Bab 19

397 33 3
                                    

SEMINGGU sudah berlalu. Latihan kembali seperti biasa. Hari ini ada ujian penilaian bagi setiap pelatih elemen. Ujian ini penentuan perkembangan tahap pelatih dalam masa tiga bulan. Dari segi cara membela diri, kehandalan menggunakan senjata, kelincahan dan kepekaan serta kekuatan mengawal elemen.

Kedudukan pelatih yang rendah penilaiannya akan berada di hierarki terbawah elemen masing-masing. Maka, Tuan Tertinggi (Master) dan Tuan Muda (Young Master) memberi penekanan lebih kepada pelatih nilai rendah.

Hasil penilaian dilakukan dalam masa dua minggu kecuali pelatih Thunder kerana ahlinya cuma empat orang.

Mengapa empat orang? Elemen Thunder boleh merosakkan mental seseorang jika lemah jati diri. Pelatih yang mengalami trauma berat sahaja mampu membawa elemen ini.

“Hairul!” jerit Nawwar mengalirkan arus petir melalui lembingnya.

Spontan Hairul mencipta pelindung sekeliling tubuhnya mengelak serangan bertubi dari Nawwar. Setelah itu, Hairul bertindak menghentakkan pedangnya pada lembing Nawwar.

Shing! Shing! Shing! Bunyi lagaan pedang dan lembing berterusan. Hairul melintangkan pedangnya dari kiri terus ditarik kanan. Tiga gelombang petir dituju ke Nawwar.

Kelincahan Nawwar membelah gelombang petir itu kepada dua bahagian hanya menggunakan lembingnya. Hujung bawah lembing dihentak ke lantai, mencipta kolum supaya Hairul berada dalam keadaan pegun.

"Nawwar! Tak adil ah kolum kau buat aku stunned. Macam mana nak gerak?"

Nawwar ketawa jahat mendengar aduan Hairul. "Hairul, buatlah macam mana pun, markah penilaian kita masih juga tinggi. Elemen Thunder jarang ahli dapat markah rendah,"

Serta merta Hairul dibebaskan dari kolum Nawwar. Benar kata Nawwar, lemah mana pun serangan, nilai markah masih tinggi. Impak serangan elemen Thunder boleh tahan pedih walaupun renjatannya tidak kuat.

"Lucas! Elijah! Kau orang pula," panggil Nawwar lantang. Dua sekawan segera membawa keluar senjata mereka melalui kuasa elemen masing-masing.

"Ready?" Elijah mengacukan busur terhadap Lucas yang sedia dengan dua bilah kerisnya.

Serentak mereka berdua angguk. Hairul dan Nawwar bersandar rehat pada dinding meneliti gerakan bela diri yang akan dipersembahkan oleh Elijah dan Lucas. Tuan Zachary dari jauh memberi isyarat agar penilaian dimulakan sekarang.

Elijah melepaskan lima anak panah sekaligus sebelum berlari mengejar Lucas akibat terlepas sasaran. Busurnya menghentak salah satu keris dipegang oleh Lucas. Asyik menekan kerisnya hingga badan Lucas berlaga dengan dinding, Elijah tidak sedar ada lagi satu keris sedang terbang ke arahnya.

Mata biru gelap Lucas berpinar. Kerisnya semakin dekat pada Elijah. Sebelah sudut bibir Elijah terjungkit menyebabkan dia lenyap serta merta.

Keris itu disambut segera sebelum Lucas kembali ke tengah gelanggang. Lima anak panah atas lantai juga lesap. Kebolehan Elijah teleportasi cara halimunan menyukarkan musuh mengesan kehadiran mereka.

Bzzz!

"Lucas…" lirih Elijah muncul mengejut dari belakang menyebabkan tubuh Lucas ditolak jatuh ke atas lantai.

Setelah empat jam berlatih mengikut kriteria penilaian, berakhirlah ujian penilaian bagi sesi kedua tahun ini. Selepas ini, semua pelatih diberi cuti dua minggu sebagai waktu rehat untuk semua orang termasuk pihak atasan akademi.

Empat ahli Thunder saling bersalaman antara satu sama lain termasuk Tuan Zachary. Elijah, Hairul dan Lucas berlalu pergi meninggalkan dewan Thunder. Kali ini, Profesor Afzhan menetapkan bahawa semua senjata harus ‘disimpan’ dalam aksesori elemen sebagai langkah berjaga-jaga.

Takdir You're My Healer [C]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt