Bab 27 (prekuel?)

353 26 2
                                    

BANDAR Afwah. Bandar paling suci yang terletak di pertengahan pulau terpencil. Jauh dari wilayah Tzuvillida.

Kebanyakan bangunan telah musnah dijilat api. Jasad tidak bernyawa terbaring sana sini. Lumuran darah mengalir disekelilingnya. Ngeri. Bagaimana semua ini boleh terjadi?

"Puan Mawwar! Finally you're here..." Tuan Zachary menggilap peluh merenik-renik di dahinya. Hujung bibirnya kelihatan sedikit pecah. Kesan luka calar penuh di pipi dan tangannya.

"Kamu bawa Nawwar dan Ammara sekali??" Hilang rasa penat terlihat dua badan mungil di belakang Puan Mawwar.

"Pada mulanya saya cuma mahu Nawwar saja ikut tapi... Faham-faham lah anak perempuan saya seorang ni," balas Puan Mawwar disertai tawa kecilnya.

"It's dangerous to bring your daughter along..." kata Tuan Zachary.

"Ala abang saya pergi, saya pun nak ikut!" Ammara jenis suka menjawab. Otaknya geligat memikirkan jawapan untuk bidas balik.

"Puan..." gelisah Tuan Zachary melihat raut wajah isteri Tuan Asnawi.

"It's okay... As long as Nawwar here, right?" Rambut ikal mayang Nawwar dielus lembut. Terpancar senyuman lebar pada bibir Nawwar. Memang tugas sebagai seorang abang jaga adiknya.

"Ibu dan tuan pergi lah lawan orang tu! Hm... Zander ada?" Nawwar mengangkat kepalanya mencari anak tunggal Tuan Zachary.

"Ada je. Dia dah bunuh tiga pengikut tak dikenali sampai mati." Tuan Zachary meraup rambutnya kebelakang.

"Pengikut?" soal Nawwar. Musykil.

"Saya tak ada masa nak cerita dekat sini. Puan Mawwar, cepat!" ajak Tuan Zachary seraya menghayun pedangnya tinggi. Cas petir terhasil membentuk plasma putih.

"Nawwar jaga adik tau? Peka dengan keadaan sekeliling," pesan Puan Mawwar. Kucupan mendarat pada dahi mulusnya. Wajah anak bujang itu ditatap lama kemudian berpindah ke anak perempuannya.

Just like their mother.

Puan Mawwar membawa keluar pedang disalut ais. Skarf ungu dililit di kedua-dua lengannya. Ala-ala melayu perempuan tradisional zaman dulu.

Tuan Zachary melakukan serangan plasma putih bertubi-tubi manakala Puan Mawwar menghasilkan stalagmit ais. Zander mencelah dengan menembak antagonis itu menggunakan submachine gun khas. Peluru yang ditembak keluar bukanlah peluru biasa.

Ia mengeluarkan percikan api sebaik sahaja terkena pada mangsa. Boleh melecur jika kena tepat pada kulit tanpa sebarang perlindungan.

Antagonis santai mengawal serangan tiga lawan satu. Serangan mereka terlalu lemah baginya.

Thread manipulation. Itulah kemahiran antagonis tersebut. Berupaya mengikat mangsa dari jarak jauh dan mengalirkan arus petir melaluinya. Mangsa utama antagonis itu ialah Tuan Zachary.

"Ergh!!" Tuan Zachary sedaya upaya bergelut melepaskan diri dari ikatannya.

Antagonis itu menariknya hampir. Puan Mawwar dan Zander hentikan serangan. Mereka dalam mod jaga-jaga. Sekiranya serangan diteruskan, kemungkinan nyawa Tuan Zachary melayang begitu saja.

Rahang Tuan Zachary dicengkam kuat. Kepala antagonis itu miring ke kanan lalu berbisik, "The Cursed Child is finally here."

"Azazel... Gila ke nak buat depan adik dia!?" Tuan Zachary menekan suaranya. Namun, Azazel tidak peduli. Perjanjian harus ditepati.

Takdir You're My Healer [C]Where stories live. Discover now