Bab 16

397 27 0
                                    

TEMPAT mistik ini seperti tiada penghujung. Puas berjalan ke sana sini mengelilingi kawasan sama. Tiada satu petunjuk dijumpai bahawa tempat ini ada laluan keluar.

Jangan terperangkap sudah.

Tatkala mereka jauh menjelajah dalam tempat ini, rasa sejuk terus meresap masuk ke dalam tulang. Hadeena tidak terkesan dengan suhu rendah di sekitarnya memandangkan dia ahli Frost, begitu juga dengan Emara si gadis Flame.

Kasihan dua jejaka tengah basah kuyup akibat berendam dalam air. Seorang hampir mati lemas, seorang lagi jadi merman of the day. Iyelah, Aryan boleh bernafas dalam air, dia jadilah duyung seketika. Dugong pun boleh jadi. Hahaha gurau.

Mereka buat keputusan berehat terlebih dahulu memandangkan kawasan ini agak luas untuk diterokai lebih dalam. Dengan suhu makin rendah, baik hangatkan diri terutamanya dua lelaki berbadan tegap yang basah lencun satu badan.

Emara menyalakan unggun api berhampiran sebuah batu bersaiz besar. Ketinggian batu itu dua kali ganda daripada ketinggian Aryan yang berukuran 186cm. Boleh buat tempat bersandar sementara mengeringkan baju dengan haba datang dari elemen Emara.

Unggun api hasil Emara boleh melakukan proses penyejatan dengan pantas. Dia ada keupayaan mengawal elemen tersebut mengikut kehendaknya.

"Nawwar, sini keringkan baju kau sekali!" ajak Aryan seraya menanggalkan kancing kemejanya dan juga blazer pada bahunya.

Tiada respon dari Nawwar yang sedang duduk belakang batu tidak jauh dari mereka. Lelaki itu hanyut dalam dunia sendiri.

Hadeena mencuit manja bahu Emara kemudian berbisik, "Pergi dekat dia, pujuklah,"

"Malu la Kak Deena, dia takde mood,"

"Ish, pergi je. Dia tak makan orang pun,"

Emara mengeluh ringan. Alang-alang pasangan tunang itu sempat meluangkan masa bersama, kenapa tidak Emara dan Nawwar?

Jangan gentar, Emara. He's just insecure about his looks. Especially the scar.

"Assalamualaikum, Nawwar,"

"Waalaikumsalam," jawab Nawwar tanpa menatap wajah gadis itu.

Sesudah itu, Emara melabuhkan punggung sebelah Nawwar yang menunduk sayu. Bahunya terhinjut-hinjut menahan esakan daripada meletus keluar.

"Are you crying?" soal Emara lembut. Dahi berparut itu ditilik sebalik helaian rambutnya.

"Saya hodoh... kan?"

"Ha?" bingung Emara.

"Itu sebabnya saya tak pernah selak rambut depan walaupun sekejap. Kalau diselak, terserlah parut cursed saya," luah Nawwar rasa kecewa.

"Because of this scar, nobody is interested in me,"

"But I like you,"

Mata mereka bersabung sesaat. Nawwar terkedu dengan pengakuan Emara.

"Your scar looks unique to me," helaian rambut depannya diraup sekilas oleh Emara ke belakang. Terpampang jelas corak seni yang terukir padanya.

"To be honest, this is the most attractive face feature you ever had. I do like your wavy hair, your wide lips and those light brown eyes. But this scar is something else," tertawa kecil Emara melihat reaksi Nawwar sedikit tercengang.

"The moment I saw this, I realize how attractive you are. You make me fall in love with you even harder," amboi... sempat Emara selit ayat putik cinta.

Nawwar mendesis perlahan. "Only in your dream,"

"Really? Let's see who is the one is going to be an obsessive partner one day,"

Takdir You're My Healer [C]Where stories live. Discover now