Bab 4

761 52 10
                                    

"APA motif kau nak jumpa dengan ayah aku?" Kepala Aryan miring ke kanan memandang Nawwar.

"Nak merisik kau la. Asal? Tak nak?"

"Hei, hei, hei. Laki aku! Jangan nak jadi gay sini," tegur Hadeena dengan nada yang tak puas hati.

"Huh, don't worry. I'm straight. And I know he's your man. Your... Material... Husband. Isn't he?"

Tersengih Hadeena memandang sekilas tunang di hadapannya. Tersipu malu walaupun sudah lama bersama. Siap panggil dengan panggilan manja untuk Aryan. Nawwar menggeleng perlahan melihat gelagat dua pasangan ini.

"So clingy. Don't do that in front of me. Just... Ew." Aksi geli-geleman ditunjukkan Nawwar membuatkan Zhan tergelak.

"Kalau jealous, cakap. Nak girlfriend, pergi cari satu," usik Zhan meletuskan tawa kecil.

"Tak ada masa aku," tekan Nawwar.

"Perempuan luar sana ramai lagi. Banyak pilihan. Apa kata kau rembat kawan aku?" Amboi, Hadeena jual kawan macam jual ikan dekat pasar.

"Kawan? Nama dia?" soal Nawwar. Berpura-pura ingin tahu.

"Emara Iris."

Dia angguk perlahan. Cantik nama. Mesti orang dia cantik juga.

"Apa elemen dia? Sama macam kau ke? Frost?"

"Bukan, dia-"

"Oi tengok depan. Ada juga yang bercium dengan dinding." Suara Zhan dari arah belakang menghentikan perbualan Nawwar dengan Hadeena. Daun pintu kelihatan sedikit terbuka. Ini kalau bukan teguran Zhan tadi memang hilang dah batang hidung.

"Kau lah masuk. Kau kan nak jumpa ayah aku." Nawwar ditolak kasar Aryan ke depan pintu masuk. Dijeling tajam sebelum mara ke daun pintu.

Baru saja ingin menjenguk ke dalam, ada tiga kepala manusia turut menjenguk keluar melihat mereka berempat terpacak elok depan pintu. Masing-masing dah buka pencak silat. Ada yang tiba-tiba jadi vocalist menjerit depan bilik profesor.

"Ya Allah, sesungguhnya jantung patik hampir sahaja gugur dari pangkalnya. Kalian yang berdiri di sini sudah buat patik kaget. Keluar bahasa klasik Aryan yang entah betul atau tidak.

Bukan Aryan saja terkejut, yang lain pun roh hampir terkeluar. Lagi-lagi Tuan Asnawi yang pakai serba putih. Dah macam benda putih bergerak dalam cerita horror.

"Err... A-ayah... Assalamualaikum," salam Aryan dibalas Profesor Afzhan.

"Ni, anak Tuan Asnawi nak jumpa ha,"

"Ha? Nawwar? Kenapa ni?" Tuan Asnawi menghampirinya.

Kepala Nawwar ditoleh saat nama diseru. Tuan Asnawi sedang menagih jawapan daripada anak bujangnya.

"Err... my instinct." Ringkas dan padat. Dia diajak mara ke depan meja profesor.

Nawwar menceritakan firasatnya yang tidak menentu. Merasakan seperti ada kejadian tidak diingini akan terjadi dalam masa terdekat. Melibatkan orang luar yang bakal ceroboh masuk ke akademi Quricity. Lagipun Tuan Zachary dan ayahnya juga ahli Thunder. Pasti berkongsi naluri yang sama.

"Hm... Anak kau pun rasa benda sama. Jadi, prof... Macam mana?" Pandangan Tuan Zachary beralih ke Profesor Afzhan.

Beliau meraup wajah banyak kali. Empat sekawan tadi hairan. Riak wajah yang merisaukan itu menimbulkan tanda tanya dalam diri mereka.

"Ayah? Kenapa ni?" Aryan maju selangkah ke Profesor Afzhan.

"Kita kena pindahkan semua ahli ke akademi baru dalam masa terdekat." Ayat seringkas ini sudah membuatkan mereka semua tergamam, kecuali Nawwar. Dia tahu pencerobohan kuasa luar membawa impak besar kepada akademi Quricity.

Takdir You're My Healer [C]Where stories live. Discover now