Bab 14

424 29 5
                                    

BANDAR Vallette adalah destinasi yang bakal dituju. Kira-kira 35km lagi baru tiba di ‘sempadan’ jambatan menuju ke Pulau Akademi Quricity. Mungkin akan memakan masa yang lama memandangkan bandar Vallette adalah antara bandar terluas dalam wilayah Tzuvillida.

Bandar Vallette terkenal dengan bandar yang sering dikaitkan kisah mistik oleh penduduk asal Valletion. Contohnya, Empat Bukit Kembar antara kisah mistik bualan ramai hampir semua penduduk di tujuh bandar dalam wilayah ini tahu. Sekiranya ada orang berjaya mencari pintu rahsia untuk menyelinap masuk, mereka bakal berdepan dengan suatu keajaiban yang berlaku sama ada baik mahupun buruk.

"Jauh lagi ke nak sampai sana? Kaki aku dah lenguh," adu Hadeena menghentakkan kasut tumitnya ke permukaan jalan. Mereka bakal keluar dari kawasan bandar Yhvetz tidak lama lagi.

"Nanti I urutkan kaki you lepas kita sampai akademi," mata Aryan dikenyit sebelah untuk Hadeena.

Princess treatment paling dicemburui ramai wanita. Kau ada? Jodoh pun tak sampai. Tak payah berangan lebih.

Lengan Emara disiku Hadeena. Wajahnya didekatkan ke telinga Emara lalu berbisik, "Jangan malu. Nawwar tak makan orang. Dia introvert sikit,"

Masalahnya mereka dua sama introvert. Nak pesan nasi pataya pun sempat gaduh sekejap.

Satu keluhan keluar dari bibir Emara. Nak mengorat dia, kekadang serasa pekerja zoo nak bagi singa makan dalam sangkar. Bagi daging terketar-ketar tangan, risau kena ngap sekali. Nak ambil hati dia takut syok sendiri. Cinta bertepuk sebelah tangan.

Sama macam orang yang tengah baca ni ha. Beria seorang padahal kena notice pun tidak. Kesian.

Hadeena berlari ke depan mendapatkan Aryan yang rancak bersembang dengan Nawwar. Kak Deena memang cari nahas dengan orang! Tahu lah dah pegang status tunang. Kan dah kena tinggal seorang dekat belakang.

Lirikan Emara berpindah ke Nawwar. Dia memang tak sedar ada kewujudan gadis ini ke apa? Terang lagi bersuluh Hadeena dengan Aryan dah jalan berdua. Siap berpegang tangan terhayun-hayun.

Panggil lah suruh jalan sama-sama! Geramnya lahai!

"Emara? Awak janganlah jalan belakang saya,*

Eh? Dia boleh baca isi hati Emara? Tau-tau aje orang acah merajuk.

Dengan penuh keriangan, terkedek-kedek Emara berjalan di sisinya. Sekurangnya dia perasan walaupun lambat. Ha, asal senyap? Takkan krik krik memanjang.

"Nawwar… um… awak pernah suka orang ke?" soal Emara walaupun dia tahu Nawwar tiada pengalaman dalam dunia percintaan.

"Huh? Pernah,"

Aik? Bukan Hadeena kata dia tak pernah ke semalam? Pandai Hadeena menipu orang.

"Saya suka diri sendiri sebab tak ada orang suka saya,"

Insya Allah satu hari nanti memang Nawwar akan kerjakan dia cukup-cukup.

"Kenapa tanya?" awal lagi dah Nawwar bagi soalan perangkap. Habislah, nak jawab apa? Tak jadi strategi nak bodek anak Tuan Asnawi kelak.

"Err… saja. Saya ingat awak gay," ujar Emara sengaja buat lawak hambar.

Pandangan mata helang yang amat mendalam cukup buat Emara sesak dada. Nak marah, marah lah. Siapa suruh dia tipu orang dulu tadi!

"Apa sebab awak kata saya gay? Hey, I’m straight," Nawwar memutarkan bola matanya ke atas.

"Awak memang sengaja cari pasal? Nasib baik kita tak ada apa-apa hubungan cinta sekarang ini. Kalau tak, tahulah akibat dia,"

Takdir You're My Healer [C]Where stories live. Discover now