Bab 40

329 23 0
                                    

TIGA puluh minit sudah berlalu. Keadaan kafetaria makin lenggang tatkala semua orang beransur pulang ke bilik. Sekilas jam dinding dikerling. Hampir sembilan malam. Waktu makan malam juga sudah sampai ke penghujung.

Kelibat Nawwar masih tidak kelihatan.

"Mana awak ni? Sejuk dah mee goreng saya," ujar Emara resah. Sejam dia melekat dekat sini. Jangan-jangan... Nawwar pengsan lagi. Alamak! Hatinya mula tak keruan.

Panggilan telefon tidak dibalas. Mesej Whatsapp tidak direspon. Double tick berwarna kelabu.

Puas menunggu. Emara menghantar tubuhnya pergi ke kaunter depan bersama pinggannya. Minta bungkus bawa balik. Dia ingin menjamu selera dalam bilik saja.

Hatinya gundah-gulana. Sejak pukul empat petang tiada khabar berita dari Nawwar. Selalunya dia update benda random dibuatnya. Kena gigit nyamuk pun mengadu. Tapi kali ini, senyap. Nak terjah masuk bilik lelaki, risau kena cop gatal. Kalau Nawwar betul pengsan macam mana?

Telefon dipancing keluar dari poket seluarnya. Aplikasi Whatsapp dibuka. Skrin telefon ditekan-tekan menghantar pesanan kepada Nawwar. Simbol hantar diketik. Your message was delivered!

"Ya Allah harap awak baik saja dekat sana." Dia berserah semuanya kepada Allah.



Tiga jam yang lalu...

Dadanya terasa sendat. Tangan bagai diikat pada pemegang kerusi elektrik. Ketat. Fariz menyalangkan matanya. Menjerit tidak bersuara kerana mulutnya ditampal pelekat hitam.

"Puas tidur?"

Fariz mengangkat wajahnya. Jejaka hoodie hitam yang masih melekat sisa darah pada wajah memandangnya beriak dingin. Seram. Kaki naik silang atas paha. Dalam genggamannya ada pisau sedang menitiskan darahnya. Baru teringat pisau itulah yang menusuk bahunya. Laju Fariz bertukar fokus ke bahunya yang dibaluti kain putih.

Ingat dah masuk alam barzakh sebab darah banyak hilang.

"Aku nak cakap sesuatu..." Nawwar melarikan pandangannya pada bilah pisau. Disentuh halus hujungnya lalu diletakkan bawah dagu Fariz. Matanya tertancap pada iris hitam kekelabuan itu.

His gaze looks so lifeless.

"I've told you before, if you touch Emara once again, you'll die in my hand. Luckily your still alive."

Bola mata Fariz bergerak-gerak tak tentu arah. Cuak.

"You're playing a dangerous game, and I won't hesitate to make you regret it. If you continue to pursue my girlfriend, you'll face the consequences. Remember that." Nawwar menarik pisaunya jauh dari Fariz. Pelekat di mulutnya ditarik macam wax bulu kaki. Pedih oi!

"Takkan diam je!?" Rahang Fariz dicengkam kuat. Ngilu rasa lepas ditumbuk banyak kali. Luka sebelah bahu dua kali lima rasanya. Ya Allah seksa apa aku terima ini? Aku tak sangka Nawwar boleh jadi sekejam ini.

"Fariz! Mana suara kau!?" jerkah Nawwar.

"Apa kau nak!?" Soalan dibalas soalan. Berani mencabar Nawwar walaupun saat genting begini.

"Kau cabar aku sekali lagi, tunggu nasib kau. Faham!?"

Pak! Tadi tumbukan guna buku jari, sekarang tamparan sedas membuat pipi Fariz terasa bahang.

Takdir You're My Healer [C]Where stories live. Discover now