Bab 44

284 25 1
                                    

ANGIN bertiup sejuk di luar perkarangan pintu akademi. Cuaca tak terlalu panas dan tak juga mendung. Lepak dekat tasik mesti tenang. Tetapi Nawwar menetapkan rancangan lain selepas rehat tengahari.

Gadis itu mengenakan knitwear berwarna kelabu dan seluar longgar berwarna hitam. Kasut dan tudung serona putih. Beg tangan kecil berwarna hitam disangkut pada bahu kanannya. Dia berjalan keluar dari pintu akademi. Seorang jejaka juga mengenakan tema warna yang sama santai duduk di kerusi bangku.

"Kenapa awak ajak kita keluar? Pergi mana?" soal Emara lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Nawwar.

"Beli barang rumah," balas Nawwar ringkas.

"Ingat ajak dating dekat bandar Txur (Sur). Tak pun Yhvetz,"

"Itu lepas kahwin boleh. Sebab lusa kita akan pergi dimensi Azazel." Nawwar masih fokus pada dada skrin. Nama kontak Aryan terpapar pada sudut kiri ikon profilnya.

Serta merta senyuman Emara dimatikan. Bermakna Nawwar akan bertarung nyawa tidak lama lagi? Sunyilah dia nanti.

"Kita beli semua keperluan terus. Tak perlu tangguh satu per satu." Nawwar matikan skrin telefonnya lalu diselit masuk ke dalam poket seluarnya.

"Err... Awak dah prepare duit banyak ke? Satu perabot pun boleh cecah 1500 Tz. Kalau beli perabot lain silap-silap 10 000 Tz melayang,"

Nawwar berdehem. Dia menyeluk poket kirinya. Satu dompet nipis dibawa keluar. Kad debit berwarna perak metalik ditarik dari sarungnya dan diberikan kepada Emara. Rahang gadis itu terjatuh saat menerima kad debit tersebut.

Kad debit perak metalik antara kad paling eksklusif dalam wilayah Tzuvillida. Hanya pengguna terkaya saja mampu memilikinya seperti Aryan dan Nawwar.

"You're a silver card holder!?" Kad debit itu dibelek. Metalik berkilat menggamit perhatian Emara.

Nawwar menjungkit keningnya sebelah tanda sahut. "Nak kahwin, financial kena stabil."

Dalam diam berduit rupanya lelaki ini.

Kad itu diserahkan semula kepada Nawwar. Jarang jumpa lelaki pemegang kad perak di wilayah Tzuvillida. Bahkan, dalam akademi ini pun majoriti pemegang kad warna rose gold.

Pin! Pin!

Kereta berwarna black matte tiba di perkarangan akademi. Cermin penumpang diturunkan. Terpampang wajah Tuan Zachary bersama isterinya sedang melambai ke arah mereka.

"Jemputlah masuk," ajak Puan Esther, isteri Tuan Zachary sambil menayangkan wajah manisnya.

"Hai, Nawwar. Aku dengar kau kahwin dalam masa tiga minggu lebih. Ajak lah kami semua," celah Zander melambai di belakang tempat penumpang. Terkejut bila mendapat berita dari ayahnya tentang Nawwar bakal menjalinkan hubungannya dengan Emara.

Dua pasangan itu masuk ke dalam perut kereta sebelum mereka menuju ke bandar Vallette. Perjalanan yang mengambil masa empat puluh minit berakhir di tempat parkir pasaraya terbesar bandar Vallette. Luas. Sebelah kanan adanya pusat membeli-belah perkakasan rumah seperti perabot, perkakasan dapur dan perhiasan rumah.

"Kamu dua orang pergi lah mall sana. Saya sekeluarga nak beli barang dapur sini." Tuan Zachary menepuk bahu Nawwar perlahan. Memberi semangat menjelang alam perkahwinan kelak.

"Lama sikit tahu," bisik Zander menyiku Nawwar dari tepi. Anak tunggal Tuan Zachary jenis suka pau duit mak ayah. Hahaha. Tapi kadang-kadang dia juga menjadi ATM bergerak bagi kedua ibu-bapanya.

Nawwar menarik lengan Emara sebaik sahaja tiga beranak itu bergegas mencari barang keperluan. Tatkala mereka melangkah masuk pintu utama pasaraya di sebelahnya, rambang mata mengusha pelbagai jenis perabot dipaparkan depan pintu masuk.

Takdir You're My Healer [C]Where stories live. Discover now