak Nawwar mengangkat kedua-dua tangannya ke udara. Happy dapat berambus dalam masa terdekat.

Hening wad diisi gelak tawa semua orang. Siapa je suka duduk dalam wad lama-lama? Bosan. Tak ada hiburan walaupun wad ini wad private untuk Nawwar seorang. Doktor Rais antara doktor pakar yang handal mengkaji unsur mistik dalam tubuh manusia.

"Ehem. Tuan Zach, ikut saya sekejap, boleh?" Doktor Rais sedang menunggu di muka pintu. Tuan Zachary berjalan keluar mengekorinya.

Pejam celik Nawwar memandang siling wad. Terang sangat. Kalah masa depan dia. Tak boleh ke letak warna gelap sikit. Ini wad, bukan pasaraya nak promosi produk biar jelas nampak harga beras melonjak naik.

Takdir You're My Healer [C]Where stories live. Discover now