Bab 32

304 20 0
                                    

KECOH satu wad ICU apabila Nawwar diserang sawan secara tiba-tiba. Tuan Zachary bergegas keluar dari wad untuk cari Doktor Rais dalam keadaan tergesa-gesa.

Aryan bingung tidak tahu apa yang patut dilakukan. Sahabatnya tidak pernah ada sejarah diserang sawan selama ini. Sihat walafiat aje. Dia sedaya upaya menahan tubuhnya daripada terenjat terus.

Pintu wad ditolak kasar. Doktor Rais berlari bersama sekumpulan doktor yang lain lalu berkerumun penuh di katil pesakit. Lengan Aryan ditarik Tuan Zachary jauh dari katil Nawwar. Dua gadis datang merapati Aryan. Takut. Panik. Semua ada.

Para doktor mencari ikhtiar hentikan sawan daripada terus menyerang Nawwar. Tuan Zachary menggenggam erat tangannya. Dia risau sekiranya benda buruk terjadi pada anak buahnya. Oh Tuhan, selamatkanlah dia...

Tiiiit...

Cardiac monitor berhenti berbunyi. Garisan mendatar. Nawwar tidak lagi diserang sawan. Semua mata-mata memandang ke paparan skrin monitor tersebut. Sepi.

"Emergency! Give him CPR asap!" jerit salah seorang doktor tatkala detakan jantungnya terhenti. Semua doktor bergilir-gilir memberi bantuan CPR kepada Nawwar. Tiada respon. Hampir tiga puluh minit ulang teknik sama.

"Kamu semua keluar dulu. Now..." arah Tuan Zachary lemah. Aryan, Hadeena dan Emara melangkah perlahan keluar dari wad ICU. Tentu ada sebab mengapa Tuan Zachary berbuat demikian. Hanya dia dan Doktor Rais lebih mengetahui kondisinya.

"Nawwar..." lirih Emara menyebut namanya. Satu per satu curahan hati Nawwar atas sekeping kertas bertukar kenyataan. Mengapa harus Allah menimpakan ujian sebegini sewaktu mereka belum lagi ada ikatan halal?

Boleh dia kucup Nawwar sepuasnya melepaskan rindu. Tubuh layu itu dipeluk erat. Malangnya, hubungan tanpa ikatan menjadi satu penghalang.

Selamatkanlah dia, Ya Allah. Berikanlah dia kesembuhan.

"Fariz memang tak guna!!" bentak Hadeena menggenggam penumbuknya. Api kemarahannya mula panas menggelegak seperti air yang mendidih. Walaupun Nawwar hanyalah status sahabat kerana Aryan, dia dapat rasa betapa sakitnya bila pasangan terpaksa bertarung nyawa kerana seorang pembunuh!

Fariz is the real killer in this situation!

"Guys, follow me!" Hadeena menarik tangan Emara kasar. Mencicit lari ikut senior sontak tarik tanpa sebab. Bersimpul kaki kejar langkah Hadeena. Aryan meneguk liurnya kesat. Dia tahu kemana Hadeena pergi selepas ini.

"Kak Deena nak pergi mana?" cebik Emara seraya mengesat air mata sampai kering. Wajah Hadeena dingin dan menyeramkan. Rahang diketap kuat. Siaplah Fariz nanti!

"Akak nak bagi Fariz pengajaran!"

"Tapi kak... Nanti akak kena serang Tuan Amirul macam Nawwar dulu." Emara tidak merasakan idea Hadeena mampu menyelesaikan masalah dia. Fariz psiko, tidak kisah kena tumbuk atau dera fizikal. Selagi tak dapat apa yang dia nak, selagi itu dia teruskan tugas terkutuknya.

"Akak tak kisah! Akak ada Profesor Afzhan. Tuan Amirul sentuh akak, Tuan Amirul akan didenda dekat bilik bawah tanah!"

Aryan senyum miring tatkala nama ayahnya disebut. Dia sukakan keberanian Hadeena. She's independent. That's my girl.

Kebetulan mereka lalu depan kafetaria, terlihat susuk tubuh mengenakan t-shirt hijau lembut. Wajahnya jelas terpampang. Hadeena terus meluru ke arahnya dan...

Buk!

Fariz terjelupuk atas lantai dengan sekali tumbukan. Air sirap dalam tangannya dirampas lalu dituangkan terus atas kepalanya. Hadeena puas mandikan Fariz pakai air sirap baru dibelinya. Harga baru 1 Tz, tak rugi mana.

Takdir You're My Healer [C]Where stories live. Discover now