Epilog

846 23 4
                                    

"DIJEMPUT Nawwar Inas Al-Qayyim Bin Asnawi naik ke pentas untuk pelantikan gelaran Tuan Muda atau Young Master bagi elemen Thunder." Gemaan suara Profesor Afzhan dalam dewan menggentarkan semua ahli yang memandang susuk tubuh itu.

Nawwar mengenakan sut tuksedo berwarna putih bersama lambang kecil Thunder berwarna ungu belakang badannya. Sedikit bawah dari pangkal leher. Panjang lengannya pada paras siku. Tuxedo chain dililit pada butang tuksedo yang tidak dikancing. Kemeja putih berlengan pendek disertakan vest hitam dengan garisan ungu dipakai bahagian dalam.

Seluar slack dan kasut but paras betis juga warna putih. Skarf ungu kepunyaan arwah Puan Mawwar dililit longgar dari bahu ke bahu. Bahagian paling panjang dibiar tergantung pada belakang bahu sebelah kiri.

Attractive.

Nawwar melangkah lemah naik anak tangga pentas dewan. Setiap ahli ternama elemen disalam, termasuk Tuan Zachary. Satu dulang dibawa mampir oleh pembantu akademi. Tuan Zachary mengambil pin elemen Thunder untuk dilekatkan pada dada kirinya.

Arus petir ungu kehitaman terpercik keluar. Mereka saling berpandangan.

"It's okay. Dia terpercik sebab kamu pemakai baru aksesori elemen ni. I've told you this one is gonna be a little bit advance," bisik Tuan Zachary.

Usai saja pemasangan aksesori elemen, pembantu tadi bertukar giliran. Satu pedang panjang dalam dulang diserahkan kepada Nawwar separa menunduk. Terketar-ketar tangannya memegang pedang khas itu. Tiba masanya upacara perasmian pedang ternama dilangsungkan untuk merasmikan pelantikan Tuan Muda baru dalam akademi Quricity.

Tangan kiri melekat di sisi tubuh Nawwar. Tangan kanan dirapatkan hampir menyentuh bahagian tengah dadanya. Asyik memegang pedang khas itu tegak. Bilah pedang dirapatkan sedikit depan muka sementara menunggu Profesor Afzhan merasmikan pelantikannya. Jantung berdebar kencang. Namun, perasaan gugupnya dapat dikawal tatkala terlihat wajah Emara menguntumkan senyuman manis.

Profesor Afzhan sedia berdiri di depan podium hujung pentas. Skrip dalam tangan dibaca dari awal hingga habis.



"Wajah manis si anak dara,
Hadirnya dia burung tempua;
Lafaz bismillah pembuka bicara,
Salam dihulur untuk semua.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada warga akademi Quricity yang dimuliakan. Berkumpulnya kita semua dalam majlis serba ringkas pada pagi ini sempena pelantikan Tuan Muda atau Young Master ahli elemen Thunder. Nawwar Inas Al-Qayyim nama diberi oleh arwah Puan Mawwar Arayya, Mistress Frost kebanggaan akademi kita satu masa dahulu. Kini, Nawwar akan dilantik sebagai Young Master pada akhir semester tiga ini. Berikan tepukan yang gemuruh kepada beliau,"



Seisi ruang dewan dipenuhi tepukan gemuruh yang kuat dan bersemangat. Nawwar masih mengekalkan riak dinginnya. Fokus, Nawwar. Hatinya bermonolog.



"Sekarang, Nawwar akan melakukan upacara pedang ternama depan kita semua. Para hadirin diminta senyap."



Pedangnya berpusing seratus lapan puluh darjah. Mata pedang dihalakan ke lantai. Kedua-dua belah tangan menggenggam pemegang pedang khas itu. Kemas. Lutut jatuh sebelah menyentuh lantai. Nawwar memejam rapat matanya. Nafas ditarik sedalam-dalamnya sebelum menusukkan hujung bilah ke atas lantai. Dia menunduk.

Bzzz!

Mengejut lingkaran arus petir ungu kehitaman dari bilah pedang tersebar luas ke seluruh ruang dewan. Seketika dewan bertukar sepi. Keajaiban berlaku tidak disangka. Nawwar masih dalam posisinya. Ini bermakna...

Nawwar dinaikkan pangkat terus ke Tuan Tertinggi kerana telah disahkan paling berkuasa antara barisan pemimpin akademi Quricity.

Profesor Afzhan tersenyum herot. Sangkaan Tuan Zachary menjadi kenyataan.

"Dengan ini, Tuan Nawwar Inas Al-Qayyim Bin Asnawi dinaikkan pangkat ke Tuan Tertinggi atau Master sebagai ahli paling berkuasa dalam akademi Quricity. Sesiapa sahaja di antara kamu mencabar Tuan Nawwar, nescaya kamu akan ditimpa tulah. Dengan itu, para hadirin diminta berdiri dan memberi penghormatan kepada beliau."

Lantas Nawwar bangun dari posisinya lalu diserahkan semula pedang khas itu kepada pembantu akademi. Berdiri tegak sambil menabik hormat kepada semua orang. Sebagai balasan, para hadirin menunduk hormat kepadanya.

Selepas itu, mereka kembali semula melabuhkan punggung di kerusi kecuali seorang jejaka bermisai keli. Tangan menyeluk poket kanannya. Pandangan semua orang tertumpu kepada Fariz.

"Tahniah, Tuan Nawwar. Aku bangga kau jadi Tuan Tertinggi paling berkuasa," ucap Fariz menayangkan riak sombongnya.

"Terima kasih. Kau boleh duduk," balas Nawwar suara mendatar. Kuat.

"Tak. Kau yang sepatutnya duduk."

Air muka Nawwar berubah keliru. Duduk? Majlis pelantikan masih berlangsung.

"This ceremony will be end by me!"

Bang!

Suasana dewan bertukar kecoh ketika satu das tembakan dilepaskan Fariz menggemakan ruang dewan. Semua ahli bertempiaran lari melindungi diri.

Manakala, Tuan Nawwar terkulai lemah atas lantai. Tidak sedarkan diri. Bajunya penuh dengan lumuran darah.

"Abang!"


TAMAT.

















Secara rasminya, Takdir I telah melabuhkan tirainya pada 10/3/2024.
[10/2/24 - 10/3/24]
-
Jangan lupa vote to show some support for me :)
-
Terima kasih kepada para readers yang berjuang sampai ke bab terakhir. Author appreciate effort korang.
-
Author akan kembali hiatus untuk fokus kepada STPM. Tapi jangan risau, akan ada sequel untuk novel ini.
-
Stay tuned, Takdir II : Secrets Untold.

-Stay tuned, Takdir II : Secrets Untold

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Takdir You're My Healer [C]Where stories live. Discover now