Bab 29

343 26 4
                                    

HARI yang dinantikan telah menjelang tiba. Segala perhiasan dalam dewan akademi Quricity menggunakan tema dark academia. Sama seperti konsep pembinaan bangunan keseluruhan akademi ini.

Semua mengenakan busana mengikut citarasa masing-masing. Ada tema casual, prince and princess, vampire dan sebagainya. Ha, macam event cosplay dah.

Lima sekawan duduk di meja barisan ketiga. Belakang VIP. Untung berkawan dengan anak profesor. Mereka pasti diberikan keutamaan terlebih dahulu.

Zhan segak bergaya mengenakan blazer, vest dan seluar slack serona hitam. Tali leher maroon gelap. Buah anting-anting berwarna merah dipakai sebelah kiri saja. Aura Ah Long kuat terasa.

Aryan dan Nawwar sekadar mengenakan kemeja dan tali leher hitam berlengan panjang. Ringkasnya, semua tema full black sepertimana yang dijanjikan minggu lepas.

Hadeena mengenakan gaun kembang disertakan labuci perak menghiasi pinggangnya. Cantik. Sesuai digelar savage queen.

Mengapa savage queen? Mulut pedas. Tangan umpama pelesit. Suka buat physical attack.

Lovely Iris pula mengenakan abaya sedikit meleret atas lantai. Ala-ala puteri diraja auranya. Dia dan Hadeena sama-sama pakai makeup spicy type. Look gorgeous!

"Baiklah. Semua hadirin dipersilakan duduk kerana majlis akan mula sebentar lagi." Bergema satu dewan diisi suara Profesor Afzhan. Masih ada yang terhegeh-hegeh cari tempat duduk. Tidak sampai lima minit, seluruh dewan menjadi senyap.

"Majlis makan pada hari ini diadakan untuk merasmikan penubuhan akademi Quricity II. Ikutkan jadualnya dua minggu selepas kita berpindah ke sini. Tetapi disebabkan kes empat ahli akademi tercicir, kami terpaksa tangguh. Alhamdulillah, mereka pulang dengan selamat."

Satu dewan memberikan tepukan gemuruh kepada ahli akademi yang dimaksudkan Profesor Afzhan. Tersengih Aryan sendiri apabila ramai mata-mata memandang ke meja mereka.

"Terima kasih, Encik Azman. Tanpa dia, mungkin berkabung kita seminggu ya," ujar Profesor Afzhan bernada gurau. Encik Azman telah dijemput hadir ke majlis untuk meriahkan suasana. Para hadirin yang lain turut gelak bersama.

Dua puluh minit telah berlalu. Sesi menikmati juadah makan menyusul tiba. Perut berkeroncong minta diisi sampai kenyang. Aroma masakan menerobos masuk ke rongga hidung.

Ayam masak merah menu utama majlis makan malam kali ini. Kuah melimpah ruah. Pekena sirap bandung tepi pinggan masing-masing. Pergh! Nyaman gila. Bacaan doa makan diketuai Profesor Afzhan bagi yang muslim sebelum menjamah ayam masak merah dengan seleranya.

Aryan berdehem kuat. Mata-mata di meja itu memandangnya. Lauk tak kena tekak ke?

"Nawwar..." Aryan mengangkat kedua-dua keningnya serentak. Satu isyarat supaya dia bersedia memberi kejutan untuk someone special.

Oh... Nawwar acah membetulkan rambutnya, elak kena syak sesuatu ganjil oleh Emara. Tak sabar rasanya nak pikat hati dia.

"Taknak cuba gaya sikat belakang ke?" soal Emara mendadak. Membulat mata Nawwar. Lagilah terdedah parut dia jika buat gaya itu.

Pantas Nawwar mengggeleng.

"Actually you look better when you expose that scar. I'm being honest to you,"

Komplimen atau pujian?

"Awak tak ada hak nak atur pilihan saya," Nawwar menghirup sirap bandung untuk basahkan tekak yang kering.

Gadis itu merapati wajahnya ke telinga Nawwar.

"Bukan awak ke yang nak saya jadi isteri awak, huh?" Emara menyoal Nawwar bernada sinis. Nawwar mati kata. Habislah lepas kahwin kena dandan isteri sendiri.

Takdir You're My Healer [C]Where stories live. Discover now