Bab 5

676 44 7
                                    

"NAWWAR duduk sini kejap, on laptop ayah."

Nawwar turuti saja kata-kata ayahnya. Perlahan kaki menapak ke meja pejabatnya. Kelihatan Tuan Asnawi mencari sesuatu dalam kotak dan menarik keluar CD lama. Diserahkan pada Nawwar. Dia hairan.

"Check it out. You won't regret it. Trust me."

CD dimasukkan dalam slot tempatnya. Loading skrin berputar lama sehingga memaparkan satu klip video dia dengan arwah ibunya sewaktu umur baru dua tahun. Rindu kian menggunung. Dia memainkan klip tersebut. Tuan Asnawi cuma melihat dari belakang.



'Nak ibu... ibu...'

'Nawwar... ayah nak main dengan Nawwar ni,'

'Ibu! Ibu! Aaa...' Nawwar merengek mahu pergi ke ibunya.

'Alah dengan ayah sekejap je pun,'

'Nawwar nak ibu... ibu...' rayuan diakhiri dengan tangisan. Gelabah Tuan Asnawi dibuatnya tetiba anak meraung kuat. Nawwar diserahkan semula kepada isterinya. Barulah diam anak kecil itu.

'Oh, lagi sayang ibu daripada ayah ya?' Iri melihat Nawwar melentokkan kepalanya pada dada si isteri.

'Well, It looks like I'm the winner here.' Si isteri mengejek Tuan Asnawi yang sudah bercekak pinggang. Bohonglah jika tak cemburu dengan anak sendiri. Tergelak melihat telatah suami yang mahu bermanja dengan anak mereka.



Klip video berakhir. Dia pergi ke klip seterusnya dimana detik terindah antara mereka berdua. Nawwar melihat dunia buat pertama kalinya.



'Comelnya anak kita. Kan sayang?' puji Tuan Asnawi.

'Itu lah. Naqib suka tak adik baru ni?' tutur isterinya memandang anak sulung mereka di sisi.

'Mestilah suka. Abang dah lama tak ada kawan,'

'Aduhai abang ni. Ha jaga adik elok-elok tau. Dan sayang, terima kasih lahirkan zuriat kita yang kedua lepas sembilan tahun bersabar dan menunggu rezeki bernilai ini.' Dahi arwah ibunya dikucup. Diikuti dengan pelukan erat bersama Naqib. Diakhiri dengan kucupan ikhlas di pipi Nawwar yang kelihatan gebu.



Klip video bersambung lagi dengan sesi penyampaian anugerah adik bongsunya, Ammara.



'Tahniah adik! Inas tau adik boleh dapat cemerlang,'

'Alhamdulillah. Ini pun sebab adik ikut abang tau. Abang cemerlang, adik pun nak. Apa yang abang buat, adik ikut. Nawwar je sandaran terakhir lepas abang Naqib hilang,'

'Kalau abang ada lagi, mesti dia pun bangga tau,'

'Hehehe... thank you Nawwar!'



Klip video Ammara juga berakhir. Nawwar tidak lanjutkan ke video lain. Hati menerima tusukan perit. Dia rindu suara kedua-dua wanita yang dia sayangi. Terutama ibu. Air mata bertakung penuh sehingga membasahi pipinya.

Tuan Asnawi yang sedar akan keadaan anaknya terus memeluk erat dalam dakapan. Rambut dielus beberapa kali. Esakan kedengaran jelas.

"Ayah pun rindu ibu. Ayah minta maaf kalau buat Nawwar terasa hati dengan ayah. Semua salah ayah."

Pelukan tadi dilepaskan. Dia melutut dihadapan Nawwar. Tangan disambut. Pipinya diusap untuk mengesat air mata.

"Ayah bukan tak nak bagitahu Nawwar. Cuma... ayah takut Nawwar stres fikir hal itu. Ayah tau Nawwar masih trauma. Makin ayah ceritakan dekat Nawwar, lagi melarat kesihatan nanti. Tuan Zachary pun kata tahap kesihatan naik turun lepas kena sumpahan tu. Kalau ibu ada, Nawwar boleh aje mengadu semua dekat ibu. Manja dengan ibu. Ayah sibuk bukan sebab apa, ini untuk kebaikan Nawwar juga,"

"Kebaikan? Sampai mental anak sendiri pun pun tak dijaga. Nawwar perlukan seseorang untuk diteman. Nawwar perlukan pendengar setia. Bukan biarkan anak berperang dengan mental dan emosi sendiri. Mana kebaikan dia? Dengan Nawwar pun nak berahsia." Tuan Asnawi terdiam dengan respon anaknya. Masih ada bau dendam.

Takdir You're My Healer [C]Where stories live. Discover now