Bab 34

323 22 0
                                    

"WILL you still love me when I'm not young and beautiful..."

Harmoni di hujung lirik berakhir sempurna. Young and beautiful. Lagu Lana Del Rey mempunyai makna tersirat. Usia kian meningkat, wajah makin menua. Adakah mencintai seseorang hanya kerana rupa dan bukan hati?

Latihan baru tiga hari tetapi hasil macam dua minggu.

"I didn't know that you can sing," kata Emara setelah meneguk air mineral sebelah kabinet.

Senyuman Nawwar lebar terukir. "Saya menyanyi sebab bosan. Boleh hit high notes tau."

Emara menjulingkan matanya ke atas. Nak jadi penerus Ariana Grande ke ni? Orang nak bawa lagu cinta yang santai rentaknya. Satu hal pula suara pecah demi naik seoktaf.

"Tinggal empat hari lagi. Awak bila nak discharge?" Asyik soalan sama ditanya Emara.

"Esok malam kut. Rasanya," jawab Nawwar bersahaja.

"Oh baguslah. Sebab lusa saya dan Kak Deena busy sikit nak buat doorgift dan balut hantaran. Lepas tu, majlis malam berinai. Penatlah..." Kira-kira lebih empat ratus lebih jumlah doorgift kena buat. Tak tidur malam dia dan Kak Deena jawabnya. Pagi balut hantaran, tengahari terus sambung buat doorgift.

"Saya tolong, boleh? Bawa Aryan dan Zhan sekali." Muka Nawwar minta simpati. Lagi ramai orang bantu lagi cepat kerja siap.

"Hm... Tengoklah kalau Kak Deena bagi,"

"Nak ikut juga!! Cinta tak boleh tidur lambat,"

"Awak sepatutnya rehat dalam bilik. Bukan mengada ikut orang urus persiapan kahwin," tekan Emara jeling sekilas. Berubah air muka Nawwar menatap wajahnya. Garang. Tak pernah dilihat sebelum ini.

"Cinta... Nak ikut!!"

"Tak boleh Nawwar Inas Bin Asnawi. Kesihatan awak perlu diutamakan. Lupa ke jantung diracun Fariz?" Geleng kepala Emara melayan kerenah Nawwar. Makin dihalang makin dilawan.

Nawwar mengalah. Perempuan, bila sebut nama penuh sekali nama ayah kena petik, jangan dibuat main. Boleh mengenang dosa lampau gara-gara mood mereka yang tak menentu. Macam ramalan cuaca dibuat jabatan meteorologi. Ramal hujan, padahal panas.

"Merajuk."

Nawwar menarik selimut lalu menutupi tubuhnya hingga kepala. Terasa. Dia sangat terasa dengan kata-kata Emara. Bungkus doorgift aje, bukan angkat meja atau sofa.

Tawa yang ditahan Emara tersembur keluar. "Awak comel kalau merajuk. Mana sisi garang awak yang dulu? Yang suka jual mahal? Tenggelam dah lepas bercinta dengan saya? Huh?"

Nawwar mengintai sedikit disebalik selimut. Malas layan soalan bertubi dari Emara. Dia menarik semula selimut menutupi matanya. Orang merajuk pujuklah! Takkan tengok je?

"Nawwar... Saya tanya ni... Mana sisi awak yang garang dan suka jual mahal? Hilang dah ke?" Emara menarik selimutnya kasar sehingga terselak separa tubuhnya. Oh tidak, aurat dia!

"Eh astaghfirullah!!" Selimut itu dicampak semula melitupi tubuh jejaka tidak berbaju. Siapa benarkan dia buat free show dalam wad?

Nawwar berdecit kecil. Tubuhnya sudah tenggelam bawah selimut tersebut. Kepala saja jenguk keluar melihat gadis itu beristighfar.

"Miang." Sepatah tetapi cukup menampar manja batin Emara.

Gadis Flame menjeling tajam jejaka itu. Mulut main cakap lepas. Dia lagi miang! Tak sedar diri.

"Tak payah nak jeling saya. Sama je kita dua," tutur Nawwar sebelum berpusing membelakangi Emara. Mengantuk. Mata rasa berat. Selepas ini Doktor Rais akan masuk untuk melakukan beberapa pemeriksaan kesihatan. Itu sebab mengapa Nawwar tidak berbaju sedari tadi.

Takdir You're My Healer [C]Where stories live. Discover now