Bab 54 (ending)

711 27 1
                                    

BAJU melayu satin putih telah membaluti tubuh tegap jejaka itu. Rambutnya disikat kemas ke belakang. Meninggalkan helaian yang cukup menutup parutnya sahaja. Aroma wangian maskulin menusuk rongga hidungnya.

Sementara menunggu kehadiran Aryan bersama yang lain, Nawwar bersandar lemah atas sofa. Ruang tekaknya rasa mual. Suhu badan mendadak panas.

Pangkal leher diurut. Sebelah tangan menekup mulutnya. Terkocoh-kocoh bangun ke bilik air dalam pejabat Tuan Zachary. Terkeluar cecair lendiran berwarna merah dari rongga mulut. Matanya berpinar.

Nawwar berkumur-kumur membuang sisa darah dalam mulutnya. Dia melangkah perlahan semula pergi ke sofa. Dahi ditekap belakang telapak tangan. Hangat. Masa ini juga lah kau nak demam Nawwar oi!

Macam menyesal tak tangguhkan majlis perkahwinan dia dan Emara. Tetapi bagus juga kerana dah tak perlu farming dosa akibat hubungan tiada ikatan sah. Nasib sehari saja majlisnya.

Rasa loya memenuhi ruang tekaknya lagi. Sepantas kilat menuju ke bilik air lalu mengeluarkan cecair likat sampai lembik badan. Dia mula kehilangan tenaga. Nafasnya mengah.

Tok! Tok! Tok!

Pintu pejabat Tuan Zachary dibuka. Tuan empunya menapak masuk bersama air mineral dalam genggaman. Matanya melilau sekeliling mencari kelibat anak buahnya. Ketika susuk tubuh itu keluar dari bilik air, Tuan Zachary terus merapatinya.

"Pucat betul kamu. Okey ke?" Khawatir jika Nawwar tidak dapat bertahan sepanjang majlis berlangsung.

"Insya Allah... Boleh..." Padahal rasa nak pengsan.

"Ubat dah makan?" soalnya memastikan Nawwar tidak terlepas waktu ditetapkan Doktor Rais.

"Dah..."

Tuan Zachary menyerahkan air mineral kepada Nawwar. Penutup botol dipulas sebelum dia meneguk air sedikit demi sedikit. Basahkan tekak untuk hilangkan rasa mual.

"Jangan lupa lepas habis majlis nanti serah diri balik dekat Doktor Rais. Kamu masih dipantau ya, jangan nak bagi alasan honeymoon." Dalam pesanan Tuan Zachary terselitnya amaran keras.

"Iya... Tuan,"

"Rehatkan diri dulu. Bersandar dekat sofa. Saya tahu kamu tengah seksa tahan sakit. Tengok muka dah tahu."

Auch! Kantoi pula. Nawwar tersengih bak kerang busuk.

"Assalamualaikum Nawwar!" Aryan memberi salam lantang. Terhinjut bahu Tuan Zachary dek kejutan spontan Aryan.

Tiga susuk tubuh manusia masuk selamba. Aryan kembali bersama sesuatu dalam tangannya. Lipstik berwarna sedikit gelap?

"Waalaikumsalam. Dah kenapa kau bawa lisptik bini kau?"

"Pakaikan dekat kau. Sejak pagi tadi muka kau hilang seri. Aku rembat sekejap bini aku punya lipstik," tutur Aryan dengan riak tak bersalah.

"Err... Okey..." Nawwar pasrah.

Aryan mampir Nawwar seraya mengangkat dagunya. Mata mereka saling bertaut. Penutup gincu milik Hadeena dibuka lalu bibir mungil Nawwar dicalit sedikit.

Zander dan Zhan sekadar memerhatikan tingkah laku dua sahabatnya. Ada saja akal Aryan random pagi-pagi. Jarinya meratakan gincu sehingga kering. Tada! Baru naik seri.

"Okey. Not bad. Nampak natural," ujar Nawwar berpuas hati dengan hasilnya.

"Tengoklah suami siapa. Huh." Aryan gigit bibir tepi. Menggoda. Tergeleng-geleng Tuan Zachary dibuatnya.

"Nawwar, are you ready to be someone's husband?" Zander menunjukkan jari thumbs-up.

Jam dinding dikerling. Tinggal tiga puluh minit sebelum majlis bermula. Pasti semua orang sudah sedia menunggu dalam dewan akademi. Nawwar menghela nafas ringan.

Takdir You're My Healer [C]Where stories live. Discover now