Bab 13

429 31 1
                                    

"KITA kena tolong Kak Deena dengan Aryan!" cemas Emara perhatikan Aryan sedaya upaya melindungi Hadeena daripada serangan roh jahat itu.

Nawwar berasa aneh saat melihat Hadeena terduduk di lantai tidak berbuat apa. Setahu dia, Hadeena paling ganas bab melawan dengan pihak musuh. Jiwa pahlawan Hadeena terlalu kuat sampai Aryan kadang-kadang takut untuk masuk campur. Baru takut tunang, belum takut bini lagi.

"Emara, beritahu pada saya, apa kelebihan awak terhadap serangan musuh,"

"Hm... saya boleh buat kolum dengan benteng api paras pinggang untuk menyekat musuh daripada keluar kawasan sekitar. Lepas itu, akan ada fireball berterbangan untuk serang musuh, macam main snowball,"

Nawwar diam sejenak. Bukankah kelebihan milik Emara adalah mirip kelebihan Nawwar yang dahulu sebelum dia bertukar elemen Thunder?

"Oh, I can do fire waves too!"

Sah master elemen Flame bagi kelebihan Nawwar kepada Emara selepas Nawwar ditukarkan menjadi ahli Thunder.

"Okey awak dengar sini. Nanti saya akan tarik perhatian roh tu semua. Awak serang mereka guna flameball, saya masuk campur buat kolum alirkan arus petir untuk pastikan mereka pegun. At the end, we're going to unify our ability,"

"Unify? How?"

Nawwar tersenyum sinis. "You do the fire waves, and I'll do the massive lightning strike. Understand, lovely girl?"

Tatapan mereka berbalas lama.



ARYAN bertungkus lumus menyerang semua roh yang sekejap hilang sekejap muncul balik. Ingat ada masa nak panggil krew ghostbusters sedut roh jahat ni?

"You guys are freak!!" jerkah Aryan dari bawah. Betul kata Hadeena, macam simbah air aje bagi mereka.

"Do you want me to help you?"

"You're injured, darling,"

"No excuses. Please let me-"

Ka-duum!

Allahuakbar, jantung hampir saja henti berfungsi. Bibir Aryan terkumat-kamit lafaz ayat suci. Aku hampir mati kena panah petir woi! Petanda nak hujan ke?

Bukan setakat Aryan yang terkaku setempat, Hadeena dah mengesot ke belakang. Sekumpulan roh saling berpandangan, dahsyat panahan petir sampai bergegar permukaan tanah.

Flameball menyusul tiba. Telah dipecahkan kepada sembilan bahagian kecil, sama jumlah roh jahat yang berlegar di udara. Masing-masing bertempiaran lari dalam bulatan kecil. Minta pertolongan sesama sendiri agaknya. Lebih melucukan apabila mereka menjerit kecil setelah flameball mula menyerang bertubi-tubi.

Aryan dan Hadeena menjadi keliru. Pertunjukan apa yang sedang mereka lihat? Aryan merapati Hadeena. Buku lali kanan tunangnya disentuh. Kasihan Hadeena terseliuh akibat dihempap kayu sewaktu berada dalam runtuhan akademi.

"Now, Emara!!"

Suara garau bergema di ruang langit. Dua pasangan ini toleh kiri kanan mencari pemilik suara yang tidak asing dari telinga mereka.

Itu suara Nawwar, bukan?

Satu kolum hitam kebiruan terbentuk di permukaan tanah bersertakan arus petir yang terpercik. Roh jahat ditarik masuk ke dalam kolum itu bagaikan magnet biar pegun. Tidak dapat bergerak langsung. Menggelupur habis!

Gelombang api membentuk huruf U datang dari arah kanan, petir sambar menyambar dari atas. Makin lama makin hampir serangan gabungan dua elemen ini sehingga...

Takdir You're My Healer [C]Where stories live. Discover now