Bab 7

597 35 3
                                    

Situasi tegang menjadi semakin sengit. Antara hidup dan mati. Nyawa Tuan Ibrahim dan Tuan Asnawi berada di hujung tanduk. Pedang milik Azazel seperti menunggu mangsanya untuk dicabut nyawa.

"Apa motif kau, Azazel!? Apa kau nak dari aku?" Riak Nawwar berubah dingin.

"Aku rasa ayah kau dah bagitahu hal sebenar kan? Ke belum?" Melorot sinis Azazel melihat Tuan Asnawi yang memberi isyarat agar tidak membuka mulut. Biar kekal rahsia.

"Hal sebenar?" Berkerut dahi Nawwar memandang ayahnya.

"What is it?"

"You will find out one day. By yourself," Tuan Asnawi tatap wajah dingin itu dengan lebih tajam.

"Nampaknya seorang ayah tak nak mengaku kesalahan sebenar dekat anak sendiri. Because he's the one who gave you the cursed," Azazel menokok tambah cerita.

"Cukup Azazel!"

Perbalahan antara mereka berdua tidak dapat ditafsirkan oleh Nawwar yang diam membatu sebelah Emara. Makin banyak persoalan yang timbul. Siapa sebenar yang sumpah dia? Azazel atau ayah kandungnya?

"Oh ya hampir lupa. Akademi ini akan hancur tidak lama lagi. Nyawa korang berdua akan ku tamatkan," pedang di tangan dihayun ke depan ke belakang. Azazel senyum miring melihat ketakutan pada wajah anak dara Tuan Ibrahim.

"Ayah..." suara sayu anak perempuannya menyusup masuk ke dalam gegendang telinga Tuan Ibrahim.

"Ayah minta maaf. Ayah tak ada niat nak buat macam ni dekat Emara. Tapi disebabkan ayah terlibat dengan Tuan Asnawi, ayah pun kena sekali. I'm sorry, sweetheart,"

Cecair jernih bertakung di mata Emara. Nawwar memerhati dia dari ekor mata. Pandangan Nawwar beralih semula ke arah tiga susuk tubuh di hadapannya.

"Tuan Asnawi?" tanya Azazel, seakan-akan mengejek.

Tuan Asnawi mendengus kasar. Hati bagai ditikam hebat dengan mata pisau apabila sejarah hitam Nawwar akan berputar kembali. Tuan Zachary adalah harapan terakhir bagi Nawwar. Dia percaya semuanya akan terbongkar satu per satu selepas pemergiannya.

"Nawwar... Ayah... Tak tahu nak mula macam mana. Tapi satu peringatan, tolong lah jadi Young Master. I'm begging you,"

"I told you I don't want to be part of them!! I'm sick of myself!!" bentak Nawwar yang sudah naik emosi.

Ayah mana yang tidak terasa hati jika anak meninggikan suara kepadanya. Dia yakin, jika rahsia antara dia dan Azazel terbongkar, berlipat kali ganda Nawwar akan benci terhadap ayah sendiri.

"Apa yang akan Nawwar dapat kalau naik pangkat? Nak Nawwar jadi macam diri Nawwar yang dulu ke? You want me to show my darkside??"

"Nawwar! Emara sebelah kamu tu. Kalau dia tau, tak ke mengingatkan dia dekat trauma yang dulu?"

Trauma? Gadis ini juga mempunyai trauma yang sama sepertinya?

Nawwar diam membisu. Sedaya upaya cuba mengawal kemarahan yang menguasai diri. Tangan menggenggam penumbuk. Menahan rasa amarah.

"Again... I'm sorry if I can't be the best father of yours. You're right. Your mother was better than me. She knows you more than I did. She loves you more. Now I'm no longer yours,"

Hati Nawwar tertampar dengan kata-kata Tuan Asnawi. Dia menatap kosong wajah ayahnya. Lemah lutut, rasa nak bersujud ke bumi. Dalam masa yang sama, rasa dendam masih tertanam dalam lubuk hati.

Tuan Ibrahim memandang sayu Emara yang berdiri di sisi Nawwar. Tuan Asnawi bersabung mata dengan anaknya yang masih berwajah dingin. Pandangan terakhir Tuan Ibrahim dan Tuan Asnawi terhadap anak mereka sebelum menghembuskan nafas.

Takdir You're My Healer [C]Where stories live. Discover now