Bab 48

313 20 0
                                    

SETELAH menanti dua minggu untuk berambus keluar dari wad pesakit, Emara menumpang di rumah Aryan dan Hadeena buat sementara waktu. Semua barangan dalam bilik Emara dibawa keluar untuk dipindahkan ke unit rumah 103.

Kerja ini mengambil masa kira-kira tiga hari. Hadeena menemani Emara kemas barangannya masuk kotak. Doktor Aliya memberi peringatan supaya Emara tidak melakukan kerja berat. Dia masih dalam fasa penyembuhan.

Di pihak Aryan, dia ditemani Zhan dan Zander. Senarai kerja diberi Emara agak banyak. Pengurusan barangan peribadi, perhiasan dewan akademi, doorgift dan banyak lagi. Memang cukup masa dua minggu untuk uruskan semua ini.

Ketika Aryan membawa keluar beberapa sampul surat dalam laci meja, satu gambar polaroid tercicir keluar. Dia mencapai gambar tersebut. Notis kecil pada sudut gambar dibaca.



Come here, master Nawwar. They're waiting for you...



Pusat mercu tanda bandar Afwah. Aryan serasa bermain teka-teki dalam mindanya.

"Kau kenapa?" Zander menegur Aryan dari belakang. Gambar itu diserahkan kepadanya.

"Oh. Ayah aku ada sebut pasal mercu tanda bandar Afwah. Dia kata, bila Nawwar dilantik jadi Young Master, kebarangkalian tinggi dia tukar Master terus. Sebab Nawwar paling berkuasa dekat akademi gara-gara pembawa curse mematikan. Tak semua orang boleh survive bila disumpah. Kalau jadi Master, kuasa elemen dia pun upgrade ikut kekuatan dan kesesuaian Nawwar. Dengan kelebihan dia ada, dia boleh hidupkan semula bandar Afwah yang dah lama terbengkalai," hujah Zander panjang meleret.

"Jadi... Apa kaitan dengan gambar mercu tanda ni?" soal Aryan ingin tahu lebih lanjut.

"Nawwar kena sebarkan curse dia ke seluruh bandar dengan cara menusukkan lembing dekat tengah-tengah mercu tanda. Nanti arus petir alirkan curse dia. Nawwar kena brainwash balik semua roh penduduk Afwah."

"Ha?? Kenapa??"

"Sebab Azazel buat dia orang salah anggap yang Nawwar adalah pendosa," celah Zhan menyusun timbunan kotak di sebelah pintu.

Aryan hilang kata. Punggungnya menghenyak tilam empuk atas katil. Berat sungguh tugas Nawwar selepas berakhirnya semester tiga dalam masa sebulan lagi. Tambahan pula kondisi kesihatannya ibarat rollercoaster.

Zhan mencampakkan diri atas tilam. Selesa. Lepas ini kena susun pula semua barang Nawwar dalam rumah barunya. Dah selesai urusan susun barang rumah unit 103, kena fikir untuk perhiasan dalam dewan akademi. Dalam kertas, Nawwar dan Emara menyatakan bahawa mereka mahukan tema putih kelabu dengan sedikit warna perak.

Classical wedding always look expensive.

"Zander, ada perkembangan pasal Nawwar?" soal Zhan seraya menggeliat panjang.

Zander menggeleng. Ayahnya pulang rumah hanya pada waktu pagi. Malam dia pergi semula ke wad untuk jaga Nawwar. Setiap kali Tuan Zachary pulang, ayat sama meniti di bibirnya.

Nawwar masih tidak sedarkan diri walaupun perkembangan beransur baik.

"Aku risau majlis tangguh aje nanti." Zhan melelapkan matanya sementara.

"Bila kita boleh lawat dia?" Aryan menyelit semula gambar polaroid itu masuk sampul asal.

"Aku tak tahu. Dia masih tak bagi kita lawat Nawwar. Takut kena serang sawan katanya," balas Zander bernada datar.

"Hm... Kita fokus dulu urus pindah barang. Bukan sikit tau, banyak ni. Boleh sado aku setiap hari." Zhan menyelak lengan baju dibahunya. Bisep dikucup.

"Tak payah, kau memang dah sado. Pakai saiz L tak lepas. Huh." Aryan berlaga bahu dengan Zhan. Ewah sedapnya anak Profesor Afzhan langgar aku.

"Lu ingat lu kuat oh?" Zhan bertentang mata dengan Aryan. Bertukar slang bila amarah muncul dalam diri.

Takdir You're My Healer [C]Where stories live. Discover now