Bab 8

531 33 0
                                    

Suara kicauan burung mengisi keheningan suasana bandar yang hancur. Pancaran sinaran matahari menghiasi estetik pemandangan yang hampir senja. Nasib malang betul. Sudah lah kehilangan seorang ayah dengan cara kejam, tak dapat pula pulang ke akademi baru. Allahuakbar...

Puas bermain zip line low budget. Lembing milik Nawwar lenyap melalui partikel putih kebiruan seiringan dengan arus petir membaluti pemegang. Jari-jemari dibunyikan, membuang rasa sengal. Iris mata perang keemasan memeriksa keadaan sekeliling bandar Quricity yang sudah hancur.

Mayat tidak lagi bernyawa. Darah merecik sana-sini. Bandar ini akan terbiar buat selamanya. Seperti bandar Afwah.

Telinga Nawwar menangkap satu bunyi tangisan dari belakang. Menoleh terus, dia sedar Emara menangis membelakanginya. Ah sudah, aku ada buat salah ke? Ke sebab aku marah dia?

"Emara…" seru Nawwar lembut.

Tubuh Emara mengeras. Tidak respon terhadap Nawwar.

"Did I do something wrong? I’m sorry If I scolded you too much. I-I didn’t mean too,"

"N-no,"

"Then? Why did you cry all of the sudden?"

Termakan dengan pujukan Nawwar, dia berpusing. Muka merah sembap akibat banjir air mata membasahi pipinya. Hidung merah menjadi perhatiannya. Jujur Nawwar berbisik dalam hati, she looks cute when she cries.

"N-Nawwar… a-ayah dah tak ada. Ayah kena bunuh. Emara dah tak ada sesiapa selain dia,"

Bibir Emara jatuh melengkung memandang Nawwar berwajah dingin. Macam tak ada perasaan.

"Emara, saya-"

BOOM!!

Ledakan kuat datang dari atas bukit potong bicara mereka. Kepulan asap tebal memenuhi ruang langit. Serpihan juga berterbangan ke udara. Itu bukan menjadi masalah bagi mereka. Sekarang ini, tanah di lereng bukit mulai runtuh. Sekiranya mereka tidak berlindung, silap-silap akan tertimbus bersama dalam runtuhan tanah.

"Come here lovely girl, follow me," selamba Nawwar rentap lengan Emara sehingga terkedu dibuatnya. Tindakan refleks benar-benar mengejutkan.

Nawwar membawa dia masuk salah satu kedai yang jauh untuk berlindung. Tanah runtuh berlaku dengan pantas. Ini kalau lambat memang inalillah jawabnya.

"Nawwar…" getaran suara Emara menyerunya yang sedang memeriksa keadaan luar melalui cermin tingkap kedai.

"We have nothing left… How are we supposed to go to the new academy…"

Emara duduk bersandar pada dinding. Lengan melingkar lututnya dan wajah disembamkan situ. Nawwar simpati ke atas dirinya. Pasti Tuan Ibrahim sangat menyayangi anaknya.

Bukan macam hubungan dia dengan Tuan Asnawi. Jauh beza.

Nawwar ikut melabuhkan punggung lalu bersila depannya. "Hei, awaknya,"

Wajah gadis itu diangkat serta-merta. Iris perang keemasan merenungnya dalam.

"Don’t cry, lovely girl. I don’t like when a woman cries in front of me. It’s one of my weakness,"

Tidak sangka lelaki sedingin dia ada sifat caring. Bukan main lagi garang masa panjat pokok. Ingat tak kisah dah pasal orang lain.

"Emara, please wipe the tears… for me,"

Dia mencebik depan Nawwar sambil mengesat cecair jernih di hujung mata.

"That’s better,"

Emara mengukir senyuman manis kepadanya. Aiseh, kenapa jantung tiba-tiba menggila pula dah? Dia senyum je kut. Bukannya muntahkan ayat manis depan kau.

Takdir You're My Healer [C]Where stories live. Discover now