Bab 52

372 14 2
                                    

DEBARAN jantungnya semakin menggila. Terkumat-kamit mulutnya melafazkan ayat suci. Harap ilusinya menyuarakan kebenaran.

Langkah terhenti depan pintu wad ICU. Nak masuk ke tak? Takut juga kena prank tetiba jasad kena balut kain putih. Meroyan karang balik rumah Kak Deena.

Mata terpejam rapat. Nafas dihembus berat. Dia masuk sebelum Tuan Zachary dan Doktor Rais berpaling ke belakang.

"Emara! Syukur alhamdulillah kamu di sini. Kami berjaya selamatkan Nawwar," Doktor Rais meraup wajahnya berkali-kali. Dengan bantuan rakan sekerja, degupan jantungnya berdetak semula.

"Alhamdulillah..." Emara menadah tangan lalu disapukan ke wajahnya.

"Dia sedar ke?" soal Emara lanjut.

"Sedar, cuma tak lama. Bagilah dia rehat dulu." Doktor Rais bersedakap dada. Tuan Zachary tergelak kecil melihat ekspresi teruja Emara.

"Oh, ya hampir lupa. Majlis kamu orang nanti macam mana?" Persoalan Tuan Zachary tidak dibalas Emara. Ragu-ragu memandang gadis itu.

"N-Nawwar kata... Teruskan," balasnya ringkas.

"Teruskan?? Nyawa dia baru melayang tiga puluh minit lepas. Kamu serius? Kenapa taknak tangguh dulu?" Doktor Rais menayangkan riak bengang. Mana sempat Nawwar sembuh dalam jangka masa sesingkat itu.

"It was his decision..."

"Kamu dah berbincang dengan dia ke?" celah Tuan Zachary ingin tahu.

"Puas saya pujuk dia, tuan. Dia nak juga majlis tu diteruskan. Taknak tangguh."

Dua lelaki itu saling bertatapan. Tuan Zachary kenal Nawwar jenis orang yang keras kepala. Tidak salah jika Nawwar bertegas mahu melangsungkan detik terindah dia dan Emara, tetapi kondisi kesihatan yang sontak menurun membuatkan dia resah.

"Kita tunggu esok dulu barulah sama-sama bincang pasal hal dia orang," ujar Tuan Zachary kepada Doktor Rais.

Emara termenung pada wajah Nawwar serba pucat itu. Matanya tertancap pada lelaki yang sedang lena dibuai mimpi. He looks innocent.

"Kamu taknak balik rumah ke? Dah larut malam. Tak elok perempuan keluar tengah malam. Bahaya," tegur Tuan Zachary seraya menyarung jaket hitam ke tubuhnya.

"Saya teman kamu pulang sebab saya di sini jaga Nawwar. Esok pagi kamu boleh datang sini balik." Tawaran Tuan Zachary diterima Emara. Nak pergi Taman Natural pun takut muncul 'encik bungkus' kejar dia loncat-loncat.

"Okey tuan. Bye doktor! Jumpa esok." tutur Emara mesra.

"Bye. Boleh tidur lena kamu malam ni. Nawwar dah diberi peluang kedua untuk hidup." Doktor Rais melambai kecil kepada Emara.

Serentak mereka bertiga menguntum senyuman lebar di bibir.



"SAYA tak kisah, doktor. Empat hari lagi... Tolonglah." Nawwar melekapkan telapak tangannya bersatu.

"Nawwar, kesihatan kamu merosot mengejut semalam. Saya tak boleh lepaskan kamu saja-saja," tegas Doktor Rais berbicara. Emara dan Tuan Zachary sekadar menonton debat mereka berdua yang semakin tegang.

"Doktor... Saya perlukan seorang wanita jadi pendamping saya. Saya dah kehilangan seorang ibu. Dia syurga saya. Lepas pemergian dia, saya jadi hilang arah. Saya tak tahu nak buat apa kalau ada detik cemas macam semalam. Saya sesak nafas, nyawa rasa dihujung tanduk. Emara tak ada masa tu, Tuan Zachary tak tahu kemana dia pergi. Saya redha kalau Allah nak tarik nyawa saya sebab saya penat dengan duniawi. Saya seorang saja darah daging Tuan Asnawi yang masih bertahan hidup sendiri," luah Nawwar bersama helaan nafas perlahan.

Takdir You're My Healer [C]Where stories live. Discover now