Bab 6

621 38 5
                                    

"Cepat! Cari profesor dan arahkan semua ahli pergi portal ruangan bawah tanah. Dia orang dah mula rancang strategi," tegas Nawwar memberi arahan kepada rakannya sebelum mereka berpecah menguruskan hal masing-masing.

"Kau pasti ke kau okey tinggal seorang dekat sini? Macam mana kalau kau tak lepas pergi dekat akademi baru?" soal Aryan.

"Bukan aku seorang. Ayah aku ada sekali dekat sini. Trust me, I'll be fine. I will come back there very soon,"

Serasa enggan pergi ke akademi baru tanpa Nawwar ikut bersama. Rasa ragu-ragu itu ada. Namun, Nawwar tetap meyakinkan mereka bahawa dia akan baik saja di sini. Walaupun hati mereka tidak rela.

"Please, go. I'm okay," pujukan terakhir membuatkan mereka pergi.

"Betul ni?" Aryan tak sanggup meninggalkannya seorang diri.

Balas Nawwar dengan anggukkan.

Mereka semua bergegas mengumpulkan semua ahli untuk segera beredar ke portal bawah tanah. Bayangan kian hilang dari pandangan. Membuatkan hati ini rasa bersalah.

"I'm sorry guys. I have to,"

Sekarang Nawwar cuba menjejak ayahnya. Batang hidung pun tak nampak. Puas dia teleport dari satu tempat ke satu tempat untuk mencari kehadirannya. Lama-lama dia rasa lelah.

"Mana ayah pergi ni? Dia orang nak letupkan tempat ni masalahnya," rungut dia sambil bersandar lemah pada dinding. Layan keletihan.

"Bencinya aku jadi ahli Thunder ni. Cepat penat. Tapi tak ada kesan sangat pula dekat orang lain. Kenapa macam aku seorang je yang tanggung sakit lebih?"

Eh. Baru teringat satu tempat yang dia belum jejak. Makmal uji kaji tingkat bawah tanah. Satu-satunya tempat yang dia merasakan kemungkinan besar Tuan Asnawi di situ. Dia bangkit dan berlari pantas untuk menuju ke sana.

Nawwar peka dengan keadaan sekeliling. Bunyi retakan di siling mengalih pandangannya ke atas. Satu bongkah konkrit pecah dan mula jatuh atasnya. Nasib baik dia pecut dengan menggunakan elemennya untuk menyelamatkan diri.

"That was a close call,"

Dia menuruni anak tangga untuk menuju ke makmal tersebut. Dalam perjalanan ke sana, Nawwar terlihat seseorang di hadapannya. Ingatkan dia seorang saja di sini. Ada juga orang lain yang masih berada di akademi ini.

Agak familiar dengan susuk tubuh gadis yang dia bertembung tempoh hari. Gadis Flame. Ingat pun sebab blazer miliknya yang mempunyai garisan merah sebagai lambang kategori elemen yang dipegang olehnya. Baru perasan hujung tudungnya ada kunai yang diikat. Pasti itu senjatanya. Tapi jarang sekali orang ikat pakai tudung, bukan tali khas yang diberi.

Kepala Nawwar berdenyut. Sekali lagi dia memandang siling. Retakan bongkah konkrit itu akan jatuh atas gadis Flame itu bila-bila masa saja. Dengan menggunakan kudrat terakhirnya, dia pecut laju dan merentap gadis itu masuk dakapan. Malang tidak berbau, ada serpihan konkrit kecil jatuh atas kepalanya menyebabkan Nawwar hilang keseimbangan.

Dia jatuh terhempas ke dinding di penghujung koridor tersebut. Hentakan kuat itu mengakibatkan Nawwar tidak sedarkan diri. Begitu juga dengan gadis Flame yang masih dipeluknya erat. Kedua-dua mereka hanyut dalam 'mimpi'.

"HELO? Bangun lah,"

Terasa bahu digerakkan, mata Nawwar berkedip berkali-kali sebelum mata terbuka luas. Gadis Flame itu merenung tepat ke arahnya.

"Eh! Alhamdulillah awak sedar!"

Nawwar bangkit dari pembaringan. Sakit juga hentakan tadi. Dia bersandar pada dinding. Merealisasikan semula kejadian yang berlaku sebentar tadi sebelum dia memandang kepada gadis yang 'dikenalinya' itu.

Takdir You're My Healer [C]Where stories live. Discover now