Bab 31

343 26 1
                                    

"SADAQALLAHUL Azim..."

Bacaan yasin telah berakhir. Jantung Al-Quran itu dikucup sebelum diletakkan atas kabinet sebelah katil Nawwar. Wajahnya ditenung sayu. Buat masa ini Nawwar harus bergantung sepenuhnya pada alat bantuan pernafasan untuk terus bertahan.

Jantungnya kembali lemah akibat kesan racun yang masuk ke dalam tubuhnya.

Luka tusukan telah dijahit. Doktor Rais ucapkan syukur kepada yang Maha Esa. Nawwar sempat diselamatkan gara-gara racun yang hampir saja merebak ke seluruh jantungnya.

Ajaibnya, racun diberi Fariz itu tidak memberi sebarang kesan terhadap organ dalaman lain. Walhal, arahan pada racun itu mengatakan ia boleh menyebabkan kegagalan fungsi organ dalaman tubuh mangsa. Mengapa jantung saja yang terkena tempiasnya?

Doktor Rais bingung. Tuan Zachary tiada jawapan untuk menjawab persoalan tersebut.

"Teruk sangat ke kondisi dia, doktor?" Pandangan Tuan Zachary tidak berkalih dari melihat anak buahnya terlantar sakit.

Doktor Rais menggaru lehernya. Wajahnya diraup berkali-kali. Haruskah dia mengatakan perkara ini kepada semua orang?

"Teruk juga. Satu, sebab kesan tusukan dalam badan agak dalam. Kedua, racun dah merangkumi 40% daripada jantungnya. Hampir mencecah setengah," ujar Doktor Rais.

"Bersyukurlah bukan cecah setengah atau lebih. Kalau tak, memang tak dapat diselamatkan lagi. Tambahan pula dia baru sembuh kira-kira dua minggu lepas." Imbuh doktor lagi. Dada jejaka itu disentuh. Naik turun dalam kadar perlahan, tidak pada paras yang normal.

Emara sedari peluk Hadeena kerana takut, menahan tangisannya. Teringat semula bait ayat dalam surat pemberiannya.

Kalau awak lemah, saya lagi lemah.

Bagaikan ada magnet menyatukan mereka. Benar. Emara harus kuat agar tidak tampak lemah. Dia kuat, Nawwar juga harus kuat untuk bertarung nyawa. Lagipun, serasa gambaran awal selepas masuk alam perkahwinan.

Nawwar sudah berjanji untuk membawanya uruskan dokumen perkahwinan. Terpaksa ditangguhkan. Rasa nak masukkan racun yang sama dalam badan Fariz. Sampai mati lagi elok.

Kerana Fariz, rancangan mereka terbatal. Kerana Fariz, Nawwar sakit. Terseksa lagi. Argh! Fariz obsesif sampai gadaikan nyawa orang lain demi kepentingan diri.

Selfish.

Dia lagi rela Nawwar jadi obsesif daripada Fariz. Kurus keding macam ikan bilis. Baru angkat tong gas entah-entah jadi Michael Jackson tapi versi kebelakang. Hee hee!

"Emara... Okey ke?" soal Hadeena perlahan. Gadis itu sedikit mendongak dalam dakapannya.

"Tuan Zachary panggil awak banyak kali."

"Ha?" Emara memandang Tuan Zachary. Menunggu kata mutiara terpacul dari bibirnya.

"Saya harap awak tabah hadapi dugaan. Saya... Tak sangka Fariz berani ambil risiko main nyawa orang. Dengar Nawwar ditikam dengan racun mengalir masuk dalam badan cukup buat saya kecewa. Kecewa sangat," luah Tuan Zachary seraya mengusap rambut ikal mayang itu.

"Kamu semua sepatutnya pergi dimensi Azazel hari ini tapi... Bagilah Nawwar berehat dulu." Tuan Zachary senyum tawar. Harap Azazel tengah jadi cctv dari jauh. Mohon fahamlah.

"Tuan, semalam Nawwar lamar dia." Cepat-cepat Aryan ubah topik. Tak boleh sedih sepanjang masa. Kena selit sedikit unsur romantis.

"Oh iya? Cuba Emara cerita dekat kami macam mana Nawwar lamar kamu."

Master Zachary understood his assignment.

Tersipu malu. Bibir mungilnya dikemam. Pipi bertukar merah padam seperti blusher. Tak tahu nak mula dari mana.

Takdir You're My Healer [C]Where stories live. Discover now