Bab 3

886 56 21
                                    

"NAWWAR tak kuat nak hadap semua ni." Itu sahaja jawapan dari buah mulutnya.

"Tak kuat kamu kata? You're the strongest Thunder trainee among all of them," pujuk Tuan Zachary.

"Huh... Saya kuat sebab cursed. Bukan sebab lain,"

"Nawwar..." Nama anak Tuan Asnawi diseru panjang oleh Tuan Zachary.

"Tak semua orang dapat gelaran ni. Tapi kamu lain. Kamu-"

"Nawwar tak nak sebab Nawwar trauma! Macam mana kalau Nawwar susahkan orang sekeliling? Sumpahan ni pun masih belum dirungkai. Nak pegang gelaran tinggi ni kena banyak berjasa. Bukannya cipta sejarah yang memalukan ahli akademi. Nawwar tak layak!!" bentak Nawwar sekeras-kerasnya. Terasa sebak di dada. Hampir saja matanya berkaca, namun dia tahan.

Tuan Zachary dan Tuan Asnawi saling berbalas pandangan. Tuan Asnawi sekadar mengeluh berat. Rakannya pula sekadar jongket bahu. Tuan Asnawi menghantar tubuh di sisi Nawwar. Sofa dihenyak perlahan. Tangan mengelus manja rambut anaknya.

"Hm... Tak apa lah kalau Nawwar kata macam tu. Ayah tak nak paksa. Lagipun pilihan Nawwar sendiri. Mesti masih trauma dengan dulu... Kan?"

Perlahan Nawwar angguk.

"Err... Nawi, jom pergi dekat Afzhan. Kita kena bincang hal pagi tadi dekat dia." Laju Tuan Zachary bangkit dari duduk. Cuba beralih topik sebelum emosi Nawwar naik mendadak. Cawan plastik tadi dikutip dan mendarat tepat dalam tong sampah.

"Ha iyalah Zach. Ayah pergi dulu. Apa-apa cari ayah dekat pejabat Profesor Afzhan. Assalamualaikum." Dahi Nawwar dikucup sebelum mereka berdua meninggalkan dia bersendirian dalam bilik khas itu.

"Waalaikumsalam... ayah." Pintu bilik ditutup rapat.

Bersandar pada kerusi sofa. Dia memandang siling atas. Kenapa ayah selalu harapkan dia untuk jadi Young Master walaupun dah ubah fikiran? Bukankah Nawwar yang menyebabkan satu akademi huru-hara kerana sumpahan yang bangkit enam kali berturut-turut? Ramai yang benci dia. Sekarang pun mungkin ada yang dah lupakan Nawwar. Kut.

Kalau ibu ada, mesti dia dibela. Ibu agak terkenal kerana pencapaian yang cemerlang dalam setiap misi yang dia ikut. Patut lah jiwa menjadi seorang fighter membuak-buak masa kecil dulu. Abang pun penat layan. Hahaha.

Tapi ibu dah tinggalkan Nawwar. Tinggalkan ayah. Ayah selalu sibuk. Mata terpejam rapat sebelum tangan laju meraba poket seluar lalu membawa keluar telefon pintar dan membuka galeri lama. Kenangan dengan arwah masih tersimpan elok dalam fail yang disusun dalam galeri.

Perasaan rindu terhadap arwah ibu dan adiknya makin menggunung. Air mata mengalir deras di pipi. Tersedu-sedan dia meratapi gambar arwah dalam galeri telefon.

"Ibu... Nawwar minta maaf. Semua salah Nawwar... Disebabkan Nawwar lah ibu pergi. Disebabkan Nawwar juga... Ammara pergi. Nawwar..."

Seketika lidahnya kelu sementara mengambil nafas yang dalam. Nawwar menelan liur pahit.

"Nawwar teruk ibu... Kalau lah Nawwar tak ikut ibu... mesti semua tu takkan jadi. Nawwar minta maaf ibu." Skrin telefon dipadam. Tangan memeluk tubuh. Air mata dikesat. Ya Allah rindunya pada arwah ibu dan adik.

"I don't deserve this. Why... Just why!" Menggeletar tubuh kerana lemah. Tiba-tiba kepala terasa mencucuk. Tenang Nawwar, kawal emosi kau.

Terbit niat ingin pergi ke balkoni luas di tingkat atas. Malas rasa nak pergi kafetaria. Pintu bilik dikunci dari dalam. Dewan Thunder ditinggalkan sepi. Elijah, Hairul dan Lucas sudah menjalankan misi di dimensi lain. Kali ini dia tidak melibatkan diri. Nak merehatkan diri, tenangkan fikiran.

Takdir You're My Healer [C]Where stories live. Discover now