Bab 23

383 28 3
                                    

JARINYA sibuk berdansa atas papan kekunci laptopnya menyiapkan laporan anak-anak pelatih Thunder. Penilaian markah agak tinggi di bahagian penguasaan elemen.

Fail terakhir ditunggu Tuan Zachary ialah Nawwar Inas. Satu-satunya ahli keluarga Tuan Asnawi yang masih hidup dan 'asing' dalam kalangan ahli Thunder. Muka depan fail dibuka, memaparkan hasil keputusan pemeriksaan kesihatan khas daripada Doktor Rais seminggu lalu.

"Anemia, kurang berat badan, rekod demam panas kamu... 38.5°C. Hm... ". Keluhan berat keluar di bibir Tuan Zachary. Selepas Nawwar dibawa pulang ke akademi, tahu-tahu dia mengadu rasa tak sedap badan.

Tatkala dibawa melakukan pemeriksaan khas, suhu badannya diperiksa. Nawwar mengalami demam panas dan terpaksa ditahan beberapa hari dalam wad. Ujian darah turut dilakukan, Nawwar disahkan menghidap anemia.

Mahu pengsan dengar pengesahan dari Doktor Rais. Tuan Zachary kesal, Nawwar harus bergantung sepenuhnya pada ubat untuk bertahan hidup. Dia tak mahu kehilangan amanah anak rakannya.

Tuan Zachary tak boleh terima sekiranya Nawwar jatuh sakit pada usia masih muda. Anak buahnya baru berusia dua puluh dua, dibandingkan dengan dirinya sudah berumur lima puluh tahun. Jauh lagi perjalanan Nawwar akan tempuhi.

Tenenenenen! Yo phone linging! Yo phooone linging! Big boy come pick up yo phone!

Tersentak Tuan Zachary dikejutkan deringan telefon pintarnya memainkan melodi ringtone dipasang anaknya. Ini kerja dia rupanya bila minta 'pinjam' telefon katanya untuk buka hotspot. Bertuah betul.

Tertera nama Nawwar pada skrin, butang panggilan dijawab terus telefonnya rapat ke telinga.

"Nawwar? Ada apa ni?" sapa Tuan Zachary bersandar santai pada kerusinya.

"Tuan... Tolong saya... Azazel... Is back..."

"What!?" Terus terbangun Tuan Zachary tatkala nama Azazel dipetik. Tangan menggenggam penumbuk, ditongkat ke atas mejanya.

"Help me... I think... He did something with... this curse,"

"Uh... Okay, hold on. Give me your room unit right now. Helo? Nawwar? Nawwar Inas? Answer me!"

"Aryan... Library..." getaran suara Nawwar di hujung talian mematikan panggilan serta merta.

Detak jantung berubah laju. Lantas Tuan Zachary mengemas apa yang patut sebelum dia pergi mencari Aryan di perpustakaan. Mungkin itu maksud ayat terakhir dari Nawwar.

"Kenapa kamu tak call saja si Aryan?" bisik Tuan Zachary.

Jacket hitamnya dicapai, pintu pejabat dikunci. Makin laju langkahnya menuju ke perpustakaan tingkat dua di bangunan blok utama akademi Quricity.

Terpaksa exercise kuatkan sistem kardiovaskular kejap.



"SAYANG, comel tak origami burung I buat?" Aryan menyusun lima ekor burung origami ikut saiz dari kecil ke besar.

"Yang ni ayah burung, mak burung, abang burung, kakak burung, adik burung. Satu family bahagia!"

Terkalih pandangan Hadeena dari novel bacaannya. Sekeluarga origami burung tersusun kemas depannya. Tertawa kecil bila Aryan memperkenalkan salasilah keluarga burung-burung origami buatannya.

"I nak buat... origami love pula. This one is special for you, my dear love." Tangannya giat mengambil beberapa keping kertas origami di kanan mejanya.

"Taknak buat origami bintang? I boleh simpan dalam jar. Ala, orang selalu buat tu." Cadang Hadeena menongkat dagunya dengan satu tangan.

"Tapi I takde kertas origami khas untuk buat bintang punya. Ada dekat bilik,"

Takdir You're My Healer [C]Where stories live. Discover now